@fazlisalleh86_: Bila orang kata CIQ tak berubah, mungkin mereka belum nampak apa yang sebenarnya sedang dilakukan. Hakikatnya, pelbagai penambahbaikan telah dan sedang dilaksanakan bagi melancarkan pergerakan keluar masuk di CIQ Bangunan Sultan Iskandar. Antaranya, laluan motosikal kini mempunyai 36 kaunter MyNIISE, 8 kaunter MyBorderPass dan 6 kaunter hibrid. Dengan MyNIISE, tempoh pelepasan dapat dipendekkan daripada sekitar 7–10 saat (kaunter manual) kepada hanya 3–4 saat (kaunter MyNIISE) bagi setiap pengguna, sekali gus meningkatkan kapasiti pelepasan. Bagi pengguna bas pula, 24 platform masuk dan 24 platform keluar Malaysia telah disediakan. Kaunter tiket bas juga sedang diwujudkan hasil kerjasama kerajaan bersama Handal Indah bagi memudahkan pembelian tiket, mempercepatkan proses menaiki bas dan melancarkan aliran penumpang. Sudah tentu masih ada ruang untuk ditambah baik. Namun, perubahan sedang berlaku dan usaha itu diteruskan dari semasa ke semasa. Jika anda masih belum memasang MyNIISE, inilah masanya. Semakin ramai yang menggunakannya, semakin lancar proses pelepasan untuk semua. Mari kita sama-sama memainkan peranan agar setiap penambahbaikan ini benar-benar memberi manfaat kepada semua. #MajuJohor #BangsaJohor #JohorOnTheMove #MyNIISE

Fazli Salleh
Fazli Salleh
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 24 July 2026 14:30:34 GMT
44516
1876
115
238

Music

Download

Comments

ri.chan77
riri :
masalahnya yg teruk jem kastam sg😂
2026-07-25 09:36:20
27
ganakperlis
GAnakPerlis :
cuba p tgk kastam Malaysia Tanjung kupang lgi teruk jemm dgn jln masuk...yg lubang 2...😆😆😆😆
2026-07-25 02:55:24
18
user9994823998131
user9994823998131 :
yb tpt letak motor dlm banggunan CIQ..now bukak satu level saja..parking motor tak cukup..masuk shift noon kena tggu satu2 motor keluar bru bole motor lain masuk..level atas tu terbiar kenapa x digunakan..pihak CIQ jgn la zalimi org..nak charge pon charge la asal ada parking
2026-07-25 04:26:41
4
ir.arol
Ceo A :
BN dh menang oi..cekap sikit la buat keje
2026-07-25 12:42:21
2
shrffudn
sarepᶻ :
mynise lembab dan problem haha. better myborder
2026-07-27 10:53:12
4
rugan18
RUGAN_18 :
Laluan bus YB? Awal pgi bus2 kilang block bus2 causelink dgn 170 SG utk ambik penumpang. Kena menunggu 25-35 minit utk bus lps masuk ambik penumpang. Minta tlg YB
2026-07-24 16:21:27
10
khairulsyamilyazid
Bangmil :
Alhamdulillah ciq laju sebenarnya hari2 lalu okay je jem kat ica je
2026-07-25 12:53:05
4
aintgoodlife
Si Cubit 🤏🏿 :
takfaham kenapa perlu pakai sistem berbeza beza
2026-07-25 06:03:58
3
apis79tzr
ApisTZR NESMILAN :
maaf bln depan saya baru keja di SG skrg mnggu autopass approved.ikut 2nd link.sapa ada experience brapa lama dr gelang patah msuk ke SG
2026-07-25 04:18:27
2
zilmajdimohdyasin
zilmajdimohdyasin :
guna mynisee kadang scan muka keluar nama org lain. macam mana tu?
2026-07-25 03:54:58
0
chicosureno
Chicosureno :
Jabatan JPJ BSI macam x ada nampak SUV parking tapi macam (Autoshow) satu bayang pergawai pun x nampak (macam semua tido) YB kena spot check pegawai JPJ BSI
2026-07-25 01:25:10
6
abangman.rahman
Abangman Rahman :
Nasihatkan mereka yang kerja kat Spore
2026-07-25 07:24:42
0
matun_p.mamu2
Kak Tun :
kaunter myniise tu tolong jangan letak tinggi² camera dia😂😂😂saya yg katik ni dah jengket pun kadang² tak lepas lagi😂
2026-07-25 10:12:43
0
ag1022
_ANGEL_ :
Untuk tahun ni 2026 masa awal tahun Jan-May okay je lancar memang custom jb lepas je traffic light masuk terus myniise/myboaderpass tapi mula dari Jun- July ni memang dari Jb dh jemm so memang makan masa custom jb jem custom sg pun jem and rela kat situ pun jerit jerit je suruh cepat cepat… mcm mana nk cepat semua motor jem+ system selalu down
2026-07-26 10:22:50
1
emantol122
emantol :
Rabak gila semalam dan semalammya
2026-07-25 02:00:48
1
shamsajat
@pemburu besi@ :
Kastam tg kupang tu laluan untuk lori cuba la masuk jalan xde pembaikan pn dh jadi kolam sistem scanner cm tu laluan 1 je dr mula dr dlu smpai skrg lori tiap2 ari bertambah
2026-07-25 06:54:27
3
applebrandie
Deeee :
Tak boleh buat apa yb. Dulu sebelum ada banyak autogate ni jam 5 dh start jem dh mmg pandai turun awal gi keje. Mentang2 dah banyak autogate semua turun lambat. Dh kalau satu mulut dtg 10 pinggan lauk pun bukan semua boleh telan. Haaa mcm tu la kt ciq tu. Keje nk mudahkan side itu je, kerajaan xpaksa pun dorang nk keje sana. Banyak sangat manjakan. Semua free. Senang citer robohkan je la ciq tu yb😆
2026-07-25 06:33:58
3
chawwwa
chawwwa :
bang MMG btul segalanya ada my niise la,my border pass la bagai tapi harap lampu ja hijau bila smpai palang xbuka..xke menipu rkyt namanya...dorg buka lampu hijau tu untuk apa BG nampak byk kaunter buka ke hakikatnya ttup
2026-07-25 03:17:53
1
sadikk_segaraga
Sadikk_Sigaraga :
Just nak tanya la ye tuan. Improvement memang banyak. Tapi bile system myniise down, apa solution? Buka kaunter manual banyak2 or apa? Semalam kaunter manual banyak buka. Semua green light. Tapi olang takdak? Jem juga. Improvement tu bukan sahaja kat sistem myniise or myborder je tuan. Tapii pada..... Haa faham2 la ye tuan. Sekiannn
2026-07-25 02:45:54
5
chicosureno
Chicosureno :
Bagi masalah bus pula YB kena spot check waktu pick hour bukan pagi sahaja tapi waktu tengah hari . Saya pengguna bus pergi kerja ,terlalu banyak bus kilang parking untuk ambil tumpang , parking macam (autoshow) bus kilang yang lain nak parking untuk ambil perkerja kena parking tepi . Ini boleh membahayakan kepada keselamatan
2026-07-25 01:23:11
2
sahrilshaa
S | M 🫶 :
Yb laluan motor sebelum naik jejantas ada paip bocor dari atas. Harap di baik pulih dgn cepat sbb berbau
2026-07-25 03:03:24
3
jb_rts2200
JB_RTS@2200 :
jalan terus YB. teruskn usaha biarpun xkan dihargai. kerana pd akhirnya bukan manfaat Dunia dicari, tapi ganjaran akhirat yg menanti. seimbangkn segala penambahbaikan secara menyeluruh. bukan sekadar utk JB, bukan hanya utk pekerja di SG, malah diseluruh daerah yg turut meletakan harapan yg tinggi. maju Johor 2030
2026-07-24 15:32:54
1
user540177809947539
user5401778099475 :
Tanjung kupang apa cerita
2026-07-28 04:43:16
0
joe.labu87
JOE LABU :
mcm mne nk buat digital id
2026-07-27 02:02:39
0
muhdadib93
muhdadib :
Tambah lg kaunter myniise 👍🏻👍🏻👍🏻
2026-07-24 22:31:01
0
To see more videos from user @fazlisalleh86_, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About