@polisperlis: PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS PERLIS BAGI BULAN JULAI 2026 Ketua Polis Perlis, YDH DCP Dato’ Muhammad bin Abdul Halim telah menyempurnakan Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perlis bagi bulan Julai 2026 yang berlangsung di Perkarangan IPK Perlis Program tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Perlis, YDH SAC Zaihairul bin Idrus, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Polis Daerah, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam Kontinjen Perlis. Dalam amanatnya, beliau merakamkan penghargaan kepada Jabatan Logistik dan Teknologi IPK Perlis selaku tuan rumah serta menzahirkan penghargaan atas komitmen jabatan tersebut dalam memperkukuhkan pengurusan aset, kewangan, infrastruktur dan pembangunan teknologi bagi menyokong kesiapsiagaan serta keberkesanan operasi kepolisan. Beliau turut menegaskan bahawa setiap warga PDRM hendaklah terus mengamalkan budaya integriti, memperkukuhkan profesionalisme serta menghayati konsep People-Centric Policing dengan memberikan perkhidmatan yang mesra, responsif, telus dan berorientasikan kepentingan masyarakat. Di samping itu, seluruh warga Kontinjen Perlis diseru agar terus meningkatkan penguasaan teknologi dan kompetensi bagi menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks. Bersempena Sambutan Hari Pahlawan yang bakal disambut pada 31 Julai, Ketua Polis Perlis turut mengajak seluruh warga PDRM mengenang jasa dan pengorbanan para perwira negara serta menjadikan semangat perjuangan mereka sebagai inspirasi untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, integriti dan profesionalisme. Mengakhiri amanat, beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Kontinjen Perlis atas komitmen dan dedikasi yang telah dipamerkan serta mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima Sijil Penghargaan Ketua Polis Perlis atas pengiktirafan terhadap prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan.
Polis Perlis
Region: MY
Friday 31 July 2026 01:35:30 GMT
Music
Download
Comments
kamalpadli1 :
tahniah IPK Perlis....
2026-08-15 06:48:46
1
Mat Tempoyak :
Masih teringat KENANGAN lama..
2026-08-11 07:52:41
0
Othman Daud :
Tahniah dan Syabas IPK Perlis
2026-07-31 06:12:39
0
Faizul Manshor :
gambar 💓💓❤️💓❤️💓 yang lalu saya membuat keputusan untuk membantu rakyat yang lalu saya membuat keputusan untuk membantu
2026-08-01 00:33:55
0
bungtar_ :
🥰🥰
2026-08-01 12:14:42
0
CEK BOK 24 #fyp#fyp :
😁😁😁
2026-08-02 10:07:02
0
Zainal_312 :
👍👍👍
2026-07-31 04:26:56
0
hana6633 :
👍👍👍
2026-08-22 10:38:29
0
To see more videos from user @polisperlis, please go to the Tikwm
homepage.