@khoopoaytiong: Saya telah menyampaikan peruntukan berjumlah RM94,500 kepada 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Parlimen Kota Melaka bagi menyokong pelbagai program kemasyarakatan, kebajikan dan khidmat kepada rakyat. NGO merupakan rakan strategik yang penting dalam membina masyarakat yang lebih prihatin, harmoni dan bersatu. Sumbangan serta komitmen para sukarelawan dan pertubuhan ini amat bermakna dalam membantu mereka yang memerlukan. Terima kasih atas segala usaha dan dedikasi yang dicurahkan. Semoga kita terus berganding bahu demi kesejahteraan masyarakat Kota Melaka. #KotaMelakaRumahKita #KhooPoayTiong #NGO