@m.farishrayyan: Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara formalnya dalam tahun 1948 sebagai menggantikan Mesyuarat Raja-Raja FMS yang dikenali sebagai Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar) yang pertama kali diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897. Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama diadakan ialah pada 18 Februari 1948 menurut peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (1 Februari 1948) yang menggantikan Perjanjian Malayan Union (1 April 1946), yang ditentang oleh orang Melayu. Mesyuarat ini dibuat pertama kali dihadiri oleh kesemua sembilan orang Raja-Raja Melayu, dan dipengerusikan oleh Sultan Johor, Raja yang paling kanan. Sumber: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja #fyp #sejarahmalaysia #xcyzba #majlis #perlembagaanpersekutuan