@rimau3214: ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก ๐—”๐—ง๐— : ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—ง๐—ข๐— ๐—œ๐—  "๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—จ๐—Ÿ๐—จ ๐—Ÿ๐—˜๐—š๐—ข๐—ก๐—š" ๐—–๐—จ๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ PUTRAJAYA, 31 Jul 26 - Persembahan pantomim "Darah Pahlawan Ulu Legong" yang mengangkat kisah benar tragedi serang hendap pengganas komunis di Ulu Legong, Kedah pada 29 Oktober 1981 mencuri tumpuan Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan 2026 apabila berjaya menghidupkan semula semangat perjuangan dan pengorbanan tujuh anggota Batalion Ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) yang gugur demi mempertahankan kedaulatan negara. Dipersembahkan dengan penuh tertib dan menyentuh emosi, pementasan itu membawa hadirin menghayati detik-detik getir yang dilalui anggota Angkatan Tentera Malaysia ketika berdepan ancaman insurgensi komunis, sekali gus mengingatkan bahawa keamanan yang dinikmati rakyat Malaysia hari ini dibina atas keberanian, darah dan pengorbanan para Perwira Negara. Pantomim berkenaan menjadi antara pengisian utama Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan 2026 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, hari ini. Istiadat itu melibatkan kekuatan perbarisan seramai 14 Pegawai dan 667 anggota daripada kontinjen Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Veteran ATM dan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), dengan Komander Mohamad Firdaus Wan Ghazali TLDM sebagai Ketua Perbarisan. Selain persembahan pantomim, istiadat turut menampilkan Kawalan Kehormatan Utama, Paluan Akhir (Last Post) dan Paluan Fajar sebagai acara simbolik yang menzahirkan penghormatan tertinggi negara kepada para pahlawan yang telah berkorban demi mempertahankan keamanan, kedaulatan dan kemerdekaan tanah air. Bertemakan "Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan", perbarisan tahun ini menghimpunkan Pegawai dan anggota ATM, Veteran ATM, Pegawai dan anggota PDRM serta PBPM, sekali gus melambangkan kesepaduan warga keselamatan yang sedang berkhidmat dan veteran dalam mempertahankan negara. Pemilihan kisah Ulu Legong sebagai naskhah utama pantomim bukan sekadar mengimbas sejarah, sebaliknya bertujuan mendekatkan generasi muda kepada kisah sebenar perjuangan anggota keselamatan melalui pendekatan penceritaan yang menyentuh jiwa serta menyemai penghargaan terhadap nilai keberanian, kesetiaan dan pengorbanan. Persembahan itu turut memperlihatkan bahawa sejarah bukan sekadar untuk dikenang melalui fakta dan tarikh, malah perlu dihayati agar semangat patriotisme terus subur dalam kalangan rakyat, selaras dengan aspirasi Hari Pahlawan sebagai medan mengenang jasa para perwira yang telah mempertahankan keamanan dan kemerdekaan negara. Berita : BRKSP. Gambar : Jabatan Penerangan Malaysia.

rimau32
rimau32
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 31 July 2026 07:20:34 GMT
6733
282
10
11

Music

Download

Comments

hslejelsk
kmrl :
kami dalam keluarga 4 org dalam tentera. arwah ayah 2525, abang no 3 skot 1029, abang no skot 1019 dan saya skot 1073. zaman arwah ayah banyak bertempur dengan komunis. katanya x sempat baju nk kering, masuk semula operasi. seronok dengar cerita dr arwah ayah setiap kali masuk operasi tentang pertempuran dengan komunis. dari ceritanya ramai jugalah yg arwah ayah dapat hapuskan musuh
2026-08-01 03:28:28
1
rina7277
Rina :
2026-08-01 05:15:40
0
iedashafie
iedashafie :
yang berlakon perepet Said tu menantu saya sarjan fikri
2026-08-01 05:31:00
0
abg_fizi
๐Ÿ’ซแต–แตƒแตแตƒสทแตƒโฑ๐ŸŽ–๏ธแตแตƒแตแต–แต˜โฟแต๐Ÿ’ซ :
๐Ÿ’ชtabik buat semua pejuang negara t,kasih๐Ÿซก๐Ÿซก๐Ÿซก
2026-07-31 14:02:28
1
saiful.eida
Duck saiful :
bangga saya sebagai anak jati yang berkhidmat di pasukan 22ramd sandakan skrg dh pencen al-Fatihah buat sahabat yang gugur di medan perang
2026-08-01 04:58:56
0
musmasjid2
junmasjid :
2026-08-01 03:47:14
0
ahmad.fauzi.mohd2
SIREH EMAS :
kepada Adik2 baru yg bakal bertugas jagalh nama baik pasukan..dn jaga diri elok2 jgn buat perangai..nk nakal tu bolh tapi kena pandai..kenanglh jasa org2 lama yg telah terkorban semasa bertugas..Hadir singgah dari bekas Anggota RAMD๐Ÿฅบ๐Ÿฅบ๐Ÿฅบ
2026-08-01 01:02:47
0
bang.ngah103
bang ngah :
Rejimen Askar Melayu Diraja ๐Ÿซก Pahlawan negara yg hebat moga syurga tempat mereka yg gugur ๐Ÿคฒ
2026-08-01 00:27:52
0
norhayatiyati1091
norhayatiyati1091 :
kemerdekaan nanti .byk kn main suasana keadaam persembahan yg penuh bermakna lakonan2keadaan ketnteraan utk masyrakat menjiwainya.โค๏ธโค๏ธโค๏ธ.ayuh seluruh mlaysia
2026-07-31 23:34:50
0
zanaqayyum
Zana Qayyum :
๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ
2026-07-31 12:42:13
0
To see more videos from user @rimau3214, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About