@sinarharianonline: #SHGlobal Tindakan segelintir pengunjung membawa pulang pokok hiasan yang menghiasi kawasan Lapangan Terbang Vizag sejurus selepas majlis perasmiannya baru-baru ini, mencetuskan kecaman meluas dalam kalangan pengguna media sosial, lapor NDTV. Rakaman video kejadian yang tular menunjukkan sejumlah besar individu mencabut dan membawa keluar pokok-pokok hiasan dari kawasan lapangan terbang, sekali gus mengundang pelbagai reaksi negatif. #SinarHarian #BeritaTerkini #Global #LapanganTerbang #NewDelhi #Viral