FiraMusfirah_ :
Umur 25, basic baru RM2,000. Orang lain masa tu dah RM3,000 ke atas. Tapi masa tu saya sangat yakin dengan rezeki Allah. Setahun lebih tak ada increment. Kemudian saya dipindahkan ke plant lain. Di tempat baru, bos terus nampak dan hargai kerja saya — gaji naik RM3,300, kemudian RM4,000.
Tapi rezeki tak lama. Company tutup. Saya mula di tempat baru dengan gaji RM4,700. Selepas 8 bulan, bos lama yang pernah hargai dan naikkan gaji saya offer saya kembali dengan gaji RM7,000.
Dari situ saya belajar, kadang-kadang bukan soal berapa banyak kali kita tukar kerja untuk dapat gaji tinggi. Kadang-kadang, kita cuma perlu berada di tempat yang betul — dengan orang yang nampak, menghargai dan tahu nilai kita.
Rezeki Allah tak pernah salah alamat. Kadang-kadang Dia cuma alihkan kita ke tempat yang lebih menghargai apa yang kita ada. ❤️
2026-08-24 04:53:05