@newswav: Seorang pemain kelab bola sepak Thailand maut manakala seorang warga Malaysia cedera selepas disambar petir ketika perlawanan Piala FA Golok di Stadium Santiphap, Sungai Golok, Narathiwat, Selasa (4 Ogos) petang semalam. Ketua Polis Sungai Golok, Kol. Thun Sirikhunt berkata kejadian berlaku ketika hujan lebat kira-kira 5 petang waktu tempatan, apabila perlawanan diteruskan sebelum petir tiba-tiba menyambar bahagian tengah padang. “Kejadian itu mengakibatkan lebih sembilan individu cedera, manakala seorang warga Thailand, Sofwan Awae, 24, pemain Yala FC, meninggal dunia,” katanya. Beliau berkata pemain warga Malaysia yang cedera dalam insiden itu dikenal pasti sebagai Mohamad Alif Ezzahan Zulkifli, 22. Menurutnya, sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.30 petang, polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati Sofwan berada dalam keadaan kritikal. “Walaupun pasukan perubatan kecemasan berusaha sedaya upaya menyelamatkannya, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami,” katanya. Thun berkata semua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sungai Golok untuk menerima rawatan, manakala polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. #fyp #fypmalaysia #tiktok #tiktokmalaysia #viral #viralmalaysia

Newswav
Newswav
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 05 August 2026 08:19:00 GMT
1343450
34793
226
10393

Music

Download

Comments

oribendang
DINO🦖 :
yg g pegang lepastu g buat CPR tu nape orang kalau kena kilat tak boleh pegang lagi
2026-08-05 09:55:38
2316
_syimacollins
. :
takutnya..kalau islam.xsmpat mgucap..punya tajam panahan petir tu..ya Allah..
2026-08-05 11:10:13
774
hatihijau7
hatihijau💚 :
org tua2 da pesan...
2026-08-05 10:19:03
997
__silverroses__
🥀 :
sbb tu org tua2 slalu psn jangan main hujan😌
2026-08-05 12:22:29
197
nazbell_96
namika_ :
Hujan + kilat jgn duduk di kwsn lapang.. main hp /jwb call kwsn terbuka,..’mmg mengundang utk dipanah petir
2026-08-05 14:39:43
194
adikcik81
F!ez@ :
kawasan padang memang berisiko kena panahan petir. sebab tu kalau kilat jangan berada di kawasan lapang,jangan berteduh di bawah pokok
2026-08-05 10:31:02
655
margaretdickson82
maggi :
kuasa tuhan jgn duk main hujan allah mesti marah
2026-08-05 09:57:10
62
elsawalizrose99
elsa ellisa :
Allahu... jangan sekali cuba bila awan gelap nk mandi kolam, laut, sungai atau bermain dengan sukahati...ingat ya....
2026-08-05 13:30:32
37
sekali323
sekali :
dulu di kampung kami, pernah orang kena petir main bola juga lah.jangan sentuh dia.lepas tu orang tinggal kan dia seorang diri di pandang..tunggu petir kedua dia hidup balik..
2026-08-05 15:07:24
30
ky_ris7
Kyris :
good information
2026-08-05 15:15:56
2
uring148
Rain🌧️ :
tu sbbnya orng tua larang anak main hujan sbb kita tak tau bila kilat menyambar
2026-08-05 10:56:36
21
afzaafifarfa
afzaafifarfa :
kasi layang kad merah itu petir foul sdh itu😁
2026-08-05 14:36:06
7
fieeffy
fieeffy :
tmpt lapang,klu dh hujan ada tanda2 guruh&kilat seelokny bhnti
2026-08-05 16:32:18
8
maryaniab1
poca@harit :
tengoh huje main.bahayo
2026-08-05 09:09:14
86
register.event077
🐇🥕 :
world cup pun delay match kalau ada petir. macam hari tu match france vs iraq, ada petir dalam jarak 13km, match terus suspend sampai tiada petir dalam masa 30 minit. organizer kena peka benda ni untuk keselamatan. harap dipermudahkan urusan kepada keluarga
2026-08-05 15:18:58
7
31428602625
dolah :
jelas ga bro yg ini
2026-08-05 15:25:52
148
rdza93
RDza :
Ptir hnya memanah kn syaitan,bila ptir sdh memancar,syaitan blari mncari tmpat sbb tu bila ptir kita kena ucp auzubillahiminasyaitonnirojimm..saat kita bgarak dan buat krja syaitan yg blari blindung kt kita.dan kita pun trpanah pa ptir.ingt la bhawa bila mna ptir jgn la kmna2 bhenti jika ada kja.sbb syaitan sdh mngelak kena ptir dan blari2
2026-08-05 14:48:38
9
kimiyyzz9
Kimiyyzz_ :
hujan ada petir 2 kali je patut benti
2026-08-05 10:10:16
22
dauzzzz98
Da'uz :
macam mana bapak aku cakap dia pernah survive petir dulu dulu 😭 Allahu
2026-08-05 11:56:00
46
dekwaa08
♡(*Ibunda Rahel*)♡ :
orang Aceh perasaan aku kok jdi malaysia
2026-08-05 14:58:16
10
bosku9753
bosku :
ada sebab larang main time hujan + ada petir . bahayaa
2026-08-05 09:47:39
9
shahfiqsteady
Shafiq_## :
Innalillahiwainnalillahirajiun
2026-08-05 09:48:09
7
kamalbachaibrahim
Kamal Bacha Ibrahim :
dah pernah kena... last gol punya pasal😅. Alhamdulillah semua selamat. terus azan ramai2😃
2026-08-05 09:57:08
6
yaya_18900
Yaya_18900 :
hujan lebat knp main kenapa tidak stop
2026-08-05 15:09:48
3
To see more videos from user @newswav, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About