@sabah.spotlight: TAWAU: Pasukan bomba menyelamatkan 23 mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir menerusi dua operasi berasingan di Kampung Terasing Batu 17 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Apas Batu 15, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, operasi pertama bermula selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.57 pagi mengenai kejadian banjir di Kampung Terasing Batu 17. Menurutnya, sepasukan 10 anggota bersama sebuah jentera FRT, sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Vigo serta sebuah Bot YAPIEM dikejarkan ke lokasi dan tiba pada 11.15 pagi. "Hasil pemeriksaan mendapati seramai 11 mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan dua kanak-kanak lelaki terperangkap akibat banjir. Kesemua mereka berjaya diselamatkan dan dipindahkan ke kawasan yang selamat," katanya. Beliau berkata, sejurus operasi itu selesai, pasukan sama terus digerakkan ke lokasi kedua di SK Kuala Apas Batu 15 selepas menerima panggilan pada 12.34 tengah hari. Katanya, pasukan bomba tiba di lokasi pada 1.20 petang dan mendapati seramai 12 mangsa yang terdiri daripada empat lelaki dewasa, lima wanita dewasa, dua kanak-kanak perempuan serta seorang kanak-kanak lelaki turut terperangkap akibat banjir. "Kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan dipindahkan ke rumah saudara-mara dengan selamat sebelum pasukan bomba menjalankan pemantauan berterusan di kawasan yang terjejas banjir," katanya. Operasi kedua ditamatkan sepenuhnya pada 3 petang selepas keadaan disahkan selamat dan terkawal. Pagi tadi, seramai 48 mangsa yang terperangkap di Kampung Tanjung Batu Keramat berjaya diselamatkan dan dipindahkan ke sebuah masjid berhampiran yang dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS). Difahamkan, pasukan bomba masih giat menyelamatkan mangsa banjir dan jumlah keseluruhan akan dikemaskini kemudian. 📝 Sabah Spotlight (COPYRIGHT®) #Tawau #banjir #bomba

Sabah Spotlight
Sabah Spotlight
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 25 July 2026 10:37:39 GMT
3609
40
0
6

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @sabah.spotlight, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About