@seen.real: Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Syariah ingin memaklumkan bahawa satu aduan telah diterima oleh Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah mengenai produk makanan jenama Argentina keluaran Century Pacific Food, Inc., beralamat BLDG 4, L7B7 LIIP AVENUE, BARANGAY MAPLASAN, BINAN CITY PROVINCE OF LAGUNA, PHILIPPINES yang dijual di negara ini yang diragui kehalalannya. Hasil analisis yang diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa salah satu (1) produk daripada tiga (3) produk telah dikesan mengandungi DNA khinzir (Porcine DNA), iaitu produk Beef Loaf dengan nombor batch 6BL78, 6BL79, AB107 dan LBL51. Susulan penemuan tersebut, sijil halal yang dikeluarkan oleh badan pensijilan Halal Islamic Da’wah Council of Philippines (IDCP) bagi produk tersebut juga telah ditarik balik. Oleh yang demikian, bagi menjaga kemaslahatan masyarakat Islam di negara ini, Jabatan Hal Ehwal Syariah ingin menegaskan kepada pemilik mana-mana pasar raya, kedai runcit dan lain-lain premis perniagaan di Negara Brunei Darussalam yang menjual produk makanan Beef Loaf jenama Argentina dan semua produk makanan jenama Argentina keluaran Century Pacific Food, Inc. supaya segera mengasingkan produk berkenaan dan menjualnya di ruangan yang tidak terdedah kepada orang awam di premis masing-masing. Orang ramai yang ingin membuat aduan atau berkongsi maklumat mengenai penjualan produk tidak halal secara terbuka di premis-premis perniagaan bolehlah menghubungi Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah melalui talian hotline +673 716 6222 atau mana-mana pejabat Bahagian Kawalan Makanan Halal di setiap daerah. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mora.gov.bn. Repost from @kheu.brunei
Seen & Real
Region: BN
Thursday 30 July 2026 13:25:14 GMT
Music
Download
Comments
majid abdullah :
sudah balik2 temakan ani siapa yang patut disalahkan ni😳😳
2026-07-30 19:04:39
16
esparjo :
salah siapa th ne?messi?
2026-07-30 23:01:25
32
Aquarius :
nasib jua ku milih Spain...
2026-07-31 04:01:10
2
trisneyjoyo :
Aku balum pernah membali. Tapi yg cornbeefnya pernah ku membali
2026-07-30 21:11:58
7
Masyhadi Sufri :
Argentina jua bah.. inda hairan..
2026-07-30 22:26:16
4
BigK :
dari dulu sudah ku mushkil, time convid 19 ani kana bagi oleh gov along with other other foods seriatu time kami kana suruh quarantine d rumah
2026-07-30 22:26:06
3
Kim :
patut nyaman
2026-07-30 15:15:47
0
julia maria :
aku nda pernahbli kecuali brunei shj yg ku bli tentu hallal nya Allhamdullah
2026-07-31 00:14:48
2
Brown Eyes :
nasib nda prnh mbli. argentina tp halal? ada lg yg dri brazil,pun ada chop halal. murah plg p sorry
2026-07-31 00:15:54
1
tommy_montez :
banyak sudah orang temakan 😁😁😁
2026-07-30 16:11:33
1
Nur :
baik jua nda prnah mbali.jrg mkn brg tin..
2026-07-31 02:07:11
0
meeyaaa25 :
sudh balik2 temakan tanpa sengaja 😅 😒 habis lah rmai yg tmakan🥲
2026-07-30 17:12:07
2
G 1 :
ada komplin dari orang ramai baru tah bgarak kalau paham bisai
2026-07-31 02:02:55
0
zh :
beef loaf saja kah? atau semua?
2026-07-31 03:08:31
0
Anti Machaa :
aku tau restaurant apa yg pki product ani
2026-07-31 03:08:32
0
MariamHu :
selalu ne sudah bnyk urg mkn baru th btindak mmbagi tau
2026-07-30 22:45:11
0
MilaEy0904💞 :
astagaaa
2026-07-30 15:06:12
0
MariamHu :
lama dh ku meliyat barang baru th mbgi tau, dulu2 nya bjurit bjual, indung yg nda tau mau murah mmbli th durg untik ank² mkn, siapa yg salah tu
2026-07-30 22:43:47
0
Bittersweet Baby🐦🔥 :
ani nda plg ku mkn tp brand ani wrna merah sma biru sj ku mkn Oren inda
2026-07-30 22:52:58
1
wiLD snYdeR :
fhalui batah sudah bejual open ani baru tah telarah kan mencheck klabur
2026-07-30 15:01:31
13
jamilah adin :
aduh kambang asang ku ehhh...😱😱😱
2026-07-30 22:26:32
1
phantoms99 :
barutah kan betindak.
2026-07-30 15:11:53
2
Ojie78 :
@Ojie78:Ampun kn kmi Ya Allah...jd drh daging sdh tu eyh..sal nya kegemaran. tp yg cornbeef
2026-07-30 19:57:49
1
To see more videos from user @seen.real, please go to the Tikwm
homepage.