@mencari_redhaallah: Kisah Pensyariatan Solat Pada Malam Israk Mikraj Kata Anas Bin Malik bahawa ketika Nabi SAW menceritakan tentang peristiwa Israk dan Mikraj. Nabi SAW berkata: ”Aku diperintahkan dengan 50 kali solat pada setiap hari.” Kata Nabi Musa AS: ”Sesungguhnya umat engkau tidak akan mampu untuk melakukan 50 kali solat pada setiap hari. Aku telah cuba pada orang sebelum engkau dan aku telah cuba dengan semaksimum mungkin pada Bani Israil. Kembalilah semula pada Allah dan minta keringanan daripadaNya untuk umatmu.” Kata Nabi SAW: Maka aku kembali lalu Allah kurangkan lima daripada jumlah yang diberikan. Nabi SAW turun semula ke langit keenam bertemu Nabi Musa AS yang kemudian mencadangkan agar jumlah itu dikurangkan lagi; "Umatmu masih belum mampu melakukannya wahai Muhammad." Begitulah seterusnya berulang kali, sehingga jumlah tersebut berkurang menjadi lima waktu. Selepas perintah itu bertukar menjadi lima waktu sahaja, Nabi SAW turun bertemu Nabi Musa AS yang mencadangkan agar jumlah itu dikurangkan lagi. Namun, baginda SAW bersabda; "Aku telah berulang kali memohon keringanan kepada Rabbku, sehingga aku berasa malu. Aku reda dan menerima perintah tersebut." Apabila aku berlalu ada suara yang menyeru: ”Aku telah menetapkan kewajipan-Ku dan Aku telah meringankan beban hamba-hamba Ku." Kemudian Nabi SAW kembali ke bumi dengan membawa perintah solat lima waktu itu. Riwayat Al-Bukhari (3887) . فَقَالَ: هِيَ خَمْسٌ، وَهِيَ خَمْسُونَ، لَا يُبَدَّلُ القَوْلُ لَدَيَّ Maksudnya: "Allah SWT berfirman: Lima waktu dan ia sebenarnya menyamai 50 waktu solat. keputusan ini tidak berubah di sisi-Ku." Riwayat Bukhari (349) #ustazazharidrus #dakwah_islam #solat5waktujanganditinggal

﮼هـجرة 🇵🇸
﮼هـجرة 🇵🇸
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 06 August 2026 04:05:33 GMT
5253
910
4
179

Music

Download

Comments

zzzzzzv777
YF :
Allahakbar
2026-08-06 10:50:27
1
kingnight_27
Kingnight_201 :
۞ اَللهُم صَلِ عَلَى مُحَمّد ٍ وَعَلَى آلِ مُحَمّدٍ ۞ ᴬˡˡᵃʰᵘᵐᵐᵃ ˢᵒˡˡⁱ 'ᵃˡᵃ ᴹᵘʰᵃᵐᵐᵃᵈ ʷᵃ'ᵃˡᵃ ᵃˡⁱ ᴹᵘʰᵃᵐᵐᵃᵈ
2026-08-06 12:05:25
1
xaidd__
Xaiddd :
mehlah selawat sekali اللهم صل على سيدنا محمد
2026-08-06 05:51:59
1
To see more videos from user @mencari_redhaallah, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About