@viraltiktokshopthings: Grace Karin fall dressy women’s top!

viraltiktokshopthings
viraltiktokshopthings
Open In TikTok:
Region: US
Saturday 01 August 2026 11:48:52 GMT
69
3
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @viraltiktokshopthings, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

PEMBUBARAN DUN NEGERI SEMBILAN: SATU TINDAKAN YANG MENIMBULKAN PELBAGAI PERSOALAN Pembubaran DUN Negeri Sembilan pada lewat malam semalam menimbulkan pelbagai persoalan yang wajar dijawab secara terbuka kepada rakyat. Hari ini sepatutnya berlangsung Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) yang dikatakan mempunyai kaitan dengan usaha menyelesaikan isu utama yang sedang membelenggu Negeri Sembilan, iaitu berkaitan Institusi Raja dan kedudukan pemerintahan negeri. Persoalannya, mengapa pembubaran DUN dilakukan tergesa-gesa beberapa jam sebelum sidang tersebut berlangsung? Mengapa tidak menunggu terlebih dahulu keputusan dan ketetapan yang bakal dibuat oleh DKU sebelum mengambil langkah besar membubarkan DUN? Adakah terdapat kebimbangan bahawa keputusan DKU bakal memberi kesan terhadap kedudukan atau tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri sebelum ini? Jika kerajaan negeri benar-benar yakin bahawa segala tindakan yang telah dibuat adalah selaras dengan Perlembagaan Negeri Sembilan dan Undang-Undang Tubuh Negeri, mengapa perlu bertindak pada saat-saat akhir? Rakyat juga perlu diberi penjelasan sama ada pembubaran ini mempunyai kaitan dengan hakikat bahawa 6 Jun merupakan tarikh akhir yang mewajibkan persidangan DUN diadakan mengikut kehendak perlembagaan, sebelum DUN berdepan risiko terbubar secara automatik. Adakah pembubaran ini merupakan langkah pentadbiran yang biasa, atau sebenarnya satu usaha untuk mengelakkan implikasi yang mungkin timbul daripada perkembangan yang bakal berlaku dalam sidang DKU? Apa yang pasti, tindakan yang diambil pada saat-saat akhir ini bukan meredakan persoalan yang sedang timbul, malah membuka ruang kepada lebih banyak tanda tanya dalam kalangan rakyat. Rakyat Negeri Sembilan berhak mendapat penjelasan yang telus, jujur dan menyeluruh agar keyakinan terhadap institusi pemerintahan negeri terus terpelihara. Soalan utama adalah adakah pembubaran DUN ini sah kerana kedudukan isu institusi diraja Negeri Sembilan ini masih dalam situasi yang belum ada penyelesaian sehingga hari ini? Tetapi apa yang pasti jika mengikut perlembagaan tubuh Negeri Sembilan , pihak kerajaan gagal bersidang dewan undangan negeri dalam masa 6 bulan akan terbubar secara automatik. Apapun saya doakan yang terbaik buat rakyat Negeri Sembilan dan semoga Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) berjalan dengan lancar hari ini insyallah. Barisan Nasional Negeri Sembilan , gendang dan paluan perang telah dibunyikan. Ayuh kita pastikan gerak kerja BN diperkukuhkan disemua peringkat dalam memastikan mendapat kembali mandat rakyat dipentas demokrasi. Bersatu Bersetia Berkhidmat Dato Dr Armand Azha Hj Abu Hanifah Ketua UMNO Bahagian Subang

About