@ohmymedia.cc: Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Lee Yee Yuan menyifatkan kenyataan Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohin*ya Myanmar di Malaysia (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani yang mempertikaikan keputusan kerajaan untuk menghantar pulang kira-kira 5,000 pelarian Rohin*ya ke Myanmar sebagai satu tindakan yang tidak wajar. Menerusi satu kenyataan, beliau menegaskan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang mempunyai sistem pentadbiran dan undang-undang sendiri, justeru tiada mana-mana pihak berhak menentukan bagaimana kerajaan menguruskan hal ehwal negara. “Pertama, siapa kamu yang hendak mengajar Kerajaan Malaysia bagaimana untuk menguruskan negara ini?” katanya Beliau menyatakan urusan penghantaran pulang, keselamatan sempadan dan hal ehwal imigresen merupakan hak mutlak Kerajaan Malaysia, selain menyifatkan tindakan MERHROM yang menggesa ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta masyarakat antarabangsa campur tangan sebagai tidak menghormati negara ini. “Malaysia ialah sebuah negara yang berdaulat, merdeka, dan mempunyai sistem perundangannya yang tersendiri. “Kamu tidak berhak menentukan bagaimana kerajaan kami harus melaksanakan tanggungjawab terhadap negara dan rakyat Malaysia,” ujarnya lagi. Sehubungan itu, Lee turut menggesa kerajaan supaya kekal tegas dalam membuat sebarang keputusan yang mengutamakan kepentingan nasional serta keselamatan rakyat Malaysia. Dalam masa sama, beliau mengingatkan MERHROM supaya tidak mengambil kesempatan atas layanan baik yang diberikan Malaysia kepada pelarian selama ini. “Justeru, saya menggesa kerajaan supaya kekal tegas dengan sebarang keputusan yang berpihak kepada kepentingan nasional dan keselamatan rakyat Malaysia.” “Kepada MERHROM, ingat kedudukan anda. Jangan ambil kesempatan ke atas kebaikan dan budi bicara rakyat Malaysia selama ini dan jangan besar kepala,” katanya tegas. Sebelum ini, pihak MERHROM merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohin*ya ke Myanmar kerana mendakwa keselamatan mereka masih belum terjamin.
Oh My Media
Region: MY
Tuesday 04 August 2026 05:33:08 GMT
Music
Download
Comments
sitirohamah1966 :
pemuda MCA je yg bersuara
mana pemuda umno bersatu pas dan lain2,
peti suara dah hilang ke
2026-08-04 07:06:55
2194
sajida Khalil :
well done who's weak everyone can say everything because he is poor landless when powerful country people do wrong can't do anything I saw gaza I saw in Myanmar arkan state
2026-08-06 13:21:09
1
DSSV :
Can we cross check with ROS if MERHROM is registered? Kalau tidak them apa tindakan ROS? Also pls check this MERHROM collected any public fund?
2026-08-07 00:20:16
1
Dr. Fadzrul Nieyzam al-Baweani :
ptt bkn 5000 tp semua...
2026-08-04 06:42:43
657
unknown80 :
good mca
2026-08-07 15:25:39
0
jayronnie6639 :
tangkap Zafar dulu..dia boleh mencetuskan kekacauan
2026-08-04 09:00:17
831
asmar :
apsal ros lulus tubuh merhrom???
2026-08-07 04:31:29
2
JERRY :
YEAHHH ORANG MUDA YANG BERANI..MANA YANG LAIN 🤪🤪DIAM JEE!!
2026-08-04 06:15:07
1631
YATYINSON :
Gooooooooodddd
2026-08-06 14:51:24
1
Azrul Hisyam :
yg ni semua org Malaysia sokong
2026-08-04 06:25:31
625
Kapt hjJal :
Utk pertama kalinya dlm hidup, aku sokong MCA! 💪🏽
2026-08-08 06:16:29
6
JoeJambul666 :
Steady boss. Respect
2026-08-07 07:01:53
0
ASHRAFF🇲🇾JOHN_MJ :
Good job 👏👏👏
2026-08-07 04:04:45
0
cloud AZ :
syabas MCA brsuara !!!nk harapkn DAP tidak guna langsong !!!!
2026-08-04 11:36:37
49
user7953020312913 :
tidak payah 5000....buang semua.....😂😂😂
2026-08-04 14:06:44
160
yie :
senaraikan MEHROM antara 5k yg dihantar pulang tu
2026-08-04 07:08:31
151
zain jejak bertapak :
terbaik MCA macam ni kita mau dengar
2026-08-04 10:58:13
125
ℳ𝒶𝓉_ℱ𝒾𝓏𝒶𝓂🐉 :
kalini aku sokong 100% Terbaik Bangsa Cina Yg Menyuarakan Hak Rakyat Malaysia
2026-08-04 08:04:46
96
Annuar Marsal :
Bagus mca sudah bersuara 👍👍👍
2026-08-04 12:58:37
7
ARIFF_YB :
kalini aku sokong
2026-08-04 06:11:16
93
az.S State. :
TERBAIK. KATA-KATA BEGINI YANG SEPATUTNYA SELALU KELUAR DARI MULUT MENTERI MALAYSIA.
2026-08-04 07:15:41
68
fizahmakcik :
Bagus...berani bersuara mcm ni yg rakyat nak
2026-08-04 06:31:49
75
missseokjinnie :
Actually MCA okay jugak dari DAP kalau berani bersuara isu2 penting negara macam ni. Yang penting laungkan isu2 negara dengan semangat kenegaraan. Itu yg penting
2026-08-04 12:57:10
54
aus0000 :
MCA lagi ada telo dari parti politik lain. Terbaik MCA👍
2026-08-04 07:18:29
74
Ramboo@841 :
Terbaik bro
2026-08-04 05:44:57
37
To see more videos from user @ohmymedia.cc, please go to the Tikwm
homepage.