@ustaz_amin: Rahsia disebalik Zikir Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar. . Subhanallah mengajar hati melihat kesempurnaan Allah dan membersihkan diri dari sangkaan buruk. . Alhamdulillah melatih jiwa mensyukuri setiap nikmat, walaupun kecil dan tersembunyi. . Allahu Akbar mengingatkan bahawa Allah lebih besar dari segala masalah, ketakutan dan urusan dunia. . Zikir ini ringan di lidah, tetapi memberi kekuatan besar kepada hati yang mengamalkannya. . Disebut dalam hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim tentang keutamaan zikir yang dicintai Allah. . Tiga kalimah ini bukan sekadar lafaz, tetapi jalan menuju ketenangan jiwa. . Tenang-tenang sajalah. ——————————— Bahagian antikuiti Yayasan Al-Amin membuat kad pengenalan bagi senjata tradisional dan antik untuk lebih menaikkan nilai dan taraf senjata Melayu. . Kad Pengenalan Senjata ini bertujuan untuk menaiktaraf dan nilai senjata dengan dibawa ke makmal Bahagian Antikuiti Yayasan Al-Amin untuk mengenal komposisi besi yang terdapat pada senjata dan pengesahan (Precious Metal) logam berharga yang pada senjata. . Usaha ini dibuat agar senjata Melayu yang merupakan salah satu jati diri orang Melayu ini terus terpelihara dan diwarisi dengan baik. . Jika anda mempunyai senjata, dokumentasi merupakan salah satu kaedah terbaik untuk dijadikan rujukan pewaris akan datang. . Hubungi bahagian Antikuiti Yayasan Al-Amin untuk maklumat lanjut tentang kad pengenalan senjata melayu, 011 1882 7183 ( En Hasnan ). . . . . . #tenangtenangsajalah #happiness #selflove #motivation #positivemindset
zikir ni la saya guna utk membilang sambil urut anak syurga saya. subhanallah 1, Alhamdulillah 2, walaillaha illallah 3, Allahuakhbar 4. Alhamdulillah skrng dia dah ke syurga tanpa sakit.
2026-08-03 07:59:15
21
AsHarun :
Nampak kurus Ustaz Amin sekarang…Semoga Ustaz Amin sentiasa didalam lindungan Allah SWT🤲🏻🌷