@apitlabu13: Ismail "Mail Kerbau": Penjenayah Lagenda Yang Mempunyai Kemahiran & Kekuatan Misteri ? Ismail "Mail Kerbau": Penjenayah Lagenda Yang Mempunyai Kemahiran & Kekuatan Luar Biasa ? Ismail yang lebih dikenali sebagai Mail Kerbau sering disebut dalam kisah-kisah jenayah di Malaysia sekitar era 1980-an hingga 1990-an. Namanya saja cukup dikenali dalam kalangan orang lama, bekas banduan, dan sebahagian anggota penguat kuasa, kisah hidupnya banyak diselubungi misteri. Sebahagian cerita mempunyai asas daripada pengalaman lisan, manakala sebahagian lagi mungkin dipercayai telah dibesar-besarkan sehingga menjadi legenda. Individu yang digeruni Menurut cerita yang tersebar ketika itu, Mail Kerbau dikatakan aktif dalam pelbagai siri kegiatan jenayah seperti pergaduhan, pemerasan dan keganasan. Namanya sering dikaitkan dengan dunia samseng malah menjadi antara pencabar kepada gengster besar lain pada zaman itu. Ada yang mendakwa beliau sangat berani sehingga tidak gentar berhadapan dengan kumpulan lawan mahupun pihak berkuasa. Beliau memanfaatkan kebolehan ilmu dalam persilatan selain gerak geri dia sangat lincah serta licik sehinggakan sukar berhadapan & menangkapnya. Kisah "enam gari" Cerita paling terkenal ialah dakwaan apabila Mail Kerbau berjaya ditangkap, dia perlu dipakaikan enam pasang gari serentak ketika dibawa keluar dari lokap atau mahkamah. Tindakan itu bukan kerana gari biasa tidak berfungsi, tetapi sebagai langkah keselamatan tambahan kerana beliau dikatakan memiliki kekuatan fizikal yang luar biasa serta sering cuba melepaskan diri. Malah ada yang mendakwa beliau mampu menarik rantai gari sehingga rosak & longgar atau mengeluarkan tangan daripada gari dengan menggunakan kekuatan otot dan teknik tertentu. Dengan wajah & sikap tenang dia boleh secara tiba tiba bertindak agresif dalam cubaan melarikan diri apabila mempunyai sedikit peluang. Sukar ditangkap Mail Kerbau telah beberapa kali berjaya meloloskan diri semasa tahanan mahupun ketika operasi tangkapan dijalankan. Keupayaannya mengenali kawasan persekitaran, selain pengalaman dalam dunia jenayah, dikatakan menyukarkan pihak lagi berkuasa menahannya. Pergerakkan beliau sangat lincah, anggota pertugas yang terlibat dalam operasi menangkapnya mendakwa mengejar Mail Kerbau seperti mengejar bayang bayang, dia kelihatan seperti berada di dua posisi yang berbeza. Adakah mempunyai Ilmu kebal atau sekadar mitos? Seperti ramai tokoh jenayah yang menjadi legenda rakyat, Mail Kerbau turut dikaitkan dengan pelbagai kisah mistik. Antara cerita yang paling kerap diceritakan ialah beliau memiliki ilmu kebal, sukar dicederakan dan mempunyai kekuatan luar biasa. Ada juga yang mendakwa beliau mengamalkan ilmu persilatan tradisional. Dakwaan tentang ilmu hitam ini agak sukar dibuktikan, sama benar mempunyai Ilmu kebal atau sememangnya tubuh badan beliau mempunyai tahap pertahanan fizikal yang cukup kuat atas latihan yang diamalkan. Ismail jarang atau sukar mendapat kecederaan serius walaupun selepas bertempur / pergelutan semasa operasi penangkapannya. Tengkorak, Kepala dan Tanduk Kerbau di Rumah. Pintu, serta dinding di rumah Mail Kerbau penuh dihiasi tergantung kepala serta tanduk kerbau. Ada juga tulang kerbau yang telah diukir menjadi perhiasan & ada juga diolah menjadi senjata. Selain itu, masyarakat setempat percaya itu menjadi lambang keberanian atau identiti beliau sebagai Mail Kerbau, identiti tersendiri menyebabkan orang ramai berasa gentar untuk mendekati rumahnya. Ada pula yang mengaitkannya dengan amalan persilatan atau kepercayaan tertentu. Guru persilatan Selain siri kisah jenayah, ada juga cerita bahawa Mail Kerbau turut mengajar ilmu persilatan kepada beberapa anak murid terpilih. Beliau disifatkannya sebagai seorang yang mahir dalam seni mempertahankan diri dan memiliki disiplin dan ketegasan dalam menurunkan ilmu persilatannya kepada pelajar. #fyppppppppppppppppppppppp #sejarah #senawangproblem #fyptiktok #CapCut

Abgkantin
Abgkantin
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 09 August 2026 02:00:46 GMT
951970
26458
1399
2827

Music

Download

Comments

abgdinnorthern
Abg Din :
Mail kerbau dan Mat komando..dua2 dari Kedah.. sayang sekali depa berdua terlibat jenayah..tapi hari ni muncul seorang lagi yg amat berani ibarat jeneral perang dan jalan cerita kali ni berlandaskan prinsip undang-undang..."The Jeneral MB Sanusi..semoga dipermudahkan urusan utk memimpin negara selepas ini.
2026-08-10 13:38:08
846
nizam.own
Nizam Own :
arwah merupakan bapak angkat saya saya selalu bersama arwah diakhir hayatnya beliau adalah seorang yg baik cukup penyayang dan suka bantu org mari kita sedekah kan Alfatihah pada arwah moga Allah menempatkan beliau dikalangan org org yg beriman
2026-08-09 11:52:48
927
unclekobis_kz69
Khairul Zinudin :
banduan sekarang lagi hebat keluar penjara boleh jadi pm yg sorang lagi jadi PM masuk penjara😂😂😂
2026-09-03 22:33:23
532
90.mr_bee
MR bₑₑ🐝 :
kalau nak cerita pasal banduan paling seram... banduan sekarang ni paling seram... saya menang hari ni...ehh malas nak cakap lu pikir LA sendiri... Setel perang hanya menelefon 🤣🤣🤣
2026-08-10 11:36:28
719
bullet_train1.4
Keretapi Bullet :
8thn sy di kajang .. bnyk nama2 org lama yg sy jmp .. salah sorang adik belut .. pon salah sorang yg bnyk bg nasihat kat sy .. Alhamdulillah sy nmpk sendiri dia boleh tulis surah Al-mulk tanpa tgk Al-quran .. semoga istiqomah adik belut 🤲🏻🤲🏻
2026-08-09 14:17:31
352
o__bubu__o
❤️BuBu❤️ :
legenda Mail Kerbau.. sikap sprti seorg Robin Hood.. bnyk Bantu org kg dan org sush... bnyk bantu kewangan kpd rumah anak yatim dan tahfiz dlm diam..dia juga mahir membaca AlQuran..
2026-08-09 13:02:10
337
alimjis77
alimjis77 :
tk pyah la kita memegah2 kan org 2 seperti ini....dlm Islam kita yg wajid diingati RASULULLAH SAW...Kerna baginda akan Mberikan kita syafaat...
2026-08-10 19:28:53
61
abudj72_
DJ Abu :
saya antara sahabat baik beliu..saya panggil dia pk su el...dia juga berniaga menjual ubat unt org yg sakit urat saraf...kami selalu pi karoke..di sekitar kedah..selalu dtg mkn kat rumah saya ditelaga mas...org nya memang baik...arwah meninggal akibat serangan jantung..pada umur 56 tahun..seminggu selepas tu esteri dia pulak meninggal..semoga roh pk su dan maksu dicucuri rahmat selalu amin...😭😭😭
2026-08-11 09:25:44
120
yeop_fl_epoxy
Yeop FL Epoxy :
Apa nk di bangga kan
2026-08-09 14:28:34
10
dak_hann
𝔻𝕒𝕜 ℍ𝕒𝕟𝕟 :
org skrg mesti tak percaya cerita ni sebb org skrg dah hilang tauhid dari hati
2026-08-09 15:44:08
104
mohdnabil524
mohdnabil524 :
Al Fatihah..buat arwah.ada ramai lg di Kedah org2 MCM ni.cuma lani masing2 diam ja.didaerah pendalaman Pendang,Kedah ada BYK lg ilmu2 mcm ni.cuma org buat tidoq ja xmau bising..tang ada memang ada lg.
2026-08-10 03:24:46
58
khairunyon30
khairunYon30 :
dia tak sehebat anuar Ibrahim, anuar Ibrahim keluar dari penjara boleh jadi perdana menteri.
2026-08-20 13:46:57
32
user1521854530470
Rahmat84 :
13mei dulu ramai org kedah dan perak trn johor
2026-08-15 01:13:02
24
mohdazhar1985
mohdazhar :
aku x rasa diorg ni semua penjenayah.. sebab sebahagian besar dari nye xpernah bersetuju dengan kerajaan under british.. dan aku rasa hampir semua di fitnah dengan bermacam naratif negatif... harap lebih ramai lagi belajar ilmu² dan amalan hebat mcm mereka semua...
2026-09-02 03:48:59
19
a.azrin_ismail
a.azrin_ismail :
zaman skrg LG power..yg salah lepas..yg teraniaya kna tangkaap .tp kt negara pasir sebutir la
2026-08-10 12:44:15
33
iqeiman
Qu imanInsanGhuroba :
Qu pernah memanggil dia abah, AL-FATIHAH.
2026-08-15 11:12:54
7
trysearch94
Par Acu :
Zaman aku belajar sekolah dulu, kisah mat komando yg ngeri waktu tu kt tv dan radio 😏😏😏betul2 mat komando liat sngt diburu,,,
2026-08-16 14:39:58
7
khairy_bae
khairyyahaya :
sejarah..adanya org melayu dgn keberanian zahir dan batin yg sepatutnya buka mata ada bangsa melayu yg berani melawan dimasa lalu,mungkin bersebab kan.. perhatikan tanah air kita sekarang
2026-08-09 15:17:17
37
hensome_kan
PAPAZAM :
buat movie Mail Kerbau...
2026-08-11 01:23:38
8
kuantan.kini
Kuantan.kini :
dulu2 mail kerbau ni sentiasa ada berita masuk mahkamah,lari dari tahanan
2026-08-12 08:16:55
7
kakzah729
kakzah :
rakyat melayu ada kekuatan tersendiri jangan pandang rendah pada orang melayu.
2026-08-09 23:39:23
31
e_oneperfomance
L&M Performance :
gangster sebenar zaman sekarang adalah pangkat dn kekayaan..
2026-08-09 14:26:14
46
marabahaya58
Marabahaya :
saya gard sekolah masa tu pegawai operasi bekas pegawai polis masa Dato' zaman Khan ada hari satu saja dah tak boleh buka . ada orang pandai. mukim dirukiah ayat Al-Quran dah tak boleh dibuka.ada polis kata haji..selalu banyak bolih putus ni satu dah tak boleh buka
2026-08-09 16:47:33
10
bellanashshilla_85
BellaNashilla :
Org yg tak suka dgn arwah je label arwah banduan..samseng..
2026-09-26 05:17:11
8
To see more videos from user @apitlabu13, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About