@iswandyisk: Kalau ada yang masih belum mengenali saudara isma halil hamzah, ini ada sedikit info tentang latar belakang beliau dalam bidang hiburan terutama dalam radio. Agaknya kalian masa tu umur berapa agaknya. Tahun 1997. Waktu itu beliau di Radio Muzik (Sekarang Muzik FM) bermula pukul 12 malam. Dengan muzik background lagu instrumental ‘XPDC – Bahalol’ dan kemudiannya bila pukul 1 ke atas ditukar kepada background muzik sentimental ‘Cromok – Another You’. Pukul 12 ke atas radio muzik pasang lagu metal non-stop. Lagu yang ditunggu-tunggu ‘Dream – Syaitan Ketawa Bayi Menangis’, tak diputarkan malam tu tapi tetap puas hati layan lagu metal sampai pagi. Kalau tak silap aku masa tu Isma Halil keudara hanya pada malam weekend, Sabtu dan Ahad. Antara lagu yang kerap diputarkan pada masa tu ‘Rahim Maarof – Gigit’, ‘Peace – Fikir-fikir’ dan lagu-lagu XPDC. Kemudian pada tahun yang aku tak pasti, tiba-tiba Isma Halil lenyap dari Radio Muzik. Tapi tak lama lepas tu Isma Halil tiba-tiba muncul kembali di station RFM dan masih lagi dengan konsep metal. Aku ingat lagi tagline anak Isma Halil pada masa tu ‘Nadia suka dengar RFM, Orait…’ dengan suara comelnya. Masa di RFM slot Isma Halil masih lagi sama isitu dari 12 malam hingga 6 pagi. Pukul 12 malam hingga pukul 1 pagi beliau akan memutarkan lagu-lagu rancak, pukul 1 hingga 3 pagi biasanya dibuka kepada pemanggil dan biasanya bertema. Contohnya pada waktu itu panggilan dibuka kepada perempuan sahaja atau pada pemandu yang sendang memandu sahaja atau pada yang berumur 40 tahun ke atas sahaja. Memang kelakar bila ada yang nak bercakap sangat sampai menyamar jadi pompuan, buat suara macam pompuan. Yang sedang memandu biasanya Isma Halil akan suruh pemanggil bunyikan Hon. Semasa di RFM jugalah segment cerita seram sering diadakan. Dulu masa di radio muzik pun ada tetapi jarang sekali. Kalau time cerita seram tu memang seram abis. Topik setiap malam adalah berbeza, adakalanya cerita seram, adakalanya cerita benar dan sebagainya. Pada zaman ini juga XPDC sedang top dan ia menjadi lagu wajib diputarkan oleh abang isma setiap malam. Abang Isma juga merupakan peminat nombor satu XPDC sehingga diberi penghormatan menjadi hos konsert raksasa XPDC di stadium negara pada tahun 1998, Tak lama lepas tu Abang Isma pun dah tak ada kat RFM, boring balik lah. Dan tak lama lepas tu RFM pun dah tak ada. Pada tahun 2000, abang Isma berada di THR Gegar!!! Abang Isma tak pernah mengganggap pendengarnya sebagai peminat, tetapi mengganggap sebagai kawan. Disebabkan itulah beliau menubuhkan kelab ‘My Friend’ My Sedulur. Pada waktu ini jugalah lagu-lagu Kashmir Stone seperti 'Malaysia Makkel' 'Rozanna' dan juga peribahasa merapu diperkenalkan dan menjadi popular dikalangan pendengar Isma Halil Hamzah. Dengan tiba tiba pada tahun 2010, Isma Halil kini di online radio ‘Bapakku.fm’. Dengar kata masa kehilangannya dia bertapa d'pulau DIVE CENTER. Bapakku.FM adalah sebuah Radio Internet yang memulakan operasinya pada awal tahun 2010. Ia diasaskan oleh Saudara Ismahalil Hamzah bersama beberapa rakan teknikal, bermula dari dalam sebuah bilik kecil sehinggalah mempunyai beberapa konti sekarang ini. Beroperasi dan ke udara 24 jam sehari di Jalan Kent 7 off Jalan Maktab, Kuala Kumpur. Deejay atau penyampai radio yang berpengalaman lebih dari 20 tahun dalam industri hiburan tanah air. Mula ke udara bersama Radio Muzik pada tahun 1994. Dengan gelaran 'DJ Rock', Ismahalil Hamzah terus ke hadapan untuk bersama dengan beberapa lagi stesen radio popular di Malaysia dengan cara dan telatahnya yang unik. Mula mengilhamkan untuk membuat stesen radio sendiri pada 2009. Berkat kerjasama dan persefahaman dengan beberapa rakan, Bapakku.FM berjaya dibangunkan pada awal 2010 sehinggalah sekarang. Pelbagai aktiviti telah dilakukan sepanjang kewujudan Bapakku.FM #ismahalilhamzah #bapakkufm
iswandyisk
Region: MY
Sunday 09 August 2026 13:02:57 GMT
Music
Download
Comments
Izam EYE :
@Izam EYE:Allah blh tukar keputusan manusia selagi di menjaga solatnya, maka Allah akan menjaganya , insha Allah, tgk Dan lihat
2026-08-11 10:18:21
167
Rambo Klang :
Aku mula mengikuti beliau dari Radio Muzik hinggalah sekarang Bapakku Fm..
jampi serapah beliau memang padu..
Are you ready, everybody, everyday, every night... Eveready!"
"Sepandai-pandai tupai melompat, tak masuk Olimpik juga."
Dj Isma Halil Hamzah U are the best & Dj no.1..
2026-08-10 03:31:35
217
Amer Omar :
1997... aku tingkatan 2.... semoga Allah beri kemenangan pada abg isma... in syaa Allah.. Aamiin...
2026-08-09 14:20:59
64
Joharisaad79 :
Antara trendmark masa dia dj kat radio muzik,Abg² lori!! hon satu kaleyyy!! Allah beri ujian tanda Allah sayang walaupun berat sgt UTK diterima semua
2026-08-10 00:09:26
82
Awan mapurak :
terjebak dengan permainan dunia inilah akhir zaman
2026-08-10 05:46:28
27
mah :
saya follow isma Dr THR lg sampai BAPAKKU FM.sedih bercampur tk percaya ap yg terjadi.begitu kejam dunia ini..
2026-08-09 21:50:16
76
Anga87 :
Ada makna tersirat ada ayat die.. ke mmg die tergelincir
2026-08-09 23:58:59
29
Mohd Nazmie :
Sebelum dia kena tangkap rasanya dia ada interview Asp ali batcha,Ex pegawai polis yg sampai saat ni masih fight kes dia di fitnah sehingga masuk penjara simpang renggam tampa bicara.lepas tu x lama dia kena tangkap walaupn brg tu bukan dlm badan dia,2023 rasanya dia di bebaskan mahkamah tinggi lepaskn,mahkamah rayuan fight balik lepas 3 tahun,lepas tu terus di sabitkan..apa la agaknya dendam pendakwa raya pada Abg isma halil..apa pun semoga di permudah segala urusan Abg isma🤲
2026-08-11 05:10:04
45
abg_putera :
beliau adalah DJ terbaik yang Malaysia pernah ada celotehnya Membina semoga beliau sentiasa dilindungi Allah SWT insyaAllah Aaamiin
2026-08-09 23:37:59
40
Sky :
zaman remaja sangup berjaga mlm² nk tnggu abang ismahalil putarkan lgu² rock
2026-08-12 02:35:38
14
H4MiZ4N K4SiM :
Sedih betul jd camni. Aku follow dr THR Gegar. Trademark lagu xpdc. Ada laa pantun pantun dia tu. x ingat laa.semoga bang isma halil diberi kekuatan & tabah dgn ujian ini😢
2026-08-10 05:13:41
6
aqil66592 :
ingat pantun dia dari timur membawa makmur dari selatan membawa utusan
2026-08-10 04:38:02
8
Bi Di :
Rindu dengan abang isma, terima kasih bang pernah mewarnai zaman remaja saya dengan celoteh dan lagu2 rock, sanggup tunggu pukul 12 tgh malam semata2 nk dengar lagu rock putaran abg sebab banyak kumpulan rock yg best kat Malaysia ni.
2026-08-13 17:46:58
6
E211 4l3X :
Dunia penjara bg org mukmin.
2026-08-11 15:21:35
6
Amansian :
saya umur 15tahun skrg 45tahun..peneman mlm ceria abg Isma..
byk kn bsabar bang..
kmi membesar dgn kata2 indah di sunyinya malam..sentiasa menunggu tgh malam..🥰
2026-08-12 04:41:42
5
Abang Jai :
Assalamualaikum saya ahli MY FRIEND...ARORE...ARO RARE..
Isma ada lah penyampai atau dj no 1 Di Malaysia..
2026-08-10 00:01:51
9
Mencarikeseraman :
dulu tahun 90an masih sekolah tidur lewat jam 3pagi dengar dj isma d radio.
2026-08-10 23:08:52
7
Z@m :
bukan tergelincir,tapi Allah tu nak naikkan darjat..nak naik darjat bukan mudah akan datang je ujian
2026-08-10 06:56:39
6
pakcik encem :
aku kenal dgn isma halil masa dia maseh dlm tentera (JLJ)sebab aku pn tentera jgk
2026-08-10 14:49:16
19
RADEN LAKJUNA :
saya kenal dj isma halil dari radio THR...
2026-08-10 14:56:25
8
blur107 :
kita semua kata sabar...tapi hakikat org kena ujian...dia sj yg tahu derita sengsara. Allahuakbar. Jgn aku di uji seberat nie. rosak Iman ku.
2026-08-10 09:34:39
6
Kamal`Mizmal | Tutorial :
kenangan masa Abg Isma di THR masih segar sampai hari ini. Dan kerana dia lah aku selalu tidur lewat. esok nak keje mata barai. ingat lagi.. 'malam ni nurse sahaja yang call', 'betulke abg lori ni, hon sekali' 😅😅😭
2026-08-10 11:57:10
14
remy :
Abg isma ada ckap dekat last video dgn isteri.. dia cakap demi Allah dia xde salahkan siapa2.. dia trima ujian ini.. maknanya dia sedar kesilapannya..
2026-08-10 13:13:38
8
Lakikakbedah( bedah's family) :
dulu TIME HIGHWAY RADIO THR..xda Gegar cuma THR..ZAMAN tu din beramboi dgn kelebihannya..dj nasa dj andy hakim..jugak kak leen(skrg suriafm)
2026-08-10 05:01:17
22
Raynzlorenzo :
tahun 90an masa duk berek bujang..sentiasa layan dj isma sambil layan mata nk tdr..rindu bunyi cengkerik..bunyi kata yg selalu dia putarkan..mengimbau kerinduan suasana duk kt kpg
2026-08-10 07:05:28
7
To see more videos from user @iswandyisk, please go to the Tikwm
homepage.