@mohd_safarin: 🇲🇾 “31 Ogos bukan sekadar cuti umum… tetapi hari kita mengenang pengorbanan pejuang yang menghadiahkan kemerdekaan buat negara tercinta. Tahun 2026, Malaysia menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69 dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.’ Kemerdekaan bukan hanya bebas daripada penjajah, tetapi juga tanggungjawab kita menjaga perpaduan, menghormati kepelbagaian, dan bersama-sama membina negara yang lebih baik. Ayuh kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga. Selamat Hari Kebangsaan ke-69! Saya anak Malaysia, saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Merdeka! Merdeka! Merdeka!” 🇲🇾 #H#HariKebangsaan2026H#HKHM2026M#MalaysiaMADANIK#KesejahteraanDinikmatiMerdeka69