@jimselangor: @Outstanding Red @IMIGRESEN SELANGOR 2 41 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS MAHIR DI DAERAH KUALA SELANGOR KUALA SELANGOR, 28 JULAI 2026 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor telah melaksanakan Ops Mahir di sekitar daerah Kuala Selangor dengan kekuatan seramai 18 pegawai penguat kuasa. Operasi yang bermula pada jam 2.00 petang itu dijalankan hasil risikan dan pemantauan berterusan terhadap sebuah premis industri yang dipercayai menggaji atau melindungi warga asing yang melanggar peruntukan undang-undang imigresen negara. Hasil pemeriksaan mendapati seramai 41 warga asing telah diperiksa dan kesemuanya ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Warga asing yang ditahan terdiri daripada 33 warganegara Myanmar, lima (5) warganegara Bangladesh dan tiga (3) warganegara China. Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tidak memiliki pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta yang sama serta melanggar Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Kesemua warga asing yang ditahan telah dibawa ke Pejabat Imigresen untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut. Tindakan selanjutnya akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI), mengesan majikan yang menggaji atau melindungi warga asing tanpa dokumen yang sah serta memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen negara. Orang ramai turut diseru agar terus menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang imigresen kepada Jabatan Imigresen Malaysia. Kerjasama masyarakat amat penting dalam membantu usaha penguatkuasaan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara. #jimselangor #imigresenmalaysia #pati

IMIGRESEN SELANGOR
IMIGRESEN SELANGOR
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 29 July 2026 00:32:36 GMT
1404508
37436
1261
8360

Music

Download

Comments

jamalludinalias
jamalludinalias :
tokey2 yg ambik pekerja2 nie apa tindakkan nya..
2026-07-29 05:08:48
502
mlerotten
mleRotten :
kau tangkap PATI, kau tunjuk skali tauke kilang tu kena dakwa skali.
2026-07-29 05:10:45
258
ashen_banchamek
ashen_banchamek 🇫🇷 :
mereka cuma cari nafkah tuan, pakai hati siket.
2026-07-29 07:50:06
127
fateraja00
တစ်ယောက်တည်းသောကောင်လေး :
nice job boss
2026-07-30 00:44:58
0
smyogtamang2
👩‍❤️‍👨ChhiringSYA👩‍❤️‍👨 :
Come to plzz wistron tichonology commpny
2026-07-29 14:44:38
0
sksakib7203q
🇲🇾 Sakib🇲🇾¹²⁷⁹🇲🇾 :
good job
2026-07-29 14:31:39
0
kalay.lay432
Who am i :
😔🥺🥺😔🥺🥺😭😭😭Thank you
2026-07-29 10:58:38
0
bp4277.el
respect :
pemerintah Indonesia gak malu kah
2026-07-29 01:59:38
278
cahayagmail.com1
R :
andai presiden Indonesia bisa mensejahterakan rakyat ny. mungkin mereka tidak harus pergi ke negara asing untuk mencari sesuap nasi.
2026-07-29 00:47:42
665
typicalzaraa
wan :
Ini baru kerja imigresen
2026-07-29 12:06:21
1
usmanfikar9
US fikaR 89 :
akhirat Allah yg akan balas
2026-07-29 12:19:28
10
kirtiman.magar3
Kirtiman Magar :
I know someone has work permit cards but the police want a passport ka😂🙏🙏
2026-07-29 11:38:34
0
jailang1668
Shop Online1668 :
torbaik imigresen Selangor
2026-07-29 06:21:02
13
reginarina1
❤️Regina ❤️ :
tangkap boss sekali
2026-07-29 07:07:05
6
dalem.iko.hongkong
🇭🇰JiSOO🇮🇩 :
udah mbak menyerah aja.janji selamat dan cepat di proses blik Indonesia 🙏🙏
2026-07-29 07:51:07
6
aanauhibbukafillah
Nanda🇮🇩🇲🇾 :
q urus permit uang dah masuk 11 ribu dengan suami ujung ujungnya gak jadi uang hangus
2026-07-29 02:03:38
14
syarifahutabarat
syarifahutabarat :
kasihan x ya Allah tolong bantu mereka
2026-07-29 01:56:34
12
diana_t.r
diana_tr :
Sepatutnya Majikan juga kena tangkap, tak jalankan undang" tak buatkan permit ambil pekerja asing#Semoga selalu dalam lindungan Allah para pencari nafkah 🤲🏻🤲🏻🤲🏻
2026-07-29 07:47:19
6
muslimjailani153
muslimjailani153 :
pemimpin kita tolol bukannya mikirin rakyat yg dia pikir keluarga dan kelompoknya saja 😭😭😭
2026-07-29 10:11:01
8
aesthetic_19888
Anita_psr88 :
Kasian memang ,tapi tak boleh buat ape dah…
2026-07-29 02:06:51
30
aldin_magic
🅐🅛🅐🅓🅘🅝 :
coba semua majikan gak mau Nerima orang kosongkan... jadi selesai masalahnya kan...
2026-07-29 01:30:37
37
frssron
babyngepet :
sedih juga dengar pak imigrasi bilang "alaa kasian" ini pertanda mereka juga sebenarnya ga tega
2026-07-29 07:09:35
34
_mannnn6
Misaii🥸 :
Permit tu mahal sangat ke?
2026-07-29 06:20:25
49
nishanatasya29
🖤_ Nisha Natasya _🖤 :
Saman Majikan sekali baru btl🥰🥰
2026-07-29 05:44:28
7
user522393429
🇲🇲wai yan🇲🇾 🍷🍷🍷 :
😢😢😢😢စိတ်မကောင်းဖြစ်ကလွဲရင်ဘာလည်းပြောမရဘူး
2026-07-29 07:37:47
11
To see more videos from user @jimselangor, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About