@pantaujalanjohor: JOHOR, 9 Ogos - Satu rakaman memaparkan seorang penunggang motosikal dipercayai menarik tali sebuah lori kontena di sebuah lokasi di Johor, kini tular di media sosial. Rakaman berkenaan mengundang pelbagai reaksi warganet, terutama mengenai aspek keselamatan tindakan tersebut. Antara yang menjadi perhatian ialah sekiranya berlaku masalah pada lori seperti kegagalan brek, keadaan itu boleh membahayakan penunggang motosikal dan pengguna jalan raya lain. Lokasi tepat kejadian masih belum dapat dipastikan. #PantauJalanJohor #Johor #Tular #Viral #LoriKontena