@mynewshub: Oleh Mynewshub SEREMBAN – Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan setakat pukul 1 petang ini hanya 44.67 peratus. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 384,096 daripada keseluruhan 859,760 pengundi berdaftar telah keluar mengundi setakat waktu tersebut. Sebilangan penyokong Pakatan Harapan (PH) beranggapan peratusan undi yang rendah akan memberi kelebihan kepada parti itu. Seorang pengguna Facebook, Fahmey mendakwa, peratusan mengundi rendah isyarat rakyat Negeri Sembilan mahu terus memberi mandat kepada PH. Seorang lagi pengguna, Zarul, pula berpendapat ia disebabkan penyokong UMNO dan PAS tidak saling mengundi sekali gus yakin PH mampu mempertahankan negeri itu. - MYNEWSHUB #PRNN9 #N9 #tokmathassan #jalaludinalias #najibrazak