@shuqolife: Kalau kita lihat bangsa di luar negara dalam kota yang maju apa yang dapat kita belajar melalu pemerhatian adalah mereka amat mengutamakan disiplin dalam hampir semua aspek kehidupan mereka. Baik dari cara hidup, pemakaian, cara kerja dan juga dari aspek kebersihan diri. Usahlah kita menilai dari apa yang kita tidak nampak jika dari sudut luarannya pun kita dapat membaca apa yang positif kita dapat ambil sebagai panduan hidup. Tidak salah untuk menyimpulkan bahawa disiplin untuk menaik taraf jati diri, menjaga diri, menyayangi diri akan menjurus kepada kemajuan hidup secara berperingkat kita utuh istiqamah. #disiplin #upgradediri