@501awani: Seekor anak beruang kutub yang menghuni sebuah akuarium di Wilayah Akita, Jepun, mencuri perhatian ramai selepas aksinya bersama kon trafik tular di media sosial. Rakaman telefon bimbit yang diperoleh Associated Press (AP) menunjukkan anak beruang berusia lapan bulan itu, yang diberi nama Momota, begitu ‘teruja’ sehingga memasukkan kepalanya ke dalam kon berkenaan. Kalau begini gayanya, mungkin Momota bukan mahu jadi beruang kutub biasa-biasa tetapi memmpunyai cita-cita untuk menjadi ‘pengawal trafik’ paling comel di Jepun! #AWANInews