@arjunatrg: Ada satu kisah kecil di sebalik RXZ yang cukup menyentuh hati. Selepas program selesai, AJK sebuah masjid menemui satu sedekah yang ditinggalkan oleh peserta RXZ. Nilainya mungkin bukan perkara utama. Yang lebih bermakna ialah apa yang tersirat di sebalik pemberian itu. Mereka datang ke Terengganu sebagai tetamu. Singgah di masjid, menggunakan kemudahan yang disediakan, menunaikan solat dan kemudian meninggalkan sedikit sumbangan sebagai tanda terima kasih. Barangkali inilah cara mereka membalas layanan baik yang diterima sepanjang berada di sini. Orang berbudi, kita berbahasa. Kadang-kadang hubungan seseorang dengan masjid bermula dengan perkara yang sangat sederhana, singgah untuk solat, bertemu orang baik, dilayan dengan baik, kemudian timbul rasa mahu kembali lagi. Mudah-mudahan kunjungan ini menjadi titik yang mendekatkan hati mereka kepada masjid. Sehingga berjumpa lagi, insya-Allah. Kredit Artikel : Teganukita

𝔸𝓻𝓳𝓾𝓷𝓪 𝕋ℝ𝔾
𝔸𝓻𝓳𝓾𝓷𝓪 𝕋ℝ𝔾
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 08 August 2026 00:35:14 GMT
66570
7496
252
280

Music

Download

Comments

bajai.castello
family shafie :
alhamdulilah blik rxz member kawan Sy dh Mula jejak kaki ke surau sblm nie x penah solt
2026-08-08 13:23:01
237
imanisa2122
imanisa :
kerana rxz member kwn sy dgn geng2 dia dpt family angkat dari terengganu,salah sorg dri geng dia dpt jodoh dri keluarga angkat tu,In shaa ALLAH,bulan 10 nie merewang la..konvoi awok2 dia mari plk bulan 10 nie😂😂
2026-08-10 01:16:14
46
liendahabib
lienda habib :
Kebanyakan yg datang ni legend.. Mereka dah lalui zaman muda dulu.. Jadi mereka tahu dunia yg dikejar jika tiada cari akhirat tiada guna.. Semoga semua istiqomah dalam beribadat.. Aamiin..
2026-08-08 04:41:11
122
iseysham84
iseysham84 :
ada yg x solat 34 tahun..join rxz member..solat berjemaah dimasjid..terjentik hati..
2026-08-08 12:05:25
125
palie.klasik
Paklie Klasik :
Siapa sangka, di sebalik deruman enjin dan lautan motosikal, Allah memperlihatkan kepada kita sebuah kisah tentang kasih sayang, persaudaraan dan indahnya akhlak seorang Muslim. Perhimpunan RXZ Members bukan sekadar himpunan pencinta motosikal, tetapi menjadi medan menyatukan hati-hati yang datang dari seluruh pelosok negara. Rakyat Terengganu menyambut setiap tetamu dengan lambaian tangan, senyuman yang ikhlas dan layanan yang penuh adab. Ramai membuka pintu rumah, menghulurkan makanan, menyediakan kenduri secara percuma dan melayani tetamu tanpa mengira siapa mereka. Inilah indahnya budaya memuliakan tetamu yang diajar oleh Rasulullah SAW. Apabila azan berkumandang, deruman enjin bertukar menjadi langkah menuju rumah Allah. Saf-saf masjid dipenuhi insan yang sujud menghadap Ilahi, membuktikan bahawa sehebat mana minat terhadap dunia, cinta kepada Allah tetap berada di tempat yang paling tinggi. Antara ribuan manusia, ada seorang ibu yang tidak dikenali mengangkat kedua-dua tangan, menitiskan air mata dan mendoakan keselamatan semua anak-anak motosikal yang hadir. Doanya mungkin tidak dirakam kamera, namun pasti didengari oleh Allah Yang Maha Mendengar. Begitulah besarnya kasih seorang ibu dan indahnya doa seorang hamba yang ikhlas. Semoga setiap sen yang dibelanjakan untuk menjamu tetamu menjadi sedekah yang mengalir pahalanya. Semoga setiap senyuman menjadi ibadah, setiap bantuan menjadi amal jariah, setiap jabat tangan mengeratkan silaturahim, dan setiap kilometer perjalanan dicatat sebagai kebaikan apabila niatnya kerana Allah. Janganlah kita hanya mengingati perhimpunan ini kerana jumlah motosikal yang hadir, tetapi kenanglah bagaimana Allah menyatukan ribuan hati dalam suasana yang penuh ukhuwah, saling membantu, saling mendoakan dan saling menghormati. Semoga komuniti RXZ Members terus menjadi contoh bahawa seorang penunggang bukan hanya dikenali melalui motosikalnya, tetapi melalui akhlaknya, adabnya, budi pekertinya dan hubungannya dengan Allah SWT.
2026-08-08 13:54:24
90
leeroticanai_
LeeRotiCanai :
RXZ menyatukan untuk semua...Anok Terengganu hadir.. sila datang lagi..ke negeri kami..
2026-08-08 08:55:36
68
normas_ss
Normas :
alhamdulillah....mengeratkan lagi silaturahim antara peserta RXZ member
2026-08-08 04:18:31
20
zmantoya80
Zmantoya :
insyaallah.. semoga asbab RXZ member menjadikan kita bersatu diatas tauhid yang 1
2026-08-08 09:51:09
17
dsas787
dsas :
Terima kasih byk2 dtg ganu
2026-08-08 01:13:36
15
rosma5492
chin :
Sejuk tgk peserta RXZ ni..mungkin program RXZ mereka dapat hidayah...mne kita tahu kn..sosial sosial jugak kn .
2026-08-08 05:30:18
19
ehshinchan
_amerul.amer :
penjahat macam kita selalu dipandang hina
2026-08-09 02:43:29
5
azman80116
azman80116 :
semoga tahun hadapan lagi besar kita buat rxz member o.9 lg ramai yg dtg terengganu biar org nak kata apa kita tahu apa yg kita buat itu hobi kita ✌️✌️🥰🥰
2026-08-08 10:43:41
10
maarttt46
mark men :
Alhamdulilah terima kasih orang terengganu
2026-08-08 09:19:23
9
hjhruzilasalleh
Hjh Ruzila Salleh :
ALHAMDULILLAH ..SEMUANYA KEHENDAK ALLAH 🥰🥰🥰
2026-08-08 06:08:25
7
faqihahusna92
M@maUna_92 :
semoga tahun hadapan ada lagi event rxz member..aamiin
2026-08-08 10:08:55
9
akmaema15
Akmaema :
terbaik...biar ada yg benci...tp dlm kata aku ada Allah...😊😊😊
2026-08-08 14:01:33
7
mohdhasrulll
Mohd Hasrul :
Hobi dan minat masing2..kadang org pdg zohirnya saja tak nampak hikmah..sibuk mengukur amalan org ntah2 jiwa2 mereka ni lebih dekat,lebih lunak dengan Tuhan
2026-08-08 10:39:53
6
yusli516
yusli516 :
wahai rakyat malaysia yg budiman..jika kamu melihat sesuatu yg kamu tidak pasti ianya banyak mendatangkan kebaikln atau keburukan..maka kamu lihat lah seperti mata lebah...jangan kamu melihat seperti mata lalat🙏🙏🙏🙏
2026-08-08 12:59:43
5
matkhairi807
matkhairi807 :
dlm ramai2 yg singgah tu pasti ada yg sempat 2rakkat sblm subuh yg pahalanya lbh baik seisi dunia ni..
2026-08-09 00:53:46
10
nurauninazifa
Siti Dila :
Alhamdulillah ALHAMDULILLAH terbaik terhebat sikental luncur
2026-08-08 02:51:37
12
rania_izzara6
𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚_𝐈𝐳𝐳𝐚𝐫𝐚 :
Rindu moto RX-Z yg Somi jual dulu kerana terpaksa.. kalau ade duit nak cari balik.. nak beli balik MAR 306 siapakah pemiliknya yg sekarang.. 😩
2026-08-09 06:45:50
6
danishdunter
danish dunter :
Pemandangan inilah yg mereka takutkan! sebab tu lah beriya benor nak sekat RX-Z members nim.
2026-08-08 11:05:43
11
dinwantupai
din v1 :
dkt chendering ada se komen tu , ye cite member ye x rajin myg phtu sapa ganu ye detik hati nk myg subuh berjemaah . fighter rxz dari johor 🤲🏻
2026-08-08 13:46:45
12
lokmanmohamed91
lokman mohamed :
tp sayang ad jgk manusia yg bergelar ustaz menghentam mereka..sedangkan ngan kehadiran mereka nie masjid surau penuh..peniaga2 kecik dapat rezeki melimpah ruah to semua ngan izinnya Allah..sepatut nya ngan event nie kita patut memng pujian kepada penganjur event nie atas event nie dapat membantu banyak peniaga2 kecil dan dapat meningkat kn ekonomi negeri dan yg buat bsns homestay..semoga terus kn event nie yg memberi manfaat kepada seluruh peniaga2 dan rakyat negeri yg begitu baek menyambut kedatangan geng2 motor nie😊✌️
2026-08-08 12:14:54
9
ajm69countryman
AJ CountryMan :
Terbaik Admin, Terbaik ketua Polis Terengganu, Terbaik Dr. Sam Dan buat Semua Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang Hebat, Terbaik semua Ketua ketua Penguatkuasa Kerajaan Negeri Terengganu. anda hebat sangat. terima kasih kepada semua rakyat Terengganu dengan budi Bahasa Dan layanan isteimewa anda semua. terima kasih atas perkongsian Dan doa serta sambutan kepada rxz members 8.0. ikatan solaturahim yang sukar dicari di tempat lain. Terima kasih atas sumbagan Dan sedekah rezeki makan Dan minum. serta sedekah pertolongan tanpa berkira buat rxz members Dari awal 1.0 hingga 8.0. Darul Iman menggamit anda semua ke Negeri Terengganu yang Hebat Dan paling bahagia. Terima kasih kepada semua penyumbang rezeki yang dihulur buat Semua rxz members Dan semua yang hadir ke Negeri Terengganu. Dia saya semoga Allah permudahkan segala urusan untuk next event seterusnya. Event Kereta, Event Kapcai, DLL.
2026-08-09 16:45:48
7
To see more videos from user @arjunatrg, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About