@lobakmerahmy: Inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang membuat khidmat menjahit dan menjual pakaian seragam sekolah secara ansuran bagi meringankan beban ibu bapa telah menerima sokongan daripada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Bagi beliau, usaha NADI dalam memberikan dorongan kepada komuniti menerusi pembuatan baju seragam sekolah itu disifatkan sebagai satu inisiatif yang sangat penting serta memberi manfaat kepada rakyat. Fadhlina berkata, isu pakaian seragam sekolah sememangnya antara perkara yang sering dibangkitkan ibu bapa terutamanya sewaktu persiapan anak-anak untuk memasuki sesi persekolahan. "Sebagai Ahli Parlimen, ini (pakaian seragam sekolah) antara perkara yang sentiasa (difikirkan bila) nak masuk sekolah, itulah menjadi sebahagian daripada permintaan ibu bapa terkait dengan pakaian seragam ini." "Tapi (inisiatif) NADI menggunakan konsep bayar secara ansuran sedikit sebanyak memberikan keringanan kepada ibu bapa." Jelasnya lagi, ia antara program yang bagus untuk rakyat dan Fadhlina juga menyatakan hasrat untuk memberikan komitmen terhadap projek tersebut khususnya bagi persiapan musim persekolahan tahun depan. Tambah beliau, diharapkan program NADI akan terus memberikan peranan sebagai penghubung antara rakyat dengan kerajaan dalam menyampaikan aspirasi kerajaan serta memastikan pembabitan keseluruhan rakyat. Sebagai info, insiatif pakaian seragam sekolah dijahit ini oleh 120 alumni NADI Mahir yang pernah mengikut kursus kemahiran menerusi Perkhidmatan Pintar NADI adalah salah satu langkah ke hadapan sebelum menjadi usahawan. Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah! 🧡 Terima Kasih!
LOBAK MERAH
Region: MY
Monday 10 August 2026 06:30:00 GMT
Music
Download
Comments
amz100kg :
buy now pay later...???
2026-08-10 07:48:42
0
Pk_Leo7 :
connection problem
2026-08-10 07:03:42
0
Ramli :
zaman BN dulu ada baju sekolah percuma untuk golongan B40
2026-08-10 07:10:52
181
pharel_ricky :
Sapa yer dapat project nie renung2 renungkan....
2026-08-10 06:48:06
94
Adiey gerrard :
2026-08-10 06:40:28
65
BROTHER A :
Projek2 kroni 😂😂😂 kami taknak ansuran, kami nak harga uniform sekolah dan semua peralatan potongan 50% .
2026-08-10 06:54:55
51
CEO MR AYAH UMMAR :
apa dia beli baju secara ansuran...
2026-08-10 06:34:13
29
Safiyyah_sn1611 :
Asal lah ko x bg free je..korg menteri kaya raya kat atas sne..rakyat kat bawah yg fakir miskin tu ko suruh berhutang..ko hadaplah kat akhirat ni..
2026-08-10 07:44:03
16
Cendol Berudu :
PELAJAR WAJIB BELI BAJU SEKOLAH DARI KERAJAAN, ITU CARA KERAJAAN BUAT DUIT
2026-08-10 07:09:08
19
Azura :
ermmm...kpd siapa projek baju ansuran ni akan diberikan 🤭
2026-08-10 06:35:21
24
NewRoy :
benda pilihan... bukan paksaan utk berhutang.... ada orang sanggup berhutang dari meminta...
sebagai alternatif sekolah boleh buat terus kutipan utk bantu pelajar yang perlukan uniform sekolah... sama ada kutipan terus atau melalui PIBG secara tahunan....
2026-08-10 07:14:31
6
Fadzlin_Darus :
83 juta tunggakan cukai boleh dikecualikan, xkan la uniform kner ansuran...? sama bidang kot, pendidikan...
2026-08-10 07:18:51
13
NIZAMBLLMKST :
Bijak dan bernas lagi bergeliga
2026-08-10 06:54:55
5
𝕓𝕒𝕕𝕦𝕕𝕦𝕟 𝕔𝕙𝕒𝕟𝕟𝕖𝕝 :
kemana pembekal kenapa kpm tidak beli saja atau bagi jalan untuk jual kepada pembekal. senang kan
2026-08-10 07:22:39
1
Zia_Aurora :
Daripada tambah beban parent yg susah tu baik menteri bagi baju sekolah percuma kepada pelajar yg memerlukan..CONTOH
2026-08-10 07:29:14
8
Uyun :
mak ak sek kan 9anak hidup zaman PM TunM walau dulu xde br1m lah STR lah.. x pernah lagi smpai brhutang beli bj sek..
2026-08-10 07:04:50
5
isma69 :
Adoii.. baju sekolah pun yg nk bagi ansiran😏 bagi je free bg yg tk mampu..😳
2026-08-10 07:41:16
8
Anndak :
Boleh nampak kerajaan mana yang ikhlas bantu rakyat.
Kerajaan dulu bagi bantuan tolong ringankan beban rakyat.
Kerajaan sekarang bagi ansuran rakyat tolong diri.
2026-08-10 07:28:00
9
Ann_Chipzmore :
dia mcm nak bantu tapi jgn guna duit dia . Antara ibubapa & pmiutang , kerajaan cuma bantu ko bhutang
2026-08-10 06:56:28
10
Bro GT_21 :
Xde modal dah nak bg projek kt kroni ke ape ni???😂😂😂
2026-08-10 06:50:36
6
ZariefRaphael :
sakau selagi boleh
2026-08-10 07:27:06
4
🥀FaFa🥀 😅 :
mengarut.... bgi voucher kat pelajar sek xpa la juga..
nk suh berhutang plak ngn bayaran ansurans...
2026-08-10 07:43:51
1
shukrizan83 :
ini nk berniaga la ni kesahnya..nk untung byk
2026-08-10 07:44:33
3
JARITENGAH😶🌫️😶🌫️🫥🫥 :
bau2 kroni nak masuk tender.. boleh buat duit
2026-08-10 08:23:56
3
JiwaKlasik :
xpayah laaa haii.. beli baju sepasang.. sudah nya x berpakaii.. boleh pakai lg tahun depan.. 😒
2026-08-10 07:35:58
2
To see more videos from user @lobakmerahmy, please go to the Tikwm
homepage.