@jebatzulfarminkail: Hari ni aku senyum . tapi dalam senyum ni ada air mata yang aku tahan sendiri. Segala anugerah, sijil, trofi dan kejayaan yang ada dalam gambar ni bukan datang mudah. Di sebalik semuanya, ada seorang ibu yang melahirkan aku, membesarkan aku dari kecil, berjaga malam waktu aku sakit, bersusah payah demi aku sampai aku berada di tahap hari ini. Ibu,kalau orang tanya siapa hero terbesar dalam hidup aku, jawapan aku tetap ibu. ❤️ Dan untuk arwah abah,hari ni paling aku rasa kehilangan tu. Abah tak sempat tengok anak abah pakai jubah, pegang sijil dan berdiri dengan kejayaan sendiri. Anak abah dah sampai sini bah,tapi hati ni tetap kosong sebab orang yang paling aku nak tengok dah pergi selamanya. Al-Fatihah buat arwah abah. 🤍 Terima kasih kepada seluruh keluarga yang tak pernah berhenti percaya pada aku. Buat abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik aku, terima kasih sebab sentiasa ada di belakang aku. Terima kasih buat Abang Awai, Kakyong, Kak Najla, Kak Elly, Kak Ekin dan Abang Jan , Abang haikal atas segala doa, nasihat, bantuan dan kasih sayang yang korang beri. Keluarga tetap jadi tempat aku kembali. Terima kasih juga buat kawan-kawan belajar yang sama-sama bersusah, berjaga malam, buat assignment dan hadap tekanan bersama. Kenangan kita takkan berulang, tapi akan sentiasa hidup dalam ingatan. Buat kawan-kawan di luar sana yang sentiasa support, mendoakan, memberi semangat dan percaya pada apa yang aku buat . terima kasih banyak. Sokongan kecil daripada korang sangat besar maknanya untuk aku. Terima kasih khas buat Sir Shahrum yang banyak sangat support dan percaya pada kemampuan aku. Terima kasih kepada Pengarah Politeknik Metro Tasek Gelugor atas segala sokongan dan peluang yang diberikan. Terima kasih Politeknik Metro Tasek Gelugor, tempat aku belajar, jatuh, bangun dan kenal erti perjuangan. Terima kasih Nafiz Muaz atas segala tunjuk ajar dan support sepanjang perjalanan ini. Terima kasih buat abang aku Jebat Zulfar yang sentiasa sokong aku berkarya dan tak pernah biarkan aku berhenti bermimpi. Terima kasih juga buat Makjang , Mama Zai , Wawa yang sentiasa ambil berat tentang aku sepanjang menuntut ilmu , insan yang sentiasa ada di sisi aku sepanjang waktu belajar. Terima kasih sebab tak pernah jemu memberi semangat dan sentiasa percaya bahawa kail boleh sampai ke tahap ini. Terima kasih juga kepada semua guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah yang pernah mengajar aku. Jasa cikgu-cikgu takkan mampu aku balas. Dan buat semua orang dalam industri filem, teater, silat dan dunia kreatif yang sentiasa memberi peluang, tunjuk ajar dan terus support perjalanan aku, terima kasih kerana percaya pada bakat dan usaha aku. Hari ni aku gembira, tapi dalam masa yang sama aku rindu seseorang yang takkan kembali. Semua kejayaan ini aku hadiahkan untuk ibu… dan aku simpan dalam hati untuk arwah abah. Ibu, anakmu berjaya hari ini kerana doa dan pengorbananmu. Abah, anakmu masih terus berjalan walaupun tanpa pelukanmu. 🤍 video by @MIYY @﮼ن @JEBAT ZULFAR @Iskandar Jebat @Syazana Elly @Syikin Surana @jantokaq @Nafizmuaz @Nazar_TonTonPdP @MY @puspawangi @MEL🌸 @𝑾♡ @BAI HU JEBAT294 @Politeknik METrO Tasek Gelugor
jebatzulfarminkail
Region: MY
Tuesday 11 August 2026 07:57:44 GMT
Music
Download
Comments
𐙚 𝑰𝒍𝒉𝒂𝒎𝑭𝒂𝒓𝒛 :
congrats kail! im so proud of you adik🤍
2026-08-11 10:10:01
2
cigsrete :
congrats brooo
2026-08-11 09:05:52
1
LekiuKohar Product :
Tahniah Kail semoga terus sukses❤️
2026-08-11 08:21:09
30
𝑾♡ :
tahniah, terbang tinggi ❤️
2026-08-11 09:13:42
2
acuFarhana :
tahniah mikail💞 semoga berjaya dunia&akhirat🥰…🥺alfatihah buat abah…
2026-08-11 10:46:37
1
Una Al Qadri :
tahniah jebat..semoga jebat terus berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin
2026-08-11 10:36:34
1
﮼ن :
tahniah minkail , im so proud of you . semoga kail berjaya dunia akhirat , jangan pernah mengalah 🤍
2026-08-11 08:22:22
7
ikhwnslhn :
Tahniah kael,Teruskan berjuang 💪🏻🔥
2026-08-11 09:28:07
1
IzzaQarnain :
tahniah jebat 🎉🎉🎉
2026-08-11 10:35:06
1
MIYY :
tahniahh kailll & alfatihah abahh🤲🏻
2026-08-11 08:04:37
4
Haslina Abdul Hamid :
Tahniah mikail terbaikkk sangat balas jasa ibu yaa….ibu mmg seorang yg kuat💪❤️
2026-08-11 09:40:14
1
RasSuzie :
tahniah jebat..semoga terus cemerlang
2026-08-11 10:57:00
0
BUDAK BALOK :
All the best kail terus semangat🔥🔥🔥 tahniah atas kejayaan
2026-08-11 10:03:11
0
MY :
Alhamdulillah...Tahniah Jebat
2026-08-11 10:07:24
0
𝓽𝓮𝓳𝓪𝓪. :
congrastt brother , semoga teruskan semangat sampai bilaa bilaa ❤️
2026-08-11 10:00:51
0
Nazar_TonTonPdP :
Tahniah jebat.. semoga terus maju di masa depan... 👍👍👍
2026-08-11 10:05:58
0
ummuziad :
Alhamdulillah tahniah Jebat..cg bangga dgn kamu..
2026-08-11 09:13:19
0
~Yanboy☘️ceyy✔️ :
tahniah jebat semoga berjaya dunia akhirat💫
2026-08-11 10:11:18
0
Ad Abrahim :
teruskan semangat abah kail...
2026-08-11 10:12:17
1
Syikin Surana :
Taniah adikku , we love u 🌹
2026-08-11 08:12:47
1
Fazrani :
tahniah terbaik dik
2026-08-11 08:29:24
1
Ej Lekir :
tahniah
2026-08-11 08:35:28
1
jantokaq :
taniah , teruskan perjuangan
2026-08-11 08:15:43
1
Syahir Aizad :
Tahniah jebat🔥🔥🔥
2026-08-11 08:04:01
0
MRY♤ :
masyaallah
2026-08-11 08:04:30
1
To see more videos from user @jebatzulfarminkail, please go to the Tikwm
homepage.