@starread_: Hidup Adinda Hani begitu sulit, penuh dengan kekecewaan dan kehilangan. Dia sukakan Anas Maleeq, tapi lelaki itu pula berkahwin dengan pilihan hati. Dia sayangkan keluarganya, namun Allah SWT lebih sayangkan ayah dan abangnya. Kehilangan itu buat dia putus asa dengan urusan duniawi. Dia serahkan saja semuanya pada DIA. Lantas Hani berhenti belajar demi menjaga sang ibu yang kurang sihat selepas kehilangan suami dan satu-satunya anak lelaki. Dua tahun kemudian, dia dipertemukan semula dengan Anas Maleeq yang kini berstatus duda anak satu. "Hani apa khabar? Sihat? Lama tak jumpa." - Anas Maleeq "Alhamdulillah, sihat." - Adinda Hani Kedinginan Hani buat Anas rasa bersalah. Dia tahu gadis itu kecewa. Memang salahnya. 6 tahun dia menanti, dan kesempatan yang ada tika itu dia jadikan jalan untuk memiliki gadis itu. "Izinkan Anas menikah dengan Hani." - Anas "Saya benci abang Anas." - Hani “Adik aku dah lama suka kat kau sebenarnya. Aku je yang selalu jauhkan dia dari kau sebab aku taknak dia kecewa.” - Adi Hanif Kenyataan itu buat Anas lagi rasa bersalah. Dia nekad untuk membahagiakan Hani. “Disebabkan cinta monyet abang, abang jadi buta tak nampak Hani yang ikhlas sukakan abang.” - Anas Ketika mereka mula bahagia, kehadiran bekas isteri Anas hampir memporak berandakan rumah tangga mereka. "Aku kenal Anas lebih dari kau kenal dia. Dia takkan lebihkan kau, lagi-lagi aku ni mak kandung anak kesayangan dia." - Jelita #foryou #BookTok #read #ebook #recommendations

pencintaebuku
pencintaebuku
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 04 August 2026 07:57:11 GMT
476
14
0
4

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @starread_, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About