@cidrmp: [ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐๐ ] ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฌ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐ฆ๐ ๐๐จ๐๐๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ก ๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐ฆ๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฆ ๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ก KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2026 โ CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ), hari ini mentaklimatkan kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sebuah sindiket penculikan yang dipercayai menyasarkan warga asing melalui tawaran pekerjaan dan perkenalan menerusi media sosial. Siasatan dimulakan susulan laporan polis yang diterima pada 6 Ogos 2026 oleh seorang wanita warga Singapura, selepas adiknya dilaporkan terputus hubungan dengan keluarga sebaik tiba di Pulau Pinang pada 26 Julai lalu. Pengadu kemudiannya menerima pesanan suara serta rakaman video yang menunjukkan mangsa dalam keadaan bergari dan ditutup mata, selain tuntutan wang tebusan sebanyak SGD 1 juta. Susulan laporan tersebut, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah menubuhkan satu pasukan khas melibatkan pegawai dan anggota dari Bahagian D8 dan D9 JSJ Bukit Aman, bagi menjalankan siasatan, risikan dan operasi mengesan mangsa serta suspek yang terlibat. Hasil risikan membawa kepada beberapa serbuan di Pulau Pinang dan Kedah pada 7 Ogos 2026. Dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat pasukan polis telah diserang dengan tembakan sebelum membalas bagi mempertahankan keselamatan pasukan. Dua suspek telah ditembak mati dalam kejadian tersebut. Pemeriksaan di premis berkenaan membawa kepada penemuan dan penyelamatan dua mangsa warga asing, masing-masing seorang lelaki warga Singapura dan seorang wanita warga China, yang ditemui dalam keadaan tangan bergari dan mata ditutup. Dalam operasi susulan di sebuah lagi premis berhampiran, polis berjaya menahan enam individu, terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita. Seorang daripadanya merupakan warga tempatan manakala lima lagi merupakan warga China. Polis turut merampas dua pucuk pistol bersama peluru serta sebilah parang bagi membantu siasatan. Menurut CP Datuk M. Kumar, siasatan lanjut turut menemukan petunjuk bahawa kumpulan sama dipercayai mempunyai kaitan dengan dua lagi kes penculikan di Kuala Lumpur. Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961, Seksyen 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. Modus operandi sindiket dipercayai menggunakan platform media sosial termasuk WeChat untuk mendekati warga asing dengan menawarkan peluang pekerjaan bergaji lumayan atau perkhidmatan social escort. Mengakhiri sidang media, CP Datuk M. Kumar menegaskan bahawa PDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau sindiket yang terlibat dalam kegiatan penculikan, tanpa mengira kewarganegaraan mangsa atau pelaku. Beliau turut menasihatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pekerjaan atau perkenalan daripada individu yang hanya dikenali melalui media sosial serta tidak mudah mempercayai tawaran yang mencurigakan. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP
CID_RMP
Region: MY
Monday 10 August 2026 10:57:03 GMT
Music
Download
Comments
Charan :
you The sir
2026-08-10 13:42:38
0
krisskalai :
terbaik pdrm tapi itu tak cukup sekarang hari2 ada kes hilang so polis mau buat apa
2026-08-10 13:32:03
1
NEETY BORN TO WIN๐ฅ๐ฅ :
2026-08-10 14:40:16
0
Mohoneswaran Thiagarajah :
Tahniah Ydh Tuan Rolex n Team...๐๐ช๐
2026-08-10 14:47:06
0
Dr Vasco :
2026-08-10 14:44:04
0
Prabah 2136 :
pdrm ๐ช๐ฏ๐
2026-08-10 12:51:18
0
fetreshapetz :
Tahniah pdrm
2026-08-10 14:09:46
1
krish03 :
syabas pdrm๐๐๐
2026-08-10 14:27:59
0
shankar cheong :
Terbaik PDRM teruskan saja ๐ฅฐ๐ฅฐ๐ฅฐ๐ฅฐ๐ฅฐ
2026-08-10 14:18:43
0
S95 :
kawasan jln ipoh ada kedai Judi sayatahu siapa yg beroperasi Tuan.
2026-08-10 13:29:31
0
mafia :
semua wang
2026-08-10 13:27:27
0
kalidhasanallimut :
da ambik duit blm
2026-08-10 13:11:15
0
redhuanmansor :
hukuman culik minta tebusan hukuman hayat ...main2 laaa
2026-08-10 12:59:03
0
thanabalan :
Ini Malaysia rasuah banyak
2026-08-10 11:13:23
1
Swedish M4fia :
D8 fuhhh
2026-08-10 15:21:43
0
insan terindah :
๐๐๐
2026-08-10 11:11:53
0
PAKCIKHOT_ :
@NEAM7 Puan kelihatan disitu ๐ฅฐ
2026-08-10 14:19:54
0
To see more videos from user @cidrmp, please go to the Tikwm
homepage.