@mood1382: #دعاء #صباح_الخير #مساء_الخير #explore

mood
mood
Open In TikTok:
Region: SA
Saturday 25 July 2026 00:16:47 GMT
767
14
1
12

Music

Download

Comments

wwwff77
١ :
امين 🤲 صباح الناس الطيبه صباح النفوس الطيبة 🌺🌺
2026-07-25 02:11:38
0
To see more videos from user @mood1382, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐍𝐀𝐏 𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐌𝐔𝐙𝐈𝐔𝐌 𝐊𝐀𝐓𝐇𝐌𝐀𝐍𝐃𝐔  Siapa Manap Jepun? Generasi baharu yang tidak tahu sejarah tanah air pasti terpinga-pinga. Sedangkan individu itu sangat dikenali dan ditakuti penjajah Inggeris malah askar upahan Gurka pada akhir 1940 dan 1950 kerana semangat anti-Inggerisnya. Semangat nasionalis menebal Manap Jepun mendorong anak jati kelahiran Temerloh itu menjadi Ketua Platun Kelima Rejimen Ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM) yang diketuai Abdullah CD. Ini kerana kawalan Inggeris terhadap pertubuhan dan aktiviti anti-Inggeris dengan mengisytiharkan darurat 20 Jun 1948 mendorong orang muda seperti Manap Jepun memilih perjuangan bersenjata melawan penjajah British. Kisah ‘perjuangan’ anti-Inggeris menjadi bukti nyata apabila keratan berita kematian Manap Jepun dan 12 lagi rakannya dalam akhbar The New York Times pada Mei 1952 dipamerkan di Muzium Kathmandu, Nepal. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Perunding Penyelidikan dan Pembangunan Budaya Melayu Antarabangsa, Profesor Datuk Dr. Aripin Said berkata, keratan berita itu diperoleh daripada seorang rakan rakyat Nepal di Kathmandu. Bercerita tentang Komunis Melayu itu, beliau berkata, Manap Jepun diberi gelaran kerana ibunya Wan Esah seorang Jepun manakala ayah dikenali Sewang. “Manap Jepun dikatakan seorang nasionalis bersama-sama beberapa rakan Melayu memilih PKM sebagai medium menentang Inggeris. “Pihak PKM mengeksploit semangat perjuangan Manap Jepun untuk membebaskan negara daripada penjajahan Inggeris,” katanya di sini. Aripin berkata, dalam tempoh beberapa bulan sahaja bermula bulan Oktober 1950, Manap Jepun melakukan beberapa sabotaj dan membunuh ramai orang termasuk pegawai kanan Inggeris. Tambah beliau, Manap Jepun dan pasukan dipimpinnya sentiasa berada di hutan di Temerloh, Jerantut, Raub dan Kuantan. “Berikutan dengan itu pihak Inggeris pada waktu itu mengisyiharkan Manap Jepun sebagai pengganas nombor satu yang perlu diperangi. Inggeris telah menawarkan ganjaran sebanyak $35,000 (RM75,000) kepada sesiapa yang dapat menembak mati Manap Jepun. “Pihak Inggeris menggunakan askar upahan Gurkha beberapa kali bertempur secara berdepan tetapi gagal menangkap atau membunuh Manap Jepun. “Manap Jepun dikatakan kebal tidak lut senjata dan peluru biasa, tetapi orangnya sendiri belot dan membuka buka rahsia kelemahannya, akhirnya seorang askar Gurkha dikenali Bharnabahadur Rai menembak Manap Jepun dengan memasukkan cincin emas dalam laras senapang bersama peluru. “Manap Jepun bersama 12 pengikutnya terbunuh dalam pertempuran itu dalam hutan daerah Kuantan sekitar pada bulan Mei 1952,” ujarnya Beliau dalam pada itu berkata, seorang rakyat Nepal dikenali Tadip Yan bekerja sebagai pengawal keselamatan di pasar raya di Kuala Lumpur begitu kagum dengan keberanian orang Melayu. “Ceritanya, berdasarkan catatan dalam keratan yang dipamerkan di Muzium Kathmandu, orang Melayu berani mati dalam perjuangan. “Tadip juga memaklumkan bahawa, orang Melayu juga sangat baik dan menghormati rakyat asing. Orang Melayu tidak menyokong keganasan,” katanya.

𝐒𝐀𝐘𝐀 𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐄𝐍𝐀𝐌 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐑𝐈 Masih segar di ingatan seorang guru agama di Kampung Bohor Baru di sini, Encik Othman Tawang, 81, detik di mana dia menjadi hero 'menawan' enam orang pengganas komunis sekitar tahun 1956. Encik Othman berkata, walaupun peristiwa itu ketika usianya 16 tahun namun ia seolah-olah baru berlaku semalam. Menyorot kembali peristiwa pada 1956 itu, Othman berkata, dia dikunjungi seorang komunis dikenali Ah Chok di tepi sawah padi di Kampung Paya Tebing Tinggi berhampiran Sungai Pahang di sini. Menurutnya, menjadi kelaziman setiap pagi dia membantu ayah, Tawang Mat Isa dan ibu, Meriam Kassim di sawah dan menoreh getah sebagai punca pendapatan utama keluarga mereka ketika itu. Menurutnya, dia terkejut apabila muncul seorang individu mengaku sebagai komunis bersama lima pengikutnya berhasrat menyerah diri kepada kerajaan.
𝐒𝐀𝐘𝐀 𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐄𝐍𝐀𝐌 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐑𝐈 Masih segar di ingatan seorang guru agama di Kampung Bohor Baru di sini, Encik Othman Tawang, 81, detik di mana dia menjadi hero 'menawan' enam orang pengganas komunis sekitar tahun 1956. Encik Othman berkata, walaupun peristiwa itu ketika usianya 16 tahun namun ia seolah-olah baru berlaku semalam. Menyorot kembali peristiwa pada 1956 itu, Othman berkata, dia dikunjungi seorang komunis dikenali Ah Chok di tepi sawah padi di Kampung Paya Tebing Tinggi berhampiran Sungai Pahang di sini. Menurutnya, menjadi kelaziman setiap pagi dia membantu ayah, Tawang Mat Isa dan ibu, Meriam Kassim di sawah dan menoreh getah sebagai punca pendapatan utama keluarga mereka ketika itu. Menurutnya, dia terkejut apabila muncul seorang individu mengaku sebagai komunis bersama lima pengikutnya berhasrat menyerah diri kepada kerajaan. "Saya dijadikan 'sasaran' sebagai perantara dengan polis dan dianggap selamat kerana ketika itu sedang berehat berseorangan di tepi sawah. "Walaupun dalam ketakutan dan was-was, saya bersedia membantu dengan syarat dia menulis surat untuk dibawa ke balai polis berdekatan," katanya di Kampung Bohor Baru di sini semalam. Encik Othman berkata, berdasarkan perbualan dengan komunis terbabit, mereka sudah bosan tinggal di hutan, sentiasa dalam ketakutan diburu tentera, kelaparan dan sering sakit kekurangan zat makanan. "Kami berjalan kaki kira-kira enam kilometer menyusuri jalan denai berhutan tebal berhampiran Sungai Pahang. Kira-kira 100 meter dari Balai Polis Karai, saya diminta pergi seorang diri menyerahkan surat untuk menyerah diri kepada polis di balai berkenaan. "Mata-mata pada waktu itu yang dimaklumkan hasrat komunis untuk menyerahkan diri turut terkejut dan meminta saya merampas senapang jenis raifal yang berisi enam peluru yang dibawa oleh Ah Chok. "Setelah berpuas hati, enam komunis itu diberi makan sebelum dibawa menaiki bot polis ke Kuala Bera. Dari sana mereka menaiki trak ke Temerloh. Saya turut serta ke Temerloh sebagai saksi dan semua urusan dokumentasi siap sekitar pukul 5 petang," katanya yang juga bekas Ketua Kampung Bohor Baru.
Bidang kesihatan, merupakan tanggungjawab sosial kerajaan kepada masyarakat.  Dalam usaha mewujudkan masyarakat yang sihat dan demi kemajuan negara, pelbagai kemudahan kesihatan telah diwujudkan bertujuan mengawal, membasmi serta mencegah merebak sesuatu penyakit. Pada hari ini dalam tahun 1850, Jabatan Kesihatan telah mewujudkan Pusat Pengasingan Kusta bertempat di Pulau Serimbun, Melaka. Pusat ini ditubuhkan bertujuan menjadi kawasan ini sebagai satu penempatan dan juga sebagai tempat rawatan bagi para pesakit kusta. Selain daripada penempatan-penempatan yang diwujudkan tersebut di atas, satu enakmen berkaitan dengan orang-orang kusta telah diluluskan pada 20 Oktober 1926, enakmen ini dikenali sebagai `Lepas Enactment’. Pada tahun-tahun kemudian banyak lagi penempatan telah diwujudkan untuk menempatkan golongan pesakit ini seperti di Pulau Jerjak (1887), Setapak Camp (1893), Pulau Pangkor (1903), Tampoi (1927) dan Kota Bahru 1933 dan yang paling besar sekali penempatan ialah di Sungai Buloh. Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh yang di bina pada tahun 1926 dilengkapi dengan hospital, rumah kediaman, rumah ibadat, kelab dan dewan orang ramai. Ia merupakan sebuah pekan yang lengkap kerana turut mempunyai pasar, bangunan membasuh (dobi), kedai, balai polis dan penjara. Di penempatan ini, pesakit kusta hidup secara bebas dengan kediaman yang disediakan, bercucuk tanam dan berekreasi di bawah pengawasan pegawai-pegawai perubatan yang mengawasi penyakit mereka secara khusus dan berterusan. Di sinilah vaksin mencegah kusta ditemui dari sejenis pokok berbuah dikenai sebagai Pokok Setumpol. Buah dari pokok ini dijadikan sebagai penawar bagi pesakit kusta. Pokok ini kemudiannya menjadi lanskap utama kawasan PKKN. Dengan bantuan yang diberikan ini golongan yang mengidap penyakit kusta akan dapat bantuan yang sewajarnya, dan proses-proses rawatan dapat dijalankan dengan lebih lancar dan sistematik.

About