@tukangfikir: JANGAN NAIKKAN PANGKAT DIA LAGI Apabila kita mengangkat pekerja bawahan yang tidak mempunyai kemahiran mengurus untuk naik menjadi pengurus, dia mungkin akan gagal menguruskan pasukan. Akhirnya, kita akan rugi dua perkara. Pertama, kita rugi masa kerana terlalu lama mencuba untuk menjadikan dia seorang pengurus. Kedua, kita kehilangan seorang pekerja yang sebenarnya sangat bagus ketika berada di peringkat pelaksana. Sebab itu, sebelum menaikkan seseorang pekerja ke jawatan pengurusan, sekurang-kurangnya kita wajib mempunyai borang penilaian. Dalam borang tersebut, jangan nilai prestasi kerjanya sahaja. Kita juga perlu masukkan bahagian penilaian kepimpinan, pengurusan dan kemahiran sosial. Ini belum lagi KPI. Ini ialah penilaian awal untuk melihat sama ada dia benar-benar mempunyai potensi menjadi seorang pengurus. Mungkin dari segi kerja, dia memang sangat bagus. Semua tugasan dapat disiapkan dengan cemerlang. Kalau diberikan markah, mungkin semuanya lima. Tetapi apabila kita menilai bahagian pengurusan dan kemahiran sosial, keputusannya mungkin berbeza. Cara bercakap selalu marah-marah. Tak pernah bercakap dengan baik. Suka menyindir orang. Suka bergurau kasar. Tak pandai memberi arahan. Tak tahu menguruskan emosi ketika berhadapan dengan masalah. Kalau semua bahagian ini mendapat markah yang rendah, dia belum layak dinaikkan menjadi pengurus walaupun dia seorang pekerja yang sangat hebat. Pandai buat kerja tidak bermaksud pandai mengurus orang. Kalau kita tetap mahu menaikkan dia, hanya ada satu cara. Kita perlu berikan latihan sehingga kemahiran kepimpinan dan pengurusannya mencapai tahap yang kita perlukan. Selepas dia lulus penilaian tersebut, barulah kita pertimbangkan kenaikan pangkat. Masalahnya, biasanya pekerja seperti ini pun tidak mahu mengikuti latihan. Dia merasakan prestasi kerjanya yang bagus sudah cukup untuk melayakkan dirinya menjadi pengurus. Sedangkan menjadi pengurus bukan lagi sekadar tentang kebolehan menyiapkan kerja. Menjadi pengurus ialah tentang kebolehan memastikan orang lain juga mampu menyiapkan kerja dengan baik. #tukangfikir #sekolahbisnes #absdigital
TF | Business Strategist
Region: MY
Sunday 09 August 2026 23:10:23 GMT
Music
Download
Comments
Budak Tanpa Nama Ⓜ️ :
Apa pendapat tuan, ada leader yang pandai putar belit untuk selamat kan diri sahaja.
2026-08-10 03:58:24
18
ShidaJas :
biasa bos suka naikkan org² yg "YES SIR" supaya senang nak handle dan xmenampakkan dia lemah. 😂
2026-08-10 12:44:53
18
MrCwan7 :
Maksud nya yang kaki jilat boss jangan di angkat pangkat nya ...
2026-08-10 01:11:16
15
Kiki :
sy selalu gagal untuk menguruskan badan🥺
2026-08-10 01:01:36
8
noeyyyy____ :
Org yg psycho jadi pengurus stresskan semua staf bwhn, tapi masih dikekalkan. Sbb apa? Sbb cable
2026-08-10 08:55:03
2
fendimohamad :
Terutamanya orang politikus
2026-08-10 06:48:53
1
KPL BENGKEL CAT SRI GOMBAK :
Masalah lead yg ada suka tolak keje kt org bawah kata pandai manage walhal yg manage staff bawah
2026-08-12 14:14:43
1
pakcik :
Maybe ini sbbnya bos2 slalu amik anak sedara dia jd pengurus drp naikkan pangkat staf2 lama.. i see..
2026-08-10 00:20:16
1
Reez :
tak pandai keje its ok..yg penting pandai jilat..mana2 company pon sama je..😂..nak dpt majikan yg bagus dalam 1000..1 pon belum tentu..
2026-08-10 16:57:04
1
UvWossas :
dia ckp sorg2 ke
2026-08-10 10:18:10
1
Artteyha 🇵🇸🇸🇩🇲🇾 :
mls nk ckp apa² hahahaha
2026-08-10 03:50:22
1
Nizamm21 :
saya semua bljr sndiri..masa iv kata ada training..tup tup masuk..kena bljr sndiri
2026-08-10 01:24:36
0
bie76988 :
boleh beri jenis latihan yg boleh diambil utk meningkatkan kemahiran mengurus?
2026-08-11 20:55:37
0
Anok semut merah :
setuju dgn tuan...perlu ada latihan/ kursus kepimpinan utk mengurus manusia..sbb mengurus manusia bkn sesebang buat teh tarik...
2026-08-11 17:10:21
0
dinocava23 :
bagaimana nak hargai orang bagus kerja ni, tanpa naikkan pangkat? KPI\bonus banyak tahun dapat bagus, tp tak naik.
2026-08-11 13:40:00
0
@AlRasyid_ACED104 :
sokong...bila ketua lead tk funtion team jd hancur dan bertoksik
2026-08-11 22:13:20
0
Miss Natasha :
Boss suka pijiat, boss suka orang yg tdk panda melawan kata, Ada boss baru kasi nampak buat kerja ni yg kena nail pangkat yg betul bkerja tdk d pandang, ni peelers biasa d mana2…
2026-08-12 04:30:51
1
🅰️HⓂ️🅰️D :
benar
2026-08-11 17:54:06
0
Thebit2kill :
ini jam payah nk ckp.pegalaman 20tahun kalah dengan sijil digre
2026-08-10 10:32:51
0
Z.aizat :
apa tuan cakap sy setuju,tapi bnyk cmpny sekarang dh xhirau rugi masa..kebanyakkan lebih jaga orang sendiri,dlm swasta rasa fhm apa sy mksdkan.
2026-08-10 10:41:40
0
Nisaaa Salleh :
Takde ke orang bawah bole nilai orng atas ?
2026-08-11 04:39:42
0
Ricieel Ric :
INILAH YANG SANGAT SESUAI DI JADIKAN PENGAJARAN DENGAN APA YANG BERLAKU KINI 🤔🤔🤔...
2026-08-10 15:10:26
0
Tsuchi Enterprise :
politik dalam organisasi is real...just do your part...dont waste time gossiping...finish up your task and go back spend ur time with fmly.
2026-08-10 19:29:26
1
Nasi Ayam 7Rasa Ujod(Muo) :
Betul sya dah lalui.last2 d koyak dan benti.
2026-08-10 11:25:25
0
Ntadec :
kalau dah favor, smua ketepi 😂 sbb sggup tggung 😂
2026-08-10 02:12:53
0
To see more videos from user @tukangfikir, please go to the Tikwm
homepage.