@imammuda_megat: Selawat Syifā` اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوبِ وَدَوَائِهَا، وَعَافِيَةِ الْأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا، وَنُورِ الْأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا، وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ Maksudnya: “Ya Allah! limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, penyembuh hati dan ubatnya, penyejahtera badan dan kesembuhannya, cahaya penglihatan dan sinarnya, serta ke atas keluarga dan para sahabat Baginda dan berkatilah serta sejahterakanlah Baginda.” Huraian: Selawat Syifa' tidak sepatutnya difahami sekadar sebagai bacaan untuk memohon kesembuhan fizikal, tetapi ia merupakan suatu pengisytiharan akidah bahawa Allah menjadikan Rasulullah ﷺ sebagai sebab (سبب) kepada kesembuhan hati, akal, jiwa dan kehidupan seluruh manusia. Melalui kefahaman Aqidah yang benar, kita meyakini bahawa Allah SWT sebagai Musabbib al-Asbab (مُسَبِّبَ الأَسبَابِ) dan menjadikan Nabi ﷺ sebagai sebab (سَبَبٌ) serta wasilah terbesar membawa kesembuhan kepada manusia. Nantikan Rabiulawal ini 💚
Imammuda Megat
Region: MY
Friday 07 August 2026 14:21:15 GMT
Music
Download
Comments
Saya Adam :
2026-08-08 00:14:36
0
To see more videos from user @imammuda_megat, please go to the Tikwm
homepage.