@alif.azizi69: PAS – PARTI POLITIK KAHWIN CERAI PAS ni memang terkenal dengan rekod 'kahwin cerai' dalam politik. Dulu pernah mesra dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, tapi putus tengah jalan pada 2015 sebab isu hudud. Lepas tu pada 2019, main cinta pulak dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional, tapi akhirnya ditinggalkan demi BERSATU dalam Perikatan Nasional. Terkini PAS dan BN dah rujuk semula, apa pula kisah mereka selepas ini. Kejap musuh, kejap jadi kawan suci balik bila ada kepentingan pilihan raya. Sampai bila penyokong nak tengok PAS asyik bertukar pasangan macam ni, PAS sebenarnya betul-betul nak berjuang demi Islam, atau sekadar gilakan kuasa politik? #PAS #PolitikMalaysia #BN #DAP #BERSATU