@info.larian: KRONOLOGI BEKAS TENTERA TERAJANG ANAK PEREMPUAN 9 TAHUN HINGGA MATI [11] Setelah si mati selesai melakukan pumping sebanyak 130 kali, si mati ada bertanya kepada tertuduh “Ayah boleh tak kira dari 100 balik”. Tertuduh yang tidak faham soalan si mati telah meminta si mati supaya mengulangi kembali pumping tersebut. Tanpa membantah si mati telah membuat semula sebanyak 30 kali. [12] Setelah si mati tidak larat membuat sit up, tertuduh telah memijak perut si mati dengan menggunakan sebelah kakinya. Pada masa kejadian ini berlaku, SP17 dan dua (2) adik si mati berada di dalam bilik tidur. [13] Tertuduh menyuruh si mati bangun tetapi si mati tidak larat kerana perutnya telah dipijak oleh tertuduh. Si mati cuba menahan dirinya daripada menangis namun tertuduh telah menyuruh si mati bangun tetapi si mati tidak terdaya untuk bangun akibat perutnya dipijak oleh tertuduh. Tertuduh marah dan terus memijak lagi perut si mati. [14] Tertuduh kemudiannya telah menolak si mati dengan kakinya dan tendang si mati dengan kuat sehingga menyebabkan si mati terkencing di dalam seluar di atas karpet di ruang tamu rumah tersebut. Si mati cuba bangun tetapi belum sempat si mati bangun, tertuduh telah memegang kaki dan tangan si mati, mengangkat si mati ke aras paras dada tertuduh dan mencampak si mati atas tilam bayi yang terletak di atas lantai di ruang tamu rumah tersebut. [15] Tertuduh kemudiannya telah memegang kedua telinga si mati dan tarik ke atas dan menghantuk kepala si mati ke lantai. Selepas itu, si mati telah bangun dan berjalan menuju ke bilik air. Tertuduh telah bertindak menendang pula si mati dari belakang dan akibat tendangan itu si mati telah jatuh di tepi peti sejuk di ruang dapur rumah tersebut. [16] Si mati tetap bangun dan di dalam keadaan yang lemah si mati berjalan juga menuju ke bilik air. Semasa di bilik air, si mati sekali lagi telah terjatuh pula di dalam bilik air. Melihatkan keadaan si mati terduduk dalam keadaan lemah di hadapan pintu bilik air, SP18 telah memanggil tertuduh untuk melihat keadaan si mati. Tertuduh telah datang menghampiri si mati dan pada masa itu si mati berada di dalam keadaan yang tidak bermaya. [17] Tertuduh telah mengangkat si mati masuk ke bilik air dan membuka paip air untuk menyedarkan si mati. SP17 kemudiannya telah keluar daripada bilik tidur dan pergi ke dapur dan berhenti di hadapan pintu bilik air. SP17 masuk ke bilik air dan menutup paip air kerana takut si mati lemas. Tertuduh dan SP17 cuba menyedarkan si mati tetapi si mati masih berada di dalam keadaan sangat lemah. [18] Si mati kemudiannya mula sedar namun si mati memberitahu dia tidak nampak tertuduh dan SP17. Tertuduh dan SP17 mengangkat si mati untuk menyuruh si mati bangun tetapi si mati telah terbatuk lalu tertuduh dan SP17 menyuruh si mati mengeluarkan kahak tetapi tidak keluar. Tertuduh kemudiannya telah mengangkat si mati dengan memeluk perut si mati dengan kuat lalu telah terkeluar kahak dari mulut si mati. [19] Tertuduh dan SP17 kemudiannya menukar baju si mati dan tertuduh meminta SP18 untuk menghidupkan kereta. Tertuduh telah mengangkat si mati masuk ke dalam kereta dan si mati diletakkan di bahagian tempat duduk belakang kereta tersebut. Pada ketika itu si mati berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri. [20] Tertuduh dan SP18 telah membawa si mati ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan di sana, si mati kemudiannya disahkan meninggal dunia. [21] Bedah siasat yang dijalankan oleh Dr Hanif bin Mahmud (SP9), pakar perubatan forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban mengesahkan bahawa si mati telah meninggal dunia berpunca dari “kecederaan di abdomen akibat objek tumpul” sepertimana yang terkandung di dalam laporan post-mortem (ekshibit P28) yang disediakan sendiri oleh SP9. #viral
Info Larian
Region: MY
Saturday 08 August 2026 19:27:58 GMT
Music
Download
Comments
vexa🪐 :
a father who supposed to protect
2026-08-09 11:44:16
2
Lily Grey :
what an evil man.
2026-08-09 19:46:25
0
Izawati22 :
Kenapa tak kekal kn hukuman mati????
2026-08-09 05:45:54
256
alisyaalisa12 :
Sedih baca 😭 sbb kita pun ada anak perempuan yg sebaya , kalau tak boleh sayang anak jgn kahwin dan ada anak. Anak bukan org bawahan dlm tentera yg kau boleh ragg!ng/ bul!
2026-08-09 04:56:27
126
Rumah dessert :
tergamak mak tiri n abg tiri tgk je perbuatan si kecil di bunuh dgn cara yg kejam
2026-08-09 08:47:03
77
UKT :
where was the mother. what a sick man! that poor child.
2026-08-09 15:21:14
0
Tiqah💐 :
kenapa x hukuman mati je...setimpal dengan apa yg dia buat kat anak
2026-08-09 07:50:43
24
fiz_zaa :
sesak dada ..tak sanggup baca sampai habis..bapa dari neraka😭
2026-08-09 11:54:39
27
yusufburns :
aku pun baca skip2 ja...jiwa xkental nk baca habis...
2026-08-09 15:28:43
11
*_SNA_MEXBIEY_* :
arwah papa ak pun bekas tentera xdk pijok ank, lembut jh ng ank², gurau molek, dia siap pesey klu ank jge pilih jd askar sbb dia thu berat nk bwk kalu xmmpu tgung.. al fatihah papa
2026-08-09 06:32:37
27
Christelle2516 :
Brita paling extreme kejahatan dia sma anak dia..sggp betul buat bgtu..😣😣😣
2026-08-09 08:34:13
7
ZAI :
Sesak nafas baca dan sedih.Semoga arwah ditempatkan di syurga.Tiada lagi terima siksaan dr ayah yg kejam.
2026-08-08 23:04:12
27
malaikatmalam :
dia dah biasa aniaya org bawahan..dah biasa naik tangan,sampai anak sendiri pun dia sanggup aniaya.
2026-08-09 06:59:18
21
Wんリ :
patut ke klu nak ajar anak ke sampai mcm nie.. agak2 lah..... iron man klu kena mcm tu pon kong ini kan budak 9 tahun .....
2026-08-09 05:09:15
12
Ain Haryani :
tak layak di panggil bapak !!
2026-08-09 12:38:28
6
skibidipop :
patut hukuman mati tu dikekalkak
2026-08-09 04:03:41
7
Murnii❤️ :
huhu dh baca sekerat x boleh nk baca habisss sedihh sgt.. 😭
2026-08-09 04:37:44
8
ANAK BIJAK HQ :
Aku seorang bapa dan bila baca ni tangan aku menggeletar tak tahu nak cakap geram tu macam mana
2026-08-09 08:28:31
6
SarieSar :
gila
2026-08-09 07:28:29
5
Hadi Coklat :
kes dera kanak2 paling sedih kalau d baca 😞
2026-08-09 07:30:23
5
ekin656 :
mana mak dia
2026-08-09 06:02:37
6
~HS~ :
ini bukan mengajar tp mmg nk mbunuh...nak ajar anak pun jgn la nk buat mcm dlm askar...budak lagi tu...gila betul mak ayah die...moga arwah tenang d sana..bermain la d syurga...aamiin.
2026-08-09 06:35:54
6
Azaaaa :
zalimnya kamu
2026-08-09 09:39:07
2
? :
gambar first tu gambar tertuduh pakai kopiah ke? eiiiii baran pulak aku . baca sekerat je.. tk mampu nak teruskan membaca. kejam & zalim sangat
2026-08-09 07:44:23
2
kerepekpisang :
Aku tak paham.. Sp17 dan sp18 tak halang ke tertuduh buat macam2 ke si mati? Sian adik ni siksa sungguh
2026-08-09 14:46:19
0
To see more videos from user @info.larian, please go to the Tikwm
homepage.