@zahir_alauddin: Betul nak jadi pensyarah? Baik… ini deskripsi tugas pensyarah untuk panduan anda : 1. Pengajaran & Pembelajaran 2. Penyediaan bahan mengajar 3. Penilaian akademik exam, test, practical 4. Penasihat akademik 5. Penyeliaan pelajar diploma, degree, master, phd 6. Pemeriksa luar dan dalaman 7. Penyelidikan 8. Penerbitan jurnal 9. Pembentangan conference 10. Geran penyelidikan 11. Inovasi, paten & pengkomersialan 12. Perundingan & khidmat kepakaran 13. Khidmat industri 14. Khidmat masyarakat 15. Pentadbiran akademik 16. Jawatankuasa fakulti 17. Pengurusan kursus dan program 18. Kurikulum review 19. Perlaksanaan OBE & CQI 20. Akreditasi program 21. Jawatankuasa universiti 22. Pembangunan profesional Ir, Ts dll 23. Kolaborasi dan jaringan akademik 24. Pemeriksaan fyp, tesis, viva & paper review 25. Hal ehwal dan pembangunan pelajar 26. Kepimpinan akademik 27. Networking dengan industri, kerajaan & universiti luar negara 28. Colaborative teaching 29. Misi, mobiliti & jaringan akademik #lecturerlife #universitylife #career #foryoupage #fyp
Sir Zahir
Region: MY
Saturday 08 August 2026 12:37:25 GMT
Music
Download
Comments
🕊 :
kerja lah apa2, jika anda memegang title & tanggungjawab sbgi "pengajar" , maka anda dah bersedia untuk sibuk dan kelam kabut, yang dimata orang lain nampak senang dan tenang...
2026-08-09 05:23:41
239
code200 :
betul. sbg student saya saksikan sendiri kesibukan para pensyarah. tbh, kerja pensyarah takkan pernah ada dlm cita cita masa depan saya. dan tiap kali fikir pasal kerja pensyarah, saya sllu berterima kasih & doakan mereka. kpd para pensyarah & bakal pensyarah, terima kasih kerana mahu & sanggup menjadi pensyarah. sbb kalau kalian pernah berfikiran mcm saya, siapa yg akan jd pensyarah utk didik students kat uni.
2026-08-08 16:17:52
265
insyirah azeman :
ayah pesara pensyarah, kdg2 tgk dia best jadi pensyarah sbb dia tk balik tk pernah bawa paper student kecuali thesis student master phd dia. mungkin sbb tknmpk apa dja buat kt pej 😅. bila da master ni, kdg2 lect bg duduk bilik dia buat kerja. bru nampak apa sebenarnya yang diorg buat kt bilik. alhamdulillah skrg ayah da pencen lepas 30 tahun lebih berkhidmat
2026-08-09 02:01:53
47
Dr Sha :
Marking tak habis lagi ni 😭😭 masih berjuang di hari weekend
2026-08-08 14:18:31
24
najihahduki :
Lecturer ada KPI universiti dipenuhi. Research paper. Attend Convention. Jaga budak² Master. Kerja² perkeranian. assignment , test paper budak².etc.
Cikgu SMK/SK pun lebih kurang sama. Aktiviti Koko/Persatuan jawatan² lagi. kena hantar budak training etc Pendek kata ikut ketahanan dan kemahuan individu. Hanya passion,minat dan lillahi taala mampu menjadi kekuatan diri. 🥰🌸
2026-08-09 00:18:31
61
❁ ℬℯ𝓁𝓁𝒶 ❀ :
Bakal lecturer here, I nk jdi Cikgu dlu while sambung masters then PhD utk jadi lecturer. I love researching and attending conventions as well. Can’t wait to experience this soon 🥹🥹
2026-08-09 03:21:01
20
TimurLaut :
beberapa fakta yg ada kaitan dgn post.
1. Gaji. rezeki bukan semata-mata gaji, dan percaya bahawa gaji tinggi mampu mencukupkan, hukumnya haram. boleh rujuk ceramah UAI.
2. Kerjaya. Bila dah kerja sebagai A, ia adalah rezeki yang tertulis sejak di luth mahfuz. Allah nk tgk kita atau dgn kata lain, ini adalah ujian. maka buatlah dengan baik, jujur, amanah dll, tidak kira apa pun kerjaya kita. Apa yang jadi, kita serah kpd Allah 💯.
3. "Teruk" atau "santai" dlm kerja sangat subjektif. ada org yg suka jadi cg, tp bila dpt jd lect, dia lebih fokus, dan sebaliknya ada yg suka ajar di sek... Allah SWT uji kita pun setakat kita mampu
4. saya tak berani kata kalau sy jd lect sy akan ok, dan kalau sy jd engineer, sy jd tak ok, sy mungkin akan menangis kelelahan, tp yg lebih penting ialah cepat bangkit atau resilient.
5. nak kaya mungkin jadi bisnesman. tp jadi pendidik darjatnya tinggi. walaupun xpakai kereta lambang kuda. bisnesman pun kalau boleh didik org lain jd ahli bisnes pun bagus juga...kan...
2026-08-10 22:13:30
2
TheAizzanie :
ade yg ckp.... "kerjaaa mengajarr JEEEEEEE kann.. ".. aku cili mulut baruu tauu!... die tak taktau lecturer kne jugakk buat kerja admin... blum lg headache buat audit... student blom dpt placement susah hati smpai takbole tdo... lyn parents yg duk tnye knape ank die kne repeat. kena hadap complaints drpd student pemalas yg taknak bljar tp di back up oleh management..hahh bnyk lg.... 😌😌😌
2026-08-08 12:55:38
55
lily :
patut la bila ada student cakap nak jadi lecturer macam miss bla bla then miss tu cakap "tak payah la awak, gaji tak tinggi sangat pun pastu awak cari kerja yang lebih bagus lagi dekat luar sana" 🥹
2026-08-08 23:11:51
12
shadiq :
Tak kisah org nk ckp apa I will go for that, nowadays bnyk betul toxic encouragement
2026-08-08 15:55:27
8
FatimaAtiq :
x kira x kira. nak jugak. that's my dream job😭
2026-08-09 06:11:03
2
MOH.ZIZ 😘 :
Pensyarah lpas ada degree ke boleh apply?.. Atau bnyak choice?.. Lpas diploma boleh apply ke?
2026-08-08 14:58:34
6
Dina🐻 :
cikgu sekolah atau pensyarah lagi mencabar?
2026-08-08 19:13:40
2
Akram Ghafar :
Dan melengkapi keseluruhan taklif yang disenaraikan,...inti ontologinya, adalah gelar 'PENSYARAH' itu sendiri, yakni keupayaan 'men-SYARAH-kan' matan & peri ilmu pengetahuan, ia sebenarnya melampaui daripada amanah serta dasar 'mengajar' semata-mata✌️😊...
2026-08-09 06:55:05
1
Kakya Bunga :
Actually, mudah ja konsepnya, “Love what you do & do what you love” Buatlah pekerjaan yg kita suka, sbb apa2 pun yg kita buat dgn hati, inshaAllah lebih berkat & mudah. Apa pun dlm dunia ni, kalau namanya nak mencari rezeki halal & diredhoi Allah, mestilah perlu menghadapi sedikit cabaran. Hanya org yg leka akan merasa setiap pekerjaan itu susah. Janji masa dgn Allah ada. yg bagi rezeki Allah, jgn risau.
2026-08-09 06:55:46
4
WMRZA :
hm betul sir ahaha
2026-08-08 14:34:47
1
hari-hari :
Guru lagi stress
2026-08-09 00:13:48
2
BintuYusof🤍 :
Alaaaa betul ke ni😭 nak jd apa gini nnti
2026-08-08 14:13:15
4
SiZukha_S :
ini belum campur kalau tugas pensyarah campur dgn tugas felo kolej kediaman. bukan kata hujung minggu, cuti sem pun takde masa sgt dgn family sbb nak kena attend program/event/meeting/bengkel kolej jgk. waktu malam pun kdg nak tido pun tak lena, kena standby in case ada emergency yg sakit nak kena hantar ke hospital😅
2026-08-09 04:41:40
1
anna :
Tulah beli cuti sem student msg “enjoy holiday dr”, “happy holiday dr”, padahal bengkel, mesyuarat berderet suti sem😂tp ada gak msg, “dr tgh ngadap laptop ke tu pukul1pg” apepun alhamdulilah masih enjoy keja as lecturer ni🥰
2026-08-09 03:14:50
1
byNana :
Ye betul..
2026-08-08 13:36:51
1
Dr. HAZRUL DHHK :
Ini saya sangat setuju. Memasuki tahun ketiga sebagai academia, saya hadam ini lah dunia kerjaya sekarang. Alhamdulillah…
2026-08-10 11:41:45
1
Balzco :
Anak pensyarah memahami 🥰
2026-08-10 03:55:31
0
Syatila Syapikah :
tak jadi laaa
2026-08-08 13:02:47
0
To see more videos from user @zahir_alauddin, please go to the Tikwm
homepage.