@khatymz: Sejurus menerima perkhabaran mengenai kebakaran di asrama lelaki Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah, Kulim yang berlaku semalam, DS Saif terus turun ke lokasi untuk melihat sendiri keadaan serta bertemu anak-anak pelajar yang terkesan. Alhamdulillah, semua 116 pelajar selamat. Itu yang paling melegakan. Namun, ramai kehilangan hampir segala-galanya. Pakaian, buku, kelengkapan belajar malah ada juga dokumen pengenalan diri yang tidak sempat diselamatkan. Setiap pelajar yang terjejas menerima bantuan tunai RM500 melalui Pejabat Pembangunan Negeri Kedah yang juga turut menyalurkan bantuan segera RM10,000 kepada PIBG sekolah sekolah bagi membantu keperluan awal. Seterusnya DSSN telah memohon kepada YAB Perdana Menteri supaya peruntukan segera sebanyak RM200,000 dapat disalurkan bagi membina penempatan sementara sementara proses pembinaan asrama baharu dapat diusahakan selepas siasatan pihak bomba selesai. Bagi pelajar yang kehilangan MyKad dan dokumen pengenalan diri, Jabatan Pendaftaran Negara membawa Van MEKAR terus ke sekolah supaya urusan menggantikan dokumen dapat dilakukan dengan lebih mudah. #malaysiamadani #YakinMADANI #kementeriandalamnegeri #saifuddinnasution
KMZ Updates
Region: MY
Sunday 09 August 2026 13:16:53 GMT
Music
Download
Comments
Nazirah :
2026-08-10 10:12:07
0
Azman Arfan :
2026-08-09 17:19:01
0
abohaziz :
🤲🤲🤲
2026-08-10 08:40:09
0
Shakinah Hashim :
👍👍👍
2026-08-09 22:57:21
0
Qa'id Harraz Anwar :
❤️❤️❤️
2026-08-09 14:07:50
1
To see more videos from user @khatymz, please go to the Tikwm
homepage.