@toknaga36: SEMENANJUNG TANAH (???) Sekiranya kenyataan Sanusi dianggap sebagai rasis, adakah kenyataan Mendiang Prof. Koo Kay Kim juga rasis? Kita bukan nak halau kaum lain yang sudah jadi warganegara ... Tidak sesekali menafikan hak kewarganegaraan kaum bukan Melayu ... Kita hanya mahu menegaskan jati diri nasional tanah air ini ... Sebagaimana negara-negara lain ada jati diri nasional mereka ... Menafikan jati diri tanah Melayu umpama menafikan jati diri Tanah Besar China bahawa ia bukan berasal daripada orang China, menafikan Benua India bahawa ia bukan tanah asal orang India, menafikan tanah Arab bahawa ia bukan tanah asal orang Arab. Kaum lain sebenarnya tak perlu melenting pun ... Bukan kita nak nafikan hak mereka menjadi warganegara Malaysia ... Orang bukan Melayu sudah banyak menikmati hak mereka sebagai warganegara Malaysia, sehingga mereka jadi menteri, jadi orang terkaya di Malaysia, bebas mengamal agama, bahasa, adat budaya dan cara hidup mereka dalam batasan undang-undang ... Tak kan bila ada orang Melayu sebut, tanah air asal usul orang Melayu ialah Semenanjung Tanah Melayu, sebagaimana kaum lain ada tanah air asal usul keturunan nenek moyang mereka, benda ini jadi kesalahan yang menyentuh sensitiviti kaum lain? Kalau sekiranya kaum Melayu yang bercakap begini dituduh rasis ... Maka adakah kaum bukan Melayu seperti Mendiang Prof. Koo Kay Kim, Dr. Ridhuan Tee dan kawan-kawan kita daripada kaum Cina, India dan bukan Melayu yang bercakap bahawa Semenanjung Tanah Melayu ini tanah asal orang Melayu, adakah mereka juga wajar dilabel sebagai rasis? Dituduh menjadi orang Cina dan India yang rasis dan belot hanya semata-mata kerana mempertahankan hakikat sejarah Semenanjung Tanah Melayu. Jadi adakah mereka mahu terus menekan orang Melayu agar terus mengalah dan mengalah, sehingga akhirnya menerima pemesongan naratif sejarah bahawa Tanah Semenanjung kini ialah Semenanjung Tanah Cina, India, Siam dan kaum-kaum lain, bukan lagi Semenanjung Tanah Melayu? Kalau begitulah gamaknya, adakah mereka akan bersetuju sekiranya kita katakan bahawa kewujudan 'Chinatown' yang diusahakan untuk mendapat pengiktirafan UNESCO, juga merupakan suatu perkara yang rasis dan menyentuh sensitiviti kaum, sebagaimana mereka memandang rasis terhadap pendirian yang mempertahankan Tanah Melayu sebagai tanah asal usul nenek moyang mereka? Orang Melayu amat menghormati dan menyenangi Mendiang Prof. Koo Kay Kim, Prof. Teo Kok Seong, Profesor Datuk Dr. Lim Swee Tin, Dr. Ridhuan Tee, sekadar memetik beberapa nama sebagai contoh, atas jiwa besar mereka mempertahankan fakta sejarah. Ironinya, mereka amat dibenci oleh sebilangan orang daripada kaum mereka sendiri. Tidakkah kita tertanya-tanya mengapa sampai begitu?

Muhdasrie
Muhdasrie
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 25 July 2026 17:00:38 GMT
92226
6707
369
2115

Music

Download

Comments

puterilimaupurut_72
PUTERI LIMAU PURUT :
Bc he knows the HISTORY OF MALAYA.
2026-07-26 09:37:48
3
ikhwanulwafi
Brotherhood :
Prof ni pakar sejarah. Dia sgt dibenci oleh dap.
2026-07-26 04:43:19
393
mrmuniz1234
MunizShop :
inilah antara manusia yang tahu erti syukur jadi rakyat malaysia dan saya hormati dia dan harap ramai lagi mcm prof ni
2026-07-26 04:27:49
167
kuehchinamchinam
KuehChinam Chinam :
where was it written?pse show.
2026-07-26 08:20:28
0
chintaroacol
chintaro :
kasi hadam sama Zahid
2026-07-26 03:38:30
103
user8771974443340
masri :
prof sangat tinggi ilmunya dalam sejarah malaysia
2026-07-26 05:09:35
109
mrc91292
MRC :
Constitution can be amended, so as permanent leasehold land can be acquired......
2026-07-26 07:22:48
0
sue712503
Sue :
Respect…
2026-07-26 05:19:44
0
syakirahmajid
SyakirahMajid :
done repost✅
2026-07-26 07:34:37
0
matniecher
MatNiecher :
semoga rtm, astro selalu-selalulah ulang tayangan ni kat tv sbg rancangan khas sempena merdeka atau sbg teaser / selingan dlm rancangan tv. biar semua org kembali faham perlembagaan negara
2026-07-26 04:21:50
55
jebat7951
Jebat :
dap dengar tuu
2026-07-26 04:06:48
33
mrfreeydo
Mr Freeydo :
TQ Prof. saya mmg follower Prof. tapi Prof dah meninggal. Seorang berjiwa patriotic & sgt adil bila berbicara walaupun beliau seorang Cina. Negarawan terbilang.
2026-07-26 05:57:38
34
ellejeffry
Elle97 :
Some people are in denial. History is about facts!
2026-07-26 07:55:28
0
siti.hawa9972
Siti Hawa :
tak paham2 lagi ke
2026-07-26 04:00:12
33
aieyizwan
aie146890 :
pakat share2 ye😳
2026-07-26 04:15:02
25
abahwan1973
Abahwan :
Sudah2lah. Malaysia dah merdeka lama dah. Smua bangsa ada peranan masing2 bangunkan negara ini.
2026-07-26 05:04:43
6
roslisallehperodua
RosliSallehPerodua :
Mereka mengunakan cara Israil buat pada Plastine dalam bentuk yg berbeza!!!!
2026-07-26 04:04:55
29
user43346048546095
user43346048546095 :
Rasisnya Prof ni... Kenapa prof ini terlalu rasis
2026-07-26 06:19:31
5
kuda.putih168
Kuda Putih :
DAP tak mau terima fakta
2026-07-26 04:54:39
7
rosla0020
Rosla002 :
Faham semua, Tqsm Prof
2026-07-26 04:18:31
15
yahsaad13
YAH SAAD :
Pm..TPM.. menteri2 rakyat2..faham betul betul.
2026-07-26 04:21:55
25
bayu60501
Bayu senja♥️🖤 :
dah faham kan ..
2026-07-25 23:11:42
40
encikfaizul6
EncikTom🇲🇾 :
dap xleh tengok ni, koyak nt
2026-07-26 04:04:22
17
marinahnurqaisara
salju :
harap²lps nk kalau PN/pas atau BN tnpa Zahid ...p3gang Malaysia perbnykkn la cerita²sejarah Malaysia ..contoh bukit Kepong sarjen Hasan DN banyak LG ..supaya ank² zaman skrg tahu asal usul mereka .
2026-07-26 04:30:01
36
user9518707865249
adylc :
tq very clear
2026-07-26 04:03:55
10
To see more videos from user @toknaga36, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About