@nurninjapenang: Kadang-kadang kita sibuk berdoa, “Ya Allah, jagalah aku.” Tapi pernah tak kita berdoa… “Ya Rabb, jagalah lisanku daripada menyakiti. Jagalah hatiku daripada hasad dan kebencian. Bersihkan fikiranku daripada sangkaan yang buruk.” Kerana bukan semua luka datang daripada tangan. Ada yang lahir daripada kata-kata dan sikap kita sendiri. Semoga Allah mendidik kita menjadi insan yang lembut hati, tenang jiwa dan membawa manfaat kepada orang di sekeliling. 🤍 Ya Allah, perbaikilah kami sebelum Engkau mengambil kami kembali. Aamiin. #DakwahLifestyle #NurNinja #MuhasabahDiri #JagaLidah