@ogyvincenzo: Selalunya bila kita dengar kes mahkamah antara adik-beradik, mesti berkaitan perebutan harta pusaka, tanah atau duit. Tapi kisah benar yang berlaku di Arab Saudi ini lain, sangat lain. Ia kisah yang boleh buat hati kita luruh serta-merta. Seorang lelaki tua bernama Hizam Al-Ghamdi terpaksa berhadapan adiknya sendiri di mahkamah. Namun yang menyedihkan, mereka bukan bergaduh kerana duit, tetapi kerana berebut hak untuk menjaga ibu mereka yang sudah terlalu uzur. Hizam berkeras mahu terus menjaga ibunya seperti yang dia lakukan selama bertahun-tahun. Katanya, “Ibu adalah sebahagian dari hidupku.” Itu satu-satunya nikmat yang dia masih ada. Tapi adiknya pula tidak bersetuju. Dia risau abangnya sendiri yang sudah berusia semakin lemah, dan dia rasa dialah yang patut ambil alih tanggungjawab itu. Di mahkamah, dua-dua tak sanggup mengalah.Dua-dua merayu dengan suara sebak. Hakim akhirnya memanggil ibu mereka untuk membuat pilihan. Namun jawapan ibu itu membuat seluruh dewan mahkamah terdiam. Ibunya berkata dalam suara yang lemah, “Jangan paksa aku memilih. Mereka berdua seperti mata kiriku dan mata kananku.” Air mata semua yang hadir mulai mengalir. Kerana ibu tak sanggup membuat keputusan, hakim terpaksa menilai secara logik : si adik lebih muda, lebih kuat, lebih mampu memberi penjagaan rapi. Maka mahkamah memutuskan hak penjagaan diberikan kepada si adik. Dan saat keputusan itu dibacakan. Hizam tidak mampu berdiri. Dia menangis teresak-esak. Bukan sebab kecewa kalah. Bukan sebab marah pada adiknya. Tetapi kerana dia takut kehilangan peluang terakhir untuk berbakti kepada ibu yang amat dia cintai.Peluang yang mungkin tidak lama lagi. Kisah ini mengajar kita: Dalam dunia yang penuh perebutan harta,masih ada manusia yang berebut untuk berbakti. Semoga Allah merahmati semua anak yang menjadikan ibu ayah sebagai keutamaan hidup mereka.Amin Ya Rabb... 🤲🕋 #malaysia #fyp #viral
OGG
Region: MY
Tuesday 28 July 2026 02:11:40 GMT
Music
Download
Comments
FRANCESCO TOTTI ALNAIM :
isteri aku dengar mesti panas ni
2026-07-28 03:15:03
1894
Negan gonna hit U with Lucille :
unnecessary
2026-07-28 18:44:54
0
PendekarPetai :
pernah jd dkt Batu pahat, kg linau kes berebut nk jaga ayah, masing2 dh berjaya, siap bertumbuk. huhu..org lain brgaduh xnk jga, depa gaduh nk jaga
2026-07-28 09:09:45
578
kateji8507 :
Amazing video! ❤️
2026-07-30 11:38:58
0
@:່ :
kt Malaysia mna ada mcm ni . brebut nak buang mak ade
2026-07-29 01:16:34
267
user5237083244210 :
untung nya ada ank Gini sanggup nk jaga ibu sendiri ...
2026-07-28 03:41:44
395
SexyGranny :
May God bless both of you guys
2026-07-30 11:18:19
0
Saffeya Marissa :
Ya Allah masih ada anak2 yg nak jaga mak (syurga) dia..
2026-07-28 03:53:00
103
hanzo :
ticket ke 🌹💐🫂
2026-07-29 03:51:26
0
Tutu :
Triggernya suami2 malaysia ni. Isteri xkisah pun kalau suami nak jaga mak sendiri. Memang itu syurga suami. Tapi kebanyakannya suami suruh isteri yg jaga maknya di rumah. Sebab dia kene pergi kerja. Balik kerja dia dah penat. Kalau suami jaga sepenuhnya mana mampu dia nak jaga anak isteri sekali.
2026-07-29 01:33:52
71
msyafiq2803 :
berebut jaga mak sebb harta kt mak,sebb harta jugak last2
2026-07-29 04:20:43
12
Solid :
"syurga di bawah kaki ibu"
memang diorang pegang ketat punya
2026-07-28 08:40:58
19
Rahsia :
Aku sebagai isteri.. klu laki aku nk jaga mak dia ok.. xpe, aku kena kuat mental jaga anak.. jnji sediakan aku tmpt yg selesa. Duit yg byk.. yaaaa balik laa dia kampung jaga mak dia.. sbb ank dia nanti pn sama.. akn berkahwin. Akn tglkan dia jugak
2026-07-28 21:55:50
5
aremey :
Ni baru betul, bergaduh sebab nk jaga mak , bukan pasal harta, respect 🫡. Aku pon nk buat macam ni
2026-07-28 15:34:18
17
kak mini :
kat malaysia berebut nk jaga mak sbb tujuan jadi pengasuh anak2 dorang(cucu)
2026-07-29 04:38:45
22
imlina :
saya tak perlu bergaduh dengan abang2 saya sebab mmg saya dan kakak saya yg akan jaga mak..sebab abang2 tak nak jaga mak ayah. dah pernah terjadi masa mak sakit. dan skrg abang saya dua2 sakit, dua2 balik rumah mak, dua2 nak minta mak jaga Dorang..skrg saya dah kawin dah ada anak ..jaga anak jaga suami jaga mak ayah.. Alhamdulillah smoga dikuatkan tulang menulang kami suami istri
2026-07-29 01:18:53
6
khairi :
knp nk berebut kalau blh gilir² 😭
2026-07-29 12:19:31
5
nora :
Menitis air mata ya allahh🥹
2026-07-28 07:35:21
11
Azee :
Dua2 dpt tiket ke syurga sb Allah Maha pemurah👍
2026-07-28 05:13:17
15
sharifah Md Shah :
anak2 yang Soleh..semoga diberkati Allah SWT
2026-07-28 07:14:51
8
Sharifah Abdullah :
Sy lagi marah laki sy klu tak jaga emak dia. Tak jaga aku tak apa tak jaga anak2 tak apa. Jaga emak dia,emak dia mesti utamakan aku cakap sbb tak emak siapa dia kt dunia ni. Aku ni pinjaman tuhan je,emak dia adalah 1 didunia..
2026-07-28 04:52:25
7
ACARM :
mrk kejar pahala yg amat besar yg tak nampak di dunia 🥰🥰🥰
2026-07-28 08:06:19
6
ijam :
Diaorg berebut syurga🥺
2026-07-28 06:23:46
8
Sri Rohayu :
ya allah tetiba laju je air mata
anak 2 berebut tiket untuk ke syurga
sungguh beruntung ibu nya
2026-07-28 06:42:10
9
AlieffxRyn :
anak yang dirahmati syurga buat mu
2026-07-28 07:18:30
13
To see more videos from user @ogyvincenzo, please go to the Tikwm
homepage.