@mohdjafnimdshukor_: Alhamdulillah, saya bersama Tuan Haji Fizwan Dato’ Rashidi, Pegawai Daerah Kulai, telah meninjau tapak projek pembinaan jalan pintas yang menghubungkan Kampung Sri Muar dengan Felda Inas. Projek bernilai RM2,155,844.10 di bawah peruntukan Konsesi QUL ini menyediakan laluan alternatif sepanjang kira-kira enam kilometer bagi memudahkan pergerakan penduduk, menjimatkan masa perjalanan serta meningkatkan kesalinghubungan. Projek yang bermula pada 21 Julai 2026 ini dijadualkan siap pada 7 Disember 2026, dengan kemajuan semasa sekitar 30 peratus. Kerja meletakkan crusher run sedang dilaksanakan dari Kampung Sri Muar hingga sempadan Felda Inas, manakala kerja menambak dan meratakan tanah masih giat dijalankan di baki jajaran. Dalam lawatan ini, saya turut memberi perhatian terhadap isu hakisan tanah di laluan masuk dan telah meminta tindakan segera diambil bagi memperkukuh aspek keselamatan. Pihak kontraktor juga diingatkan supaya memastikan kerja dilaksanakan mengikut spesifikasi, menepati mutu serta mengutamakan keselamatan pengguna jalan. Insya-Allah, projek ini akan terus dipantau sehingga siap sepenuhnya selaras dengan agenda YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur luar bandar demi keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan Bangsa Johor. #MajuJohor #DMJafni #JohorSelamat #RMMJ #JohorSmartCity

Jafni Shukor
Jafni Shukor
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 04 August 2026 03:39:19 GMT
68709
3480
124
914

Music

Download

Comments

kayrolque1303
kayrolque1303@ :
untung org muo..trus g kulai
2026-08-04 06:03:08
28
apispais
Apis Pais :
makin dekat aku blk kg xpyh ikt ladang pekan..
2026-08-04 07:04:21
5
mhd.srul
SRUL :
sbb tu ank muda kulai pilih dato jafni
2026-08-04 10:31:51
3
along.shah1
Along shah :
baru first time dengar kampung Sri Muar ni area kulai,TK Thu kampung yg MN
2026-08-04 06:37:56
9
miztaboy360
мιzтa вoy :
Dato kat Jalan Putuo baru tadi ada 2 kereta dah sebat pokok ni sampai pecah side mirror kereta, mungkin pokok tumbang dan melimpah ke jalan,tak sempat elak, mohon tindakan Dato.
2026-08-04 09:52:32
6
matubi85
Rafi :
Zman knak2 naik basikal ny lh laluannya.. Jmpe pokok koko hbis kna cegot kikiki🤭🤭🤭
2026-08-04 10:15:18
2
forteputih
FamieTinted :
Owh mudah ar lps ni saya nk balik kulai dari Muo…6kilo dah smpi kulai😁
2026-08-04 14:46:31
2
abgbuncet
Jamallulail Ahmad :
Moga setiap penat lelah Dato’ dibalas dengan pahala dan keberkatan.
2026-08-04 04:00:46
5
hanaelyas18
HanaE :
Maaf, kg sri muar kt mna😑
2026-08-04 14:29:19
1
indah_nurqaseh
NS :
tok jafni..mintk lampu solar psg kat jalan selepas kilang krepek koka smpi selekoh depan pkok pisang..gelap kat selekoh tu..hala pegi layang
2026-08-05 04:48:07
2
jalensuper
ραℓιє :
2010 aku dah lalu baru skrng kecoh
2026-08-05 00:42:54
1
ctkreatif780
ctkreatif78 :
Trbaik dtok brkhidmat utk rkyat pnat lelah demi rkyat💪
2026-08-05 03:55:02
1
han780121
hanz :
Tetbaik.. mantap
2026-08-04 23:18:33
1
amirulimananuar
Amirul Iman Anuar :
Terbaik YB Dato
2026-08-04 15:51:16
1
s_shah51
Dato_Sha :
xde tar jalan ke
2026-08-04 13:46:17
1
gdragon3859
Dragon_ :
SENANG LE ESOK NAK GI MANCING 😂😂😂😁😁😁😅😅😅
2026-08-05 05:12:53
1
adamsyah306
mysterious :
Semoga bermanfaat
2026-08-04 11:59:45
1
arif.yunos
Arif Yunos :
terbaik
2026-08-04 13:57:08
1
roslizah66
roslizah :
Tahniah semoga berjaya didunia dan akhirat Aamiin amin
2026-08-04 10:57:26
1
daisyclouds69
❀ժׁׅ݊ɑׁׅꪱׁׁׁׅׅׅ꯱ꪱׁׁׁׅׅׅꫀׁׅܻ݊꯱❀ :
Alhamdulillah.. kg sy kat muar boleh la balik kg selalu 🤗
2026-08-04 07:18:11
1
jaihussin
jaihussin :
makin maju inas nnt😁
2026-08-04 09:29:41
1
mohdazmanazmankojek
haji tak bakhil :
dlu aku duduk Felda taib andak.. kdang NK ke Felda ina's ke.. atau Felda bukit besar lalu jln dlm.. jln pokok kelapa sawit
2026-08-04 09:56:42
4
adindaizan86
adinda izan :
terima kasihDato
2026-08-04 08:24:11
1
poksu_jb
🔴pOkSu_jB🔵 :
simpng taib andak- kulai - kota tinggi semkin jem..trutama ble ade pembinaan perumahan baru area situ..prlu d adekn lampu isyarat
2026-08-04 13:18:35
2
user7304915155019
Aizam600 :
Terbaik DMJ #DKu13
2026-08-04 07:15:55
1
To see more videos from user @mohdjafnimdshukor_, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About