@ohmymedia.cc: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menegaskan semua prosedur saringan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan dalam kes membabitkan seorang juruterbang Malaysia Airlines yang ditahan di Indonesia kerana didakwa cuba menyeludup dad*h. Memetik laporan daripada Buletin TV3, Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyatakan, bagasi individu berkenaan telah melalui pemeriksaan keselamatan wajib sebelum berlepas ke Indonesia pada 28 Julai lalu dan tidak menunjukkan sebarang imej mencurigakan ketika diimbas menggunakan mesin pengimbas. “Dalam saringan yang dilakukan seperti mana biasa menggunakan mesin pengimbas, bagasi yang dibawa tidak memberi sebarang imej yang mencurigakan. “Justeru, ia melepasi saringan biasa yang dilaksanakan oleh pihak keselamatan KLIA,” katanya pada sidang media. Menurut beliau, sistem saringan di KLIA menggabungkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan penilaian pegawai keselamatan bagi menentukan tahap risiko sesuatu bagasi. Oleh kerana bagasi tersebut tidak diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi, ia dibenarkan melepasi pemeriksaan tanpa perlu menjalani pemeriksaan sekunder. “Sistem itu menggunakan AI pada tahap tertentu, namun ia tidak seperti yang digambarkan di televisyen. Ia masih memerlukan pertimbangan operator. AI hanya membantu proses, tetapi keputusan akhir terletak pada pegawai saringan,” katanya. Mohd Shuhaily menyatakan, AKPS kini menunggu hasil siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa Indonesia bagi mengenal pasti bagaimana bahan terlarang itu boleh melepasi saringan keselamatan. “Kita masih lagi menunggu maklum balas daripada PDRM untuk kita buat kajian bagaimana individu itu dapat melepasi saringan. Mungkin cara dia membungkus barang (dad*h) berkenaan yang menyebabkan mesin pengimbas itu tidak dapat mengesannya. “Modus operandi itu adalah sesuatu yang kami sedang tunggu untuk diketahui menerusi siasatan yang sedang dijalankan. Saya difahamkan pihak PDRM sudah dalam usaha menghantar pegawai untuk bekerjasama dengan pihak narkotik Indonesia,” katanya. Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada bahan terlarang yang dirampas di Indonesia adalah bagasi sama yang melalui pemeriksaan di KLIA kerana perkara itu masih dalam siasatan PDRM. Dalam masa sama, beliau mempertahankan kecekapan petugas saringan AKPS dan memberi jaminan bahawa sistem keselamatan sedia ada dilaksanakan sepenuhnya, selain akan ditambah baik sekiranya terdapat keperluan selepas siasatan selesai. Terdahulu, media Indonesia melaporkan seorang juruterbang Malaysia Airlines berusia 39 tahun ditahan di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta selepas pihak Kastam dan Cukai Indonesia menemui lebih 70,000 pil ekst*si serta sejumlah sy*bu dalam bagasi miliknya. 

Oh My Media
Oh My Media
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 03 August 2026 14:53:10 GMT
600781
12916
1421
573

Music

Download

Comments

zaidighanii
ZAIDI GHANI :
dia tak buat kerja sorang..ada orang lain lagi tu dlm klia
2026-08-03 15:36:38
1365
youcancallmemeow_xoxo
youcancallmemeow_xoxo :
KLIA - Airport level international ❌ KLIA - Airport level cap ayam ✔️
2026-08-03 23:42:14
113
shalinder.singh.r
Shalinder Singh Rai :
correct.. no suspicious based on machine.. what about those working during that time.. where is the CCTv recording? release to public to avoid blaming on officers... for now im very sure some are involved
2026-08-04 15:12:43
0
jeffwkh
user2609308819848 :
security guard ke?
2026-08-05 12:11:48
0
abdmajidahmad4
AJ72 :
Cctv video please....make it clear dude!!
2026-08-05 06:14:35
0
crying_mermaid119
CM119🇧🇳 :
Alaaaaa .... kata airport internatiol... tapi mesin xray cap ayam🤣🤣🤣 cari alasan yang orang bolih percaya.
2026-08-03 16:11:45
220
anis.anis123
anis.anis123 :
Media malaysia itu tdk terbuka masih penakut beda dgn media Indonesia terbuka bebas tdk ada yg ditutup2
2026-08-03 23:41:30
116
yylii___
yulibaba :
hmmmmmm🫠🫠
2026-08-04 08:15:02
0
hamirullah_hadjidalle
Hamirullah Hadji Dalle :
after this Malaysian citizen must be 100% checking on airports.
2026-08-04 14:07:37
0
sangmurai007
SANG MURAI :
DARI ATAS SAMPAI BAWAH KAKI MAKAN RASUAH 😁
2026-08-03 15:55:55
47
reyhan.syah50
Reyhan Syah :
di imigrasi Malaysia udah main duit🤣🤣🤣
2026-08-04 00:10:15
28
xxxx.723
user951188901860 :
No Suspicious Image, but don’t want to show us the KLIA CCTV. 😁
2026-08-04 07:52:53
2
popiabasahbyaerilkitchen
POPIA BASAH by AERIL KITCHEN :
aku pcya dato suhaily mst cr smpai dpt tgan2 yg terlibat.
2026-08-03 23:39:20
24
nonamanado135
Lala"Mulu :
bandara malaysia masih manual yaaa?😳 kok bisa lolos koper segede gitu🤣
2026-08-03 22:53:47
10
raka_haikal
Rakaaa :
Katanya negara maju, deteksi barang selundupan aja imigrasinya kaga mampu 😂, ett kaga mampu apa emang udah dikondisikan 🫢
2026-08-04 09:50:12
6
xzxllzxlkncds
zxftqbnm_90xz70543811 :
di Thailand kena tangkap juga warga Malaysia bwa 87 kg..berita y udh viral sama di bandara Juanda surabaya bwa dadah senilai 2,7 milyar.. waw pabrik y ad di Malaysia..keren pokok y viral go internasional😅😅
2026-08-04 05:52:15
17
harpro31
harpro31 :
pak buka mata...itu hasil kerjasama makanya bisa lolos
2026-08-04 01:11:52
7
nfitriannii
nfitriannii :
Tunjuklah ke publik cctv klia tu biar puas hati orang liat
2026-08-04 23:37:25
9
adrrstam
CG :
Saya yg paham xray ketawa melihat keterangan pimpinan malaysa wkwk masa sih petugas ga lihat curiga 😳
2026-08-04 00:16:32
6
nikekin3
NikShikin Nikman :
Mungkin bag dah dibawa masuk oleh kru bagasi ke dalam kapal..pilot just ambil di airport indo
2026-08-04 01:33:48
8
jyse7en
Jimmy XSe7en :
Bearti korupsi di Malaysia lebih parah ya.. patut di curigai yg selama ini media di sana menutupi... rupanya tunggu waktu saja ya...🤣🤣🤣
2026-08-03 16:30:32
114
vill4nk
vilank brebes :
di KLIA ada CCTV gk
2026-08-03 20:22:17
5
user9748996275542
™mohd™ :
Takkanlah pilot tu masa sedang terbang ada singgah mana-mana RNR atas awan, pastu bertukar beg, pastu sambung terbang sebelum landing? Come on la.
2026-08-03 15:21:47
568
ayamsnooker
ayamsnooker :
bagi tunjuk la CCTV di KLIA tu untuk semua orang ..
2026-08-05 01:40:03
6
danial.fikrie
Danial Fikrie :
bermakna sistem scan bagasi Indonesia lebih canggih la ye?
2026-08-03 22:27:59
331
To see more videos from user @ohmymedia.cc, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About