@omgtravel.my: 🚨 Travel Alert | Yunnan 🇨🇳 1 Ogos 2026 – Tiger Leaping Gorge ditutup sementara sehingga dimaklumkan kelak. Sejak kebelakangan ini, Yunnan mengalami hujan lebat, menyebabkan kawasan Tiger Leaping Gorge kerap berisiko berlaku batu runtuh. 🪨 30 Julai 2026 | 9:16 pagi Satu kejadian batu runtuh berlaku di Tiger Leaping Gorge (arah Shangri-La). Ketika itu terdapat lebih 200 orang pelancong di kawasan tersebut. Semua pelancong telah diarahkan berpindah dengan segera dan tiada kecederaan dilaporkan. ⚠️ Jika anda merancang untuk ke Tiger Leaping Gorge atau kawasan pergunungan di Yunnan, pastikan semak dahulu status pembukaan tarikan sebelum bertolak bagi memastikan perjalanan berjalan lancar dan selamat. Keselamatan sentiasa diutamakan. ❤️ #yunnan #tigerleapinggorge #Summer #shangrila #traveltips