@kakicut: Lelaki Dilapor Hilang Sejak 29 Julai Ditemui Meninggal Dunia Dalam Longkang Di Lebuhraya WCE @ikbm pada 06 Ogos 2206: 6.20 petang IPOH – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 29 Julai lalu ditemukan meninggal dunia selepas satu rangka manusia bersama sebuah motosikal ditemui di dalam longkang di Kilometer 155.7 Lebuhraya Pantai Barat (WCE), Bagan Datuk, Perak, petang semalam. Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd Jali berkata, kejadian itu disedari selepas pekerja pemotong rumput yang menjalankan kerja penyelenggaraan di lokasi terhidu bau busuk sebelum menemui rangka manusia serta sebuah motosikal di dalam longkang berkenaan. Menurut beliau, pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan itu pada jam 3.39 petang, 5 Ogos. "Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai menunggang motosikal bersendirian dari Teluk Intan menghala ke Sabak Bernam sebelum dipercayai hilang kawalan ke bahagian kiri jalan dan terjatuh ke dalam longkang. "Mangsa dipercayai tidak menerima sebarang bantuan selepas kemalangan sehingga mayatnya ditemui," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi turut menemui beberapa barangan peribadi milik mangsa termasuk sebuah telefon bimbit, pasport Malaysia dan wang tunai. Siasatan lanjut mendapati keluarga mangsa telah membuat laporan orang hilang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Teluk Intan pada 5 Ogos lalu, dan polis percaya rangka yang ditemui adalah milik seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun yang dilaporkan hilang sejak 29 Julai. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Normah Abu Hassan di talian 010-536 4619 bagi membantu siasatan. #everyonefollowers #mayatditemui #oranghilang #KemalanganMaut #bagandatuk Info Kemalangan & Bencana Malaysia

KakiCut
KakiCut
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 06 August 2026 11:12:21 GMT
22254
308
6
191

Music

Download

Comments

eyraavirus
Eyraaa :
Al-fatihah adam , Semoga kau tenang disana..
2026-08-06 12:04:48
5
ota.kaiya
Ota Kaiya :
ya Allah... kesiannya arwah 😭, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin 🥺
2026-08-06 16:17:44
5
mohamadafizan406
mohamadafizan406 :
ya allah
2026-08-06 16:03:37
1
fayyad_56
Fayyad_56 :
Al-fatihah
2026-08-06 16:02:52
1
its.me.hani7
It'sme Hani ❤️🇲🇾🧡 :
2026-08-06 14:25:25
2
anianiani3551
Ani Ani Ani355 :
AL FATIHAH
2026-08-06 15:46:45
0
To see more videos from user @kakicut, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About