@ustaz_fakhrudinabdulaziz: HILANG TEMPAT BERTEDUH SEKELIP MATA Petang semalam menjadi detik yang cukup berat buat Encik Azahari sekeluarga apabila kediaman mereka ditimpa musibah kebakaran. Dalam sekelip mata, rumah yang selama ini menjadi tempat berteduh dan menyimpan pelbagai kenangan keluarga musnah dijilat api. Kini, keluarga ini berdepan ujian besar apabila kehilangan tempat tinggal. Hari ini, Saya berkesempatan menziarahi Encik Azahari dan keluarga bagi melihat sendiri keadaan mereka serta menyampaikan sedikit sumbangan untuk membantu meringankan beban yang ditanggung. Dalam keadaan sebegini, setiap bantuan walaupun kecil amat besar ertinya buat mereka. Kepada sahabat-sahabat dan orang ramai yang ingin berkongsi rezeki serta menghulurkan sumbangan ikhlas kepada keluarga Encik Azahari, bolehlah disalurkan melalui akaun anak beliau: AMIRUL AIMAN BIN AZAHARI PUBLIC BANK 4966354811 Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab meringankan kesusahan keluarga ini dan mendapat ganjaran kebaikan daripada Allah SWT. Sama-sama kita doakan agar Encik Azahari sekeluarga diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan rezeki untuk kembali membina kehidupan mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. #DemiKAMUNTINGkita
Ustaz Fakhrudin
Region: MY
Tuesday 11 August 2026 06:52:15 GMT
Music
Download
Comments
Farah Al Walid 🐾 :
Ya Allah.. Kau ganti lah sebuah rumah yang Kau ambil nih dengan sebuah rumah yang lebih selesa kepada keluarga ini.. Ameen... Permudahkan urusan mereka,jangan Kau persulitkan Ya Allah.. Sayangilah mereka.. Ameen..
2026-08-11 16:02:42
7
apis :
semoga permudahkan urusan
2026-08-11 11:24:46
2
Pazli Ismail :
Allah...Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul..Ya Allah KAU berikanlah ketabahan dan ketenangan kepada Keluarga ini Ya Allah dalam menghadapi Ujian Daripada MU YA ALLAH..
#TerimaKasihYB
#DemiKamuntingKita
2026-08-11 07:16:02
6
zuraidamohdyusop :
semoga dipermudahkan segala urusan keluarga ini dengan yg datang. terima kasih YB Kamunting cakna masalah rakyat.
#demiKamuntingkita
2026-08-11 11:19:08
0
Brother_mior :
Moga dipermudahkan urusan Encik Azahari dan keluarga🤲🏻
2026-08-11 07:43:59
1
wan :
semoga di permudah kan jira saya
2026-08-11 06:55:38
1
AINSYAH_n :
Orang hebat Allah syg.. Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki..
2026-08-11 16:40:57
0
shiralala_15 :
minx maaf bile tau x cana bole tervajar
2026-08-11 16:18:14
0
Niezashakya :
😭😭.. semoga kuat hadapi ujian
2026-08-11 16:02:06
0
F Y Z A 🎀✨🍒 :
Semoga dipermudahkan semua urusan
2026-08-11 10:17:50
0
PakTam :
terbaik ustaz cepat bertindak...
terima kasih...
2026-08-11 12:48:54
1
abg chik Kamarul :
terima kasih YB melawat paklong dan sekeluarga
2026-08-11 12:57:53
0
W A N N💜 :
Allahuakbar..Besar dugaan nya..semoga Allah permudahkan segala urusan..aamiin🤲
2026-08-11 08:13:19
0
خيروالصوفي موسالينا :
smoga Allah SWT permudahkan segala urusan keluarga ni dari ujian ni . kesabaran ujian ni
2026-08-11 08:56:02
0
lailafairus5 :
innalillahhiwainnailaihirojiun takziah 😭😭😭
2026-08-11 06:56:52
0
reedvalvechannel :
Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.......
Ya ALLAH, berikanlah ketabahan dan ketenangan kepada Keluarga ini Ya Allah dalam menghadapi Ujian Daripada MU YA ALLAH..
dengan sumbang kecil insyaALLAH dpt membantu keluarga nie
#TerimaKasihYB
#DemiKamuntingKita
2026-08-11 07:35:39
0
noramizahshaari :
💪💪💪
2026-08-11 11:26:42
0
To see more videos from user @ustaz_fakhrudinabdulaziz, please go to the Tikwm
homepage.