@kesultanan.pahang: ๐—ž๐——๐—ฃ๐—• ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ-๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—•๐——๐—จ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—— ๐—ฆ๐—›๐—”๐—› ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š (๐—จ๐—ก๐—œ๐—ค๐—ฆ๐—”๐—”๐—ฆ) KUANTAN, 30 Julai 2026 โ€“ Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) yang berlangsung di Auditorium Tuanku Canselor UNIQSAAS, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Turut hadir ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato' Indera Haji Mohamed Moiz serta YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Hadir sama ialah YAB Menteri Besar Pahang, Datoโ€™ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datoโ€™ Sri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Nazri Abu Bakar serta Naib Canselor UNIQSAAS, Profesor Datoโ€™ Dr Hj Mohd Zawavi Zainal Abidin. Pada majlis berkenaan, Paduka Baginda bertitah menzahirkan penghargaan kepada Al-Marhum Paduka Ayahanda, Sultan Haji Ahmad serta mantan Menteri Besar Pahang, Tan Sri Dato' Sri Diraja Haji Adnan Yaakob, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri dan para Mufti Pahang terdahulu yang telah memainkan peranan besar dalam membangunkan serta memperkukuhkan pentadbiran Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), sekaligus menjadi asas kepada pemasyhuran UNIQSAAS pada hari ini. Paduka Baginda bertitah bahawa usaha yang dilaksanakan kini merupakan kesinambungan kepada legasi tersebut dengan membawa anjakan paradigma baharu agar UNIQSAAS muncul sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang menjadi permata kebanggaan negeri serta rakyat Pahang. โ€œHarapan saya agar kepimpinan universiti dari Canselor,Pro-Canselor dan Naib Canselor menentukan perjalanan universiti ini berada di landasan yang terbaik sekali di negeri Pahang. Itulah harapan saya agar semua penuntut diberi ilmu pelajaran yang terbaik. โ€œApa yang perlu, boleh beritahu (maklum) kepada Kerajaan Negeri atau kepada saya sendiri agar kita dapat sama-sama berikan yang terbaik kepada pelajar universiti ini,โ€ titah Paduka Baginda. Seusai titah perasmian, Paduka Baginda kemudiannya berkenan menyempurnakan gimik pemasyhuran dan menandatangani plak pemasyhuran Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS). Majlis turut menyaksikan pelancaran Al-Quran Kerajaan Negeri Pahang yang disempurnakan oleh Paduka Baginda sebagai manifestasi komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkasa syiar Islam serta memartabatkan institusi al-Quran di negeri ini. Pada majlis yang sama, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang diisytiharkan sebagai Canselor UNIQSAAS, disusuli pengurniaan Watikah Pelantikan Canselor kepada Paduka Baginda. Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang turut berkenan mengisytiharkan pelantikan Pro-Canselor UNIQSAAS sebelum menyempurnakan pengurniaan watikah pelantikan kepada Menteri Besar Pahang dan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Pahang sebagai Pro-Canselor universiti berkenaan. Pemasyhuran UNIQSAAS merupakan satu detik bersejarah yang menzahirkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkukuh pembangunan pendidikan tinggi berteraskan al-Quran, sekaligus menjadikan UNIQSAAS sebagai universiti al-Quran pertama di Malaysia serta membuka lembaran baharu dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan Islam di peringkat nasional dan antarabangsa. โ€“ KESULTANAN PAHANG #sultanpahang #tengkuampuanpahang #tengkumahkotapahang

Kesultanan Pahang
Kesultanan Pahang
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 30 July 2026 08:56:02 GMT
12948
1080
23
132

Music

Download

Comments

kembara.merisik.hikmah
Kembara Merisik Hikmah :
mohon supaya ada silibus pengajian Syariat, Hakikat, Makrifat dan Tarikat yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah juga ๐Ÿคฉ insyaallah, semoga islam akan terus subur di Tanah Melayu, hidup di jiwa hamba-hambaNya. Daulat Tuanku
2026-07-30 23:35:48
3
chinnas91
Riz :
terbaik sultan pahang.. anugerah Allah swt digunakan ke jln yg betul.
2026-07-30 10:18:28
3
effmppp
ahmadefat :
Daulat Tuanku...semoga UNIQSAAS terus cemerlang
2026-07-30 09:50:54
1
november.rain981
November Rain :
Alhamdulilah
2026-07-30 09:12:51
0
muhammad.nazhiif5
naziff :
Selamat Hari Jadi Tuanku
2026-07-31 01:59:52
0
ibnumohamad6
ibnumohamad :
ALHAMDULILLAH DAULAT TUANKU๐Ÿ™๐Ÿฅฐ
2026-07-31 00:39:16
0
acesorasa
ร—SoRaSaร— :
dirgahayu tuanku ๐Ÿ™๐Ÿป
2026-07-30 20:44:07
0
lj_princess7
l!lac :
Alhamdulillah! Allahuakbar! moga pelajar sentiasa dikurniakan kemudahan dalam setiap urusan pelajaran yang seterusnya berjaya walau dimana mereka berada..aaminn insyaallah!
2026-07-30 11:43:48
0
haqabiqhadeejah7
HAQ7 :
Daulat Tuanku๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿซก Alhamdulillah๐Ÿซถ๐Ÿป๐Ÿค
2026-07-30 09:28:52
0
aida_nadrah
aida_12345 :
macam mana nak mohon masuk uniqsaas tu?
2026-07-30 16:19:42
0
honey667_
Kak Rose :
Daulat Tuanku๐Ÿ™
2026-07-30 09:38:40
0
rohanianakbrahimb
leyla :
daulat tuanku ampun tuanku โ™ฅ๏ธโ™ฅ๏ธ๐Ÿ™๐Ÿ™
2026-07-30 09:21:37
0
putrisiti293
putrisiti :
Alhamdulillah.. ๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™
2026-07-30 10:45:43
0
bams87_official
Ar_raafi :
DAULAT TUANKU ๐Ÿ™
2026-07-30 09:19:17
0
ichiwa77
JorDein :
Daulat tuanku.๐Ÿ™
2026-07-30 09:01:24
0
tp_007th
tp_007th :
๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™
2026-07-30 12:47:34
0
your_kamelia
pencinta kucing :
๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ
2026-07-30 13:04:56
0
sagorahmmed371
1998 :
๐Ÿ’ฏ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿฅ•๐Ÿฅ•๐Ÿฅ•
2026-07-30 12:06:18
0
your_kamelia
pencinta kucing :
๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„
2026-07-30 13:04:59
0
To see more videos from user @kesultanan.pahang, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About