@petronaschetok: PASIR MAS, 9 Ogos 2026 – Program Ekspresi Jalur Gemilang JAPEN@PETRONAS 2026 Negeri Kelantan yang berlangsung di perkarangan PETRONAS Chetok telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Ahmad Ammar bin Othman, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan. Turut hadir YABrs. Tuan Fazrul Azan bin Mohd Basari, Ketua Jajahan Pasir Mas, YBhg. Dato’ Mohd A. Aruwan bin Ab Aziz, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan serta YBrs. Encik Alif Fahmy bin Abd Majid, Pengurus Petronas Kawasan Wilayah Timur 01, serta wakil agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Program ini menyemarakkan semangat patriotisme menerusi edaran dan pemasangan Magnet Jalur Gemilang pada kenderaan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi serta pihak yang terlibat atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini. #petronasdihatieast #petronas #KesejahteraanDinikmati #JAPENKelantan #petronaschetok
Petronas Chetok
Region: MY
Sunday 09 August 2026 13:27:54 GMT
Music
Download
Comments
encik shop :
ala melepas..
2026-08-11 12:53:36
0
Ma_encik :
mantap petronas chetok
2026-08-14 02:07:58
0
zaza.ayub :
🥰🥰🥰
2026-08-09 14:00:13
0
emii :
🤲
2026-08-10 00:45:33
0
To see more videos from user @petronaschetok, please go to the Tikwm
homepage.