@dakwatrakyatpost2025: Lawas: Kesanggupan pelancong Brunei membuat tempahan meja sehingga dua minggu awal untuk menikmati hidangan berasaskan udang galah di Norain Kitchen & Catering menunjukkan Kuala Lawas semakin mencipta nama sebagai destinasi gastronomi rentas sempadan. Pemiliknya Norain Abdul Rahman berkata, ia paling ketara pada hujung minggu dan musim cuti sekolah apabila gerai di Teratak Warisan Kampung Dato Kuala Lawas, kira-kira sejam dari Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Mengkalap, dipenuhi pelanggan dari Brunei, selain Sabah, Miri dan penduduk tempatan. "Mereka ingin menikmati hidangan berasaskan udang galah sungai segar. Biasanya pelanggan Brunei membuat tempahan dua atau tiga hari lebih awal, malah ada yang menempah sehingga dua minggu sebelum, terutama ketika cuti sekolah kerana bimbang kedai penuh," katanya kepada BERNAMA. Wanita berusia 50 tahun itu berkata, udang galah dalam masakan seperti mi bandung, mi goreng, laksa Sarawak dan nasi penyet selain udang galah rebus serta udang galah masak kampung antara hidangan paling mendapat sambutan. Beliau telah mengusahakan perniagaan masakan itu bersama-sama keluarganya kira-kira 20 tahun lepas di Pasar Besar Lawas sebelum berpindah ke lokasi berhampiran Sungai Merapok dua tahun lepas. Ibu kepada dua anak perempuan itu berkata, lokasi baharu membolehkan pelanggan menjamu selera dalam suasana lebih selesa sambil menikmati panorama matahari terbenam Sungai Merapok yang turut menjadi daya tarikan kepada pengunjung. "Kami mengambil stok udang dari sekitar Lawas untuk mengekalkan kesegaran dan kualiti kerana isinya lebih manis. Kalau diambil dari luar kawasan, tempoh penghantaran lebih lama," katanya. Bagaimanapun, Norain berkata bekalan bergantung kepada musim dan keadaan sungai, yang boleh mencecah antara 10 hingga 20 kilogram (kg) sehari pada musim udang galah manakala semasa luar musim, jumlah itu ada kalanya hanya sekitar satu hingga 2kg sehari. Norain berkata, harga hidangan ditawarkan antara RM20 hingga RM35 sepinggan mengikut saiz udang galah serta musim dengan pendapatan harian boleh mencecah ribuan ringgit pada hujung minggu dan cuti sekolah. Wanita itu juga berharap lebih ramai pelancong menjadikan Kuala Lawas sebagai destinasi persinggahan bukan sahaja untuk menikmati udang galah malah merasai sendiri keunikan suasana daerah paling utara di Sarawak itu. "Harapan saya supaya lebih ramai datang menikmati hidangan udang galah dan pulang dengan pengalaman menyeronokkan di Kuala Lawas," katanya Sementara itu, anak jati Lawas Sairah Ahmad, 40, berkata kehadiran pengunjung dari Brunei yang semakin meningkat menjadikan Kuala Lawas sebagai antara destinasi persinggahan pilihan bagi mereka yang ingin menikmati hidangan hasil sungai tempatan. "Saya juga bawa kawan-kawan dari Kuala Lumpur untuk merasai menu berasaskan udang galah di sini. Peminat udang galah memang sesuai datang semasa musimnya. "Lokasi restoran ini juga berhampiran dengan masjid, jadi lebih mudah untuk pelanggan luar singgah makan sebelum mereka meneruskan perjalanan," katanya. Kredit sumber: BERNAMA/Harian Metro

Dakwat Rakyat Post
Dakwat Rakyat Post
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 26 July 2026 09:58:37 GMT
34965
658
46
766

Music

Download

Comments

ps420292
ps :
no tlp pls
2026-07-27 03:32:32
1
kaptnrock12
kaptnRock :
Memang padu 2x dh p sana
2026-07-27 04:17:59
2
adio6671
BuajahAyan🇧🇳 :
Highly recommended. Udang and ikan nya fresh!! Mesti cuba ah
2026-07-27 01:44:01
2
mooonalisaa4
Lemon Tea 911❤️ :
spa nama restoran nya
2026-07-26 23:09:04
2
mahbinnaqiulmmiab
mahbin164 :
Assalamualaikum,ia th payah neeeee,mempromo indada post dngan nombor tepon tauuus
2026-07-27 02:44:46
1
rm607204
RM :
Kpg dato Kuala lawas
2026-07-26 22:07:35
2
myname.602
🐼 :
byk yg mbooking tempat ni sal inda gi batah cuti skulah
2026-07-27 00:59:11
2
232517_
Aries24 :
Nyaman ni,pernah sdh cuba Udang Galah tomyam nya😋
2026-07-27 04:23:16
1
napasibuk_1
MANTEN 1728 :
Bnr Kan... Bh booking eh
2026-07-27 01:00:39
1
musams.amsaw_
Musams AmsAw_ :
RM memang meletup di mata org brunei, 👍👍👍
2026-07-27 01:11:19
1
runymetali
MR2 :
share² numbur contact nya, Mau jua Kan booking meja Cuti ane
2026-07-27 00:07:59
1
mrlancer6548
Mimo Kter :
Bnar ni jymn guys
2026-07-27 02:46:55
1
udino_25
gg :
bh esuk kesnaa ahahah
2026-07-27 01:20:53
1
daiwa_shimano4500
KopinG :
berapa harga
2026-07-26 23:26:39
1
nafee_509
Damean_Mikael :
nyaman ni masakanya... everytime kn ksna booking awl tu udang galah ah...
2026-07-26 23:58:01
1
mejar_seruji23
Mejar seruji :
di mana
2026-07-26 21:02:27
1
uncle_pablo69
AJAAMAN BRAVO :
spg nya....dri BRUNEI
2026-07-26 22:44:57
1
gr_1113
Ganadaf :
Cari saja d google maps ‘Norain Kitchen & Catering’
2026-07-26 23:32:19
1
hmsyandol.459
hmsyandol.459 :
Share location sekali
2026-07-27 06:51:29
0
mzvochavocha
Mzvocha Vohca :
dimna tu..
2026-07-27 05:43:37
0
hggteam
HampaDay :
Hoax...😏
2026-07-27 00:54:56
0
pengatil0
pengatiL10 :
yata bimalas ni nada location nya😂
2026-07-27 05:25:28
0
hasrenshafa4414
HasrenShafa4414 :
😁😁😁
2026-07-27 05:50:24
0
hazijulazreen
ベジットスーパーヒーローサイヤ :
@noridah kitchen
2026-07-27 06:53:18
0
To see more videos from user @dakwatrakyatpost2025, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About