@beritartm: SINGAPURA, 28 Julai – Tindakan seorang pempengaruh dari Singapura melakukan prank dengan menyembunyikan rakannya di dalam sebuah bagasi sebelum meminta bantuan orang awam mengangkatnya ke dalam but kereta mencetuskan kebimbangan dan menerima kecaman hebat daripada netizen. Menerusi video berdurasi satu minit 22 saat yang dimuat naik di TikTok dan Instagram, pempengaruh berkenaan dilihat meminta bantuan seorang lelaki yang tidak dikenali untuk mengangkat bagasi kononnya berisi barang berat. Namun, ketika bagasi itu diangkat, kedengaran suara mengerang dari dalam sehingga menyebabkan lelaki terbabit panik dan berundur. Penerbit : Rekha Sevaloga Nathan Suara Latar: Fauziah Mohd Sidek Sumber Visual: TikTok @AimRun ‘Yang sahih di RTM’ #RTM #BeritaRTM #MalaysiaMadani #TaatSetia #BersamaMALAYSIAKU #RancakkanMADANI #MADANIBekerja