@anasauf2023: IDEAS: Terengganu Terbaik dalam Ketelusan Belanjawan, Selangor Teratas dalam Pemantauan Legislatif Kuala Lumpur, 11 Ogos 2026: Terengganu muncul sebagai negeri terbaik di Malaysia dari segi ketelusan belanjawan dalam Indeks Belanjawan Terbuka Malaysia (MyOBI) 2026 yang dilancarkan hari ini oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), mencerminkan prestasi kukuhnya dalam aspek kebolehcapaian maklumat belanjawan kepada orang awam. Selangor menduduki tempat teratas dalam penilaian pemantauan legislatif, diikuti oleh Pulau Pinang dan Terengganu. Walaupun sembilan negeri mencatatkan peningkatan dalam kebolehcapaian maklumat belanjawan kepada orang awam dan tujuh negeri memperkukuh pemantauan legislatif sejak penilaian terdahulu, jurang yang ketara masih wujud, dengan tiada satu pun negeri menerbitkan set lengkap dokumen belanjawan penting tepat pada masanya berdasarkan penanda aras yang ditetapkan.