@joeoh333: Baru-baru ni, sebab isu “Halal Mee Pok”, saya tengok ramai orang mula bincang: “Kenapa ada Malay Muslim yang boleh makan di Malay-owned restaurant yang tak ada Sijil Halal JAKIM, tapi bila kedai tu Chinese-owned dan tak ada Sijil Halal, mereka jadi lebih berhati-hati?” Adakah ini double standard? Adakah ini racist? Sebenarnya, dulu saya mungkin akan fikir macam tu juga. Dulu saya kerja sebagai lawyer di Malaysia. Lepas tu saya pergi Australia dan mula bekerja di sebuah rumah sembelih kambing. Dekat sana, saya kenal dua orang abang Melayu. Seorang Halal Supervisor, seorang lagi penyembelih Halal. Mereka memang baik dengan saya. Bila dah agak rapat, satu hari saya tanya: “Abang, kenapa gaji abang lagi tinggi daripada saya? Kita sama-sama kerja dekat rumah sembelih.” 😂 Lepas tu mereka mula cerita dekat saya tentang kerja dan tanggungjawab mereka. Dari situ, baru saya pertama kali betul-betul nampak bagaimana Halal sebenarnya dikendalikan dalam meat factory, dan apa sebenarnya tugas seorang Halal Supervisor. Dulu saya memang fikir: Ayam is ayam, lembu is lembu. Kalau tak ada pork, tak ada alcohol, patutnya Halal lah kan? Tapi rupanya bukan semudah itu. Abang ( SPV Halal) explains, “Haiwan itu sendiri mesti memenuhi syarat. Siapa yang menyembelih, keadaan haiwan ketika disembelih, stunning, proses pendarahan, kebersihan, malah carcass dan offal Halal dan non-Halal pun perlu diasingkan dan dikawal dengan baik supaya tidak berlaku pencemaran silang. Prosesnya juga perlu direkod dan dipantau.” Masa tu baru saya betul-betul faham: Halal bukan sekadar “no pork, no alcohol”. Dan sebenarnya, saya lagi faham kenapa Halal begitu penting bagi ramai Muslim selepas saya pindah dan tinggal di Terengganu. Saya mula nampak, mereka bukan sengaja nak susahkan orang Cina. Bukan juga sebab mereka tak nak support business Cina. Mereka cuma nak pastikan apa yang mereka makan tu selari dengan agama mereka. Bagi mereka: “Halal bukan sekadar pilihan, tapi sebahagian daripada tanggungjawab kepada agama.” Sebab tu sekarang saya boleh faham kenapa ada Malay Muslim yang rasa lebih selesa makan di Malay-owned restaurant. Bukan semestinya sebab racist. Kadang-kadang sebab trust. Dan, “kalau tak ada sijil halal JAKIM, trust biasanya kena dibina melalui pengalaman, reputasi dan ketelusan.” Mereka tahu owner tu Muslim. Mungkin dari kecil mereka sendiri dah biasa dengan konsep Halal dan Haram, dan lebih familiar dengan sensitiviti makanan seorang Muslim. Tapi dalam masa yang sama, saya rasa kita kena jelas tentang satu benda: “Chinese-owned pun tak bermaksud automatik Haram.” Begitu juga, tak ada Sijil Halal JAKIM tak semestinya bermaksud makanan itu Haram. Sijil Halal JAKIM pula melalui proses semakan dan requirement yang agak ketat, dan ia memberikan satu bentuk assurance yang lebih objektif kepada pengguna. Untuk peniaga kecil, tak kira Melayu atau Cina, mungkin memang ada cabaran dari segi kos, compliance, resources dan manpower untuk mendapatkan dan mengekalkan sijil tersebut. Jadi kalau sebuah Chinese-owned restaurant tak ada Sijil Halal, saya rasa orang Muslim berhak untuk memilih untuk tidak makan di situ. Itu juga sebahagian daripada consumer rights.( Hak-hak pelanggan) Pengguna berhak untuk tahu, berhak untuk berhati-hati dan berhak untuk memilih. Tapi dalam masa yang sama, kalau sebuah kedai Chinese tak ada Sijil Halal, tetapi sudah bertahun-tahun berniaga, telus tentang bahan yang digunakan, jaga cara penyediaan makanan dan faham sensitiviti Muslim, saya juga boleh faham kenapa ada orang Melayu yang tetap datang dan support. Dekat Terengganu sendiri, saya tahu ada kedai macam ni. Owner dia mungkin tak ada Sijil Halal JAKIM, tapi orang dah kenal dia bertahun-tahun. Orang tahu macam mana dia buat makanan, bahan apa yang dia guna, dan dia memang cuba jaga keperluan pelanggan Muslim. Lama-lama, trust tu terbina. “It is what it is. At the end of the day, it all comes back to trust.” #Halal #JAKIM #HalalMalaysia #ConsumerRights #Malaysia
Joeoh333
Region: MY
Tuesday 11 August 2026 00:39:46 GMT
Music
Download
Comments
LailaLiyana :
non muslim fikir h4ram ni sbb b4bi, tp org non muslim x tahu, ayam tu pun blh jd h4ram klo pyembelihan tu salah..😅
2026-08-11 01:46:25
923
Joeoh333 :
Walaupun kali ini saya berkongsi tentang isu yang sedang berlaku sekarang, sebenarnya saya teringat balik masa saya bekerja di meat factory di Australia dulu.
Masa tu saya kenal dua orang abang Melayu. Mula-mula memang tak kenal pun, sebab production line dekat sana panjang. Mereka kerja dekat bahagian paling depan, saya pula dekat tengah 😂 Memang susah nak terserempak.
Lepas dah kenal dan rapat, mereka memang banyak tolong dan jaga saya. Dekat kilang tu ada orang Australia, Indonesia, Timor-Leste, Pacific Islander dan macam-macam lagi. Kami bertiga pula kebetulan orang Malaysia 🇲🇾
Masa saya baru sampai, saya belum ada kereta. Hari-hari kena naik bas pergi dan balik kerja. Kadang-kadang kerja sampai lewat, abang-abang ni akan hantar saya balik rumah, dan tak pernah pun minta duit minyak.
Kadang-kadang mereka juga ajak saya pergi rumah mereka makan.
Saya rasa mungkin bila kita berada jauh dari tanah air, kita rasa kita semua bangsa Malaysia. Tak kira Melayu, Cina atau apa pun, kita jadi lebih rapat dan lebih senang nak tolong satu sama lain.
Bila fikir balik, memang rindu zaman tu. ❤️Terima kasih abang-abang sebab pernah jaga saya jauh dari Malaysia. Sampai sekarang saya masih ingat.
Kalau korang suka saya kongsi cerita tentang pengalaman saya di Australia, kehidupan saya di Terengganu dan cerita tentang hubungan antara kaum, jangan lupa follow saya. Kita sembang lagi nanti. ❤️
2026-08-11 07:31:51
513
MAZ :
mana influencer yg selalu review kedai no port no alcohol malu sikit dgn brother ni
2026-08-11 03:27:16
369
norizahismail64 :
akhirnya ada seorg non Muslim yg faham tentang halal dalam Islam. Terima kasih bro sy akan share video ini agar non Muslim faham tentang halal dalam Islam
2026-08-11 01:24:30
199
Paimon :
Video ni patutnya lebih viral, semua pakat like dan share. Thankyou bro
2026-08-11 01:24:41
409
kinisaya :
rata² view & komen dari muslim. video ni belum sampai pd yg non-muslim.
2026-08-11 01:40:59
171
seri :
Good explanation bro! Well done! 👍👍👍 Semoga lebih ramai non muslims yg faham 💐
2026-08-11 01:46:04
85
ainfyraaa :
Kalau kedai cina tu ada halal jakim, kami akan support dan makan kt kedai tu. Kami pun suka je makanan cina. Cuma nak yakin makanan tu halal saja
2026-08-11 10:07:02
79
isis.. :
kena explain dalam English or mandarin, sesetengah tak betul2 faham BMelayu
2026-08-11 03:28:10
71
m. a. r. f. i. a :
mereka bukan tak tahu, tapi mereka tak nak ambil tahu. Dah 30-60 tahun tinggal di tanah air ni...
2026-08-11 02:28:34
37
Burhan Azizoh :
ulasan terbaik yg mudah dfahami dari seorang non muslim tentang proses pemakanan halal utk org muslim ...
2026-08-11 02:16:40
41
Orang Kampung :
well done bro. properly explained. salute!!!!
2026-08-11 01:11:52
46
v :
Thanks bro for your explanation. I pray that 1 day you will get the hidayah
2026-08-11 04:00:30
5
Ceksu :
Wow. Spot on. Semua point yg u terangkan di sini adalah tepat sekali dgn pemikiran org islam dlm isu kenapa mencari yg halal tu penting sgt. Bagus penerangan ini, moga viral di medium bangsa lain.
2026-08-11 02:43:07
33
amoi ✿ :
Non muslim yang faham pasal halal! Proud to be Malaysian. Thankyou bro!!
2026-08-11 02:25:50
42
CikKaktwo :
bagus.. awak non muslim pun nak belajar dan nak faham..
2026-08-11 02:44:39
6
Embun :
tepat!
2026-08-11 00:50:18
10
Ell Sim :
Kalau kedai atau restoran cina dan india ada sijil halal dan betul² mengikut garis panduan halal tu mesti kedai tu sentiasa penuh, kita 1 Malaysia kan 🙂
2026-08-11 02:09:19
10
cahaya_hati_ibu :
Dik, please buat video ni versi Chinese n English. Supaya kau lain faham.
2026-08-15 00:54:43
5
epolanaroka🇵🇸🇵🇸🇵🇸 :
terbaik lah ...penjelasan tepat ...bila berbeza agama tapi saling menghormati agama lain semua jadi mudah...👍👍👍
2026-08-11 02:14:49
9
cik ma :
Betul tu
2026-08-11 01:01:59
6
dOjOb :
Eh selama ni org cina ingat halal tu sebab nak susahkan org cina ke?? Adusss xde kena mengena sikit pun
2026-08-11 23:33:08
6
Nell_Ly :
Betul dr pengalman u baru faham kan tq sbb belajar dr pengalman u
2026-08-11 01:19:25
8
rashidahcheong 1973 :
Kn bg puan teressa kok tengok video ni dn pengusaha makanan yg tk nk apply sijil halal
2026-08-11 01:38:23
10
To see more videos from user @joeoh333, please go to the Tikwm
homepage.