@mediaselangor: Festival Kebudayaan Orang Asli Selangor 2026 bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan, sukan tradisional dan jualan produk komuniti di Taman Tasik Millenium, Kuala Kubu Bharu pada 9 Ogos 2026. EXCO Hal Ehwal Orang Asli, Papparaidu Veraman berkata festival yang memasuki penganjuran tahun kedua itu dijangka menarik kira-kira 5,000 pengunjung, termasuk masyarakat Orang Asli dari seluruh Selangor. #karnival #orangasli #selangor #kkb #aktiviti