@sabah.spotlight: SANDAKAN: Jabatan Air Sabah (JAS) melaksanakan pemotongan sebanyak 43 sambungan paip air haram selepas dikesan menerusi Operasi Bersepadu Mega di dua kawasan setinggan di Kampung Mangkalinau, Batu 3, di sini, hari ini. Menurut kenyataan JAS, operasi yang berlangsung dari jam 7 pagi hingga 3 petang itu turut membawa kepada penahanan seorang lelaki warga tempatan serta rampasan dua unit pam air yang dipercayai digunakan bagi sambungan paip haram. Operasi berkenaan disertai seramai 89 anggota daripada JAS, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Sabah Electricity dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS). Ia dilaksanakan bagi membanteras penyambungan paip air secara haram serta mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW) di daerah ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 49(b) Enakmen Bekalan Air Sabah 2003, yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000, penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. JAS memaklumkan operasi itu memfokuskan kepada pengesanan, pemotongan dan penguatkuasaan terhadap manipulasi sistem bekalan air, selain akan meneruskan pemantauan di kawasan panas bagi memastikan bekalan air bersih kepada pengguna terus terjamin. Dalam operasi sama, Sabah Electricity turut memotong 40 sambungan elektrik haram dengan anggaran berat kabel yang dirampas sebanyak 82 kilogram, manakala MPS mengeluarkan tiga kompaun serta merampas 11 pek rokok. 📝 Sabah Spotlight (COPYRIGHT®) #JAS #Sandakan #SESB #JIM #MPS

Sabah Spotlight
Sabah Spotlight
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 28 July 2026 15:26:26 GMT
20311
419
23
78

Music

Download

Comments

riess999
riess999 :
cara terbaikk robohkan rumah haramm...SIMPLE!!
2026-07-29 06:38:08
1
mazlan3208
Mazlan.castro :
Terbaik la kerjaaan 👍🏻
2026-07-29 05:58:06
1
suhaymin28
suhaymin 28 :
air pun haramkan kh apa macam punya kerajaan oh😡😡😡😡😡
2026-07-29 03:58:44
0
mhdsabri95
mhdsabri95 :
belakang letat sekolah giat mara tu 100% curi karan sambung wayar dan air .lepas operasi habis pasang balik karan dan air.
2026-07-29 02:18:51
2
nazha_ism7
NeeZH@ :
terbaek
2026-07-29 05:13:05
0
huuuhaiii2
huuuhaiii,, :
belakang MPS karamunting lagi,,
2026-07-29 05:42:54
0
robertberth
bert😎 :
tak habis²..
2026-07-29 02:56:26
0
sinar_327
sinar :
buat pengalang kkunci
2026-07-29 03:05:46
0
miss.sujie
ptey cats💋 :
Adoii
2026-07-29 02:17:25
0
abillidz96
Abell :
Sunyi plk😂😂😂
2026-07-29 01:38:37
0
sinar_327
sinar :
itulh air lumpur dan berbau klu air paip kluar dlm rumah...berbuih lgi
2026-07-29 03:07:04
0
triplexxx8888
XxX :
🤣🤣🤣bnyak bha tu setinggan di sdkan nie,tpi pndai halimunan🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣klau dri letat tu siring2 parit besar tu tinjau2 juga dri mna dpt karan sama boheee😅😅😅
2026-07-29 01:37:25
1
anak.perantau48
anak perantau :
tak mampu bayar ni tu la curi air ni😂
2026-07-29 05:01:22
0
anak.perantau48
anak perantau :
faham kan ayat tu bukan air yg haram,tapi paip air yg harap kawan 😂
2026-07-29 05:03:42
0
moonlightindarknees
darkmoon :
Setinggan kah 🤔🤔🤔 Tapi alang alang cek juga perumahan
2026-07-29 02:17:27
0
sknnnno
unknnnnnm :
😁😁😁
2026-07-29 02:20:18
0
muntarodelpiselto
▶︎ •၊၊||၊|။||||| 0:10 :
😂😂😂
2026-07-29 02:27:45
0
baharuddinsamion2
BAHARUDDIN.S :
😁😁😁
2026-07-29 02:39:50
0
To see more videos from user @sabah.spotlight, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About